Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

Allahuakbar !! 1 Keluarga Semua Kena Kanser ! Rupa2nya Penyebabnya Adalah “Barang Dapur” Yang Kita Gunakan Tiap Hari…Mohon Sebar Untuk Peringatan Bersama…

$
0
0

Hati-hati yah guys! Ada kejadian di Tiongkok dimana satu keluarga, bapak, ibu sama nenek, tiga-tiganya kena kanker! Yang didiagnosa terlebih dahulu si ibu, kena kanker payudara, padahal usianya baru 33 tahun. Setelah itu, giliran bapaknya yang didiagnosa menderita kanker ginjal, tak lama kemudian, neneknya juga divonis menderita kanker otak dan kanker paru-paru. Kok bisa yah satu keluarga kena kanker semua!?

Penyebabnya bukanlah kebiasaan buruk, genetik atau apa, melainkan benda yang satu ini yang mereka gunakan setiap hari di dapur!

Setiap rumah pasti punya papan talenan. Nah, papan ini kalau tidak dibersihkan sampai bersih bisa menimbulkan berbagai jenis bakteri tumbuh di atasnya. Salah satu jenis yang paling berbahaya adalah alfatoksin.


Alfatoksin adalah senyawa karsinogenik yang tingkat keracunannya paling tinggi. 1 mg alfatoksin saja dapat menyebabkan kanker! 20 mg alfatoksin langsung merengut nyawa!

Satu keluarga ini semua kena kanker karena terekspos racun Alfatoksin ini masuk ke dalam tubuh akibat papan talenan yang tidak dicuci bersih!


Umumnya ada 3 jenis papan talenan:

1. Terbuat dari kayu

Bahannya sangat tebal, kokoh, cocok untuk memotong daging atau makanan keras. Tapi kekurangnnya adalah tidak mudah dibersihkan, kuat menyerap air, tidak mudah kering dan kalau terlalu lama di lingkungan basah akan mudah menimbulkan racun.


2. Terbuat dari bambu

Bahan ini mengandung formaldehida dan mudah rapuh. Formaldehida bila masuk ke makanan dan diserap tubuh dapat menyebabkan erosi lambung, borokan, dan bahkan berlubang. Jika Anda membeli talenan jenis ini, pilihlah yang merk dan kualitasnya terjamin, kandungan formaldehida lebih rendah.


3. Terbuat dari plastik

Lebih ringan, mudah dibawa, namun mengandung polypropylene, polyethylene dan bahan lainnya. Apabila terkena suhu tinggi maka akan mengeluarkan zat kimia yang berbahaya bagi tubuh. Hanya cocok untuk memotong sayuran dan buah segar.


Bagaimana cara membersihkan talenan baru bersih dan bebas bakteri?


1. Cuka

Bau ikan dan daging akan tertinggal pada papan, menyebabkan bau amis. Tuangkan sedikit cuka di atas papan dan gosok menggunakan kain bersih, lalu bilas dengan air, letakkan di tempat kering dan berventilasi.

2. Air matang

Sebenarnya air keran yang kita gunakan untuk mencuci papan masih mengandung bakteri. Setelah dicuci, bilas dengan air yang sudah dimasak mendidih, lalu dikeringkan di tempat yang kering.

3. Garam

Taburkan sedikit garam di atas papan, letakkan selama setengah jam, lalu bilas dengan air. Garam selain membunuh sebagian besar bakteri juga menjaga kebersihan talenan.

4. Jahe

Potong sepotong kecil jahe, bilas papan setelah digunakan, lalu gosok papan dengan potongan jahe tadi, bilas dengan air lalu gosok lagi. Ulangi beberapa kali sampai bersih dan bebas bau.

5. Sinar matahari

Letakkan talenan di bawah paparan sinar matahari. Sinar UV matahari tidak hanya bisa membunuh sebagian besar bakteri, tapi juga bisa menyingkirkan sebagian besar air yang terserap di talenan, jadi papan jadi bersih dan kering.

6. Jangan gunakan papan yang sama untuk semua jenis makanan

Pisahkan papan talenan khusus untuk memotong sayuran, khusus untuk buah dan untuk daging, dengan begitu dapat menghindari kontaminasi bakteri antar makanan.

Sudah periksa apakah papan talenan rumah kamu bersih? Ayo periksa! Jaga agar bersih dan kering, supaya keluargamu terhindar dari kanker! Semoga bermanfaat!

Sumber: SuaraMedia

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Akan Rugi Kalau Tak Ambil Tahu. Sebarkan Supaya Dapat Kita Berkongsi Pahala..

$
0
0

Kisah yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud. Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”

8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Akan Rugi Kalau Tak Ambil Tahu. Sebarkan Supaya Dapat Kita Berkongsi Pahala..

Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut :

1. Tiket ke Syurga

Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia

Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa

Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.

Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita didunia dan di akhirat.

Angkat Ibu Jari Anda Dan Ketahui Rahsia PERSONALITI Anda Disebalik Bentuk Yang Terhasil

$
0
0

Bayangkan kehidupan tanpa jari. Mungkin bagi mereka yang bekerja tidak boleh menaip pada papan kekunci komputer masing-masing, tidak boleh menulis dan pelbagai lagi.

Jari memainkan peranan yang penting dan unik di dalam kehidupan kita. Cap jari kita juga menyimpan pelbagai data berkaitan dengan diri.

Justeru, kami ingin mengupas rahsia di sebalik bentuk ibu jari anda apabila ia diangkat. Teruskan membaca!

Sudah kenalpasti bentuk yang mana satu? A? B? atau C?

Bentuk A (Tegak)


Anda merupakan seorang yang sangat berdikari, kerana apa pun terjadi anda hanya mengharapkan pada diri sendiri sahaja. Jika anda terlibat di dalam sesuatu perkara, anda akan pastikan perkara tersebut diselesaikan.

Sungguhpun ianya merupakan sesuatu yang bagus kerana anda boleh mencipta kejayaan sendiri, tetapi anda harus berhati-hati! Hal ini kerana jika anda berjuang seorang diri, anda akan cenderung untuk berasa sunyi.


Bentuk B (Sedikti condong ke hadapan)


Daripada luar, anda kelihatan tenang tetapi realitinya anda seorang yang agak cuai sebenarnya. Anda sentiasa memendam perasaan, supaya orang lain boleh meneka apakah yang berada di dalam kotak fikiran anda.

Anda juga sangat perihatin terhadap orang di sekeliling anda, malangnya anda tidak menumpukan perhatian kepada diri anda sendiri.

Bentuk C (Sedikit condong ke belakang)


Anda merupakan seorang yang sangat yakin terhadap diri sendiri, meletakkan keutamaan kepada diri anda dan tidak pentingkan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.

Bagi seseorang yang baru mengenali anda, mereka akan mempunyai persepsi negatif terhadap anda.

Namun, apabila mereka benar-benar mengenali anda, barulah mereka kenal siapa anda sebenarnya dan mereka begitu senang dengan kehadiran anda. Jadi, yang mana satukah jari anda?

Sumber: Era Baru

Lelaki Menyesal Membunuh Seekor Ular Berwarna Biru Setelah Mendpat Tahu Yang...

$
0
0

Seorang lelaki yang ingin memancing, tiba-tiba ketika dalam perjalanan menuju kesana, dikejutkan dengan seekor ular yang berwarna biru terang. Karena aneh, lelaki itu sangkakan itu adalah ular plastik.


Ia masih sangka itu adalah ular mainan yang terbuat dari plastik, tidak disangka tiba-tiba ular itu bergerak! Ia pun terkejut sangat.


Ia mulai berfikir bahawa ular yang berwarna biru itu pasti beracun. Dan ia juga belum pernah bertemu ular sebelumnya, jika tidak berhati-hati, mungkin ia bisa mati.


lelaki itu kemudian mengambil sebongkah batu dan memukul ular itu, seketika itu ular menjadi tidak bergerak dan mati.

Setelah ia memposting pengalamannya ini, ternyata…

Ia baru tahu kalau ular biru itu adalah “Morelia viridis” atau sanca hijau (Sejenis ular sanca pohon), yang karena faktor genetik, menyebabkan warnanya berubah menjadi biru dan sangat langka. Perkiraan harga ular seperti ini adalah 1,5 miliar rupiah bersamaan lebih Kurang RM 5k duit Malaysia


Wah! Ternyata ular seperti ini sangat berharga. Kalau suatu hari jumpa ular mcm ni jangan dibunuh Ok ?!

"Malu Dan Sedih Saya Tak Pedulikan Lagi Asalkan Perut Anak Terisi”- Ibu Tunggal Terpaksa Kutip Sisa Makanan Di Pasar Untuk Isi Perut 5 Beranak..

$
0
0

KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal tidak mempedulikan rasa malu dengan mengutip sisa makanan di pasar, dekat sini, yang penting empat anak di rumah perlu diberi makan lapor Berita Harian.

Begitulah rutin mingguan Rosilawati Ramli, 37, yang ke Pasar Minggu di Kampung Kedai Lalat, bukan untuk membeli makanan, sebaliknya mengutip sisa sayur, buah dan lauk yang tidak boleh dijual.

Rosilawati berkata, ada juga peniaga baik hati memberi kepadanya, malah ada juga yang dikutip di sekitar tong sampah asalkan dirasanya masih boleh dimakan sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Babong, Sering di sini.

"Malu dan sedih sudah tidak saya pedulikan lagi asalkan perut anak terisi kerana saya tidak mampu menyediakan makanan sedap untuk mereka.

"Kelengkapan dalam rumah seperti tilam, bantal termasuk pakaian juga kebanyakannya diperoleh daripada tong sampah," katanya yang sudah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami sejak dua tahun lalu.


Rosilawati yang menanggung empat anak yang berusia dua hingga 12 tahun kini mengambil upah mencuci rumah seorang penduduk kampung selama dua jam sehari untuk lima hari seminggu dengan kadar upah RM10 sejam.

Kerjanya, pekerjaan itu hanya dilakukan pada sebelah petang kerana terpaksa menunggu anaknya yang belajar di Tahun Enam di sebuah sekolah, Asmida Taqifah Ahmad Rusidi, 12, pulang terlebih dahulu untuk menjaga anak bongsunya, Muhamad Aiman Mohd Masri Safuan, 2.

Lebih memeritkan mereka berlima kini sudah beberapa hari menumpang rumah seorang jiran kerana terpaksa keluar dari rumah sewa disebabkan tidak mampu melangsaikan bil elektrik yang mencecah hampir RM700.

"Saya ada dapat rumah sewa sekitar RM200-RM250 tapi tuan rumah meminta wang deposit dua bulan, manalah saya mampu," katanya yang turut menerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk dua anaknya yang masih bersekolah.

Nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk Zul Wisma yang hadir melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan melalui pengerusinya, Datuk Dr Zulkepli Mohamed.

Zulkepli berkata, pihaknya akan cuba membantu yang termampu termasuk menyediakan rumah kediaman sekiranya Rosilawati ada memiliki tanah dan jika sebaliknya cuba mencari rumah sewa dan membantu membayar sewa bulanannya.

Kereta Dalam Pagar Rumah Berkunci, Lesap Tak Sampai Seminit.

$
0
0

JIKA selama ini anda fikir kenderaan kesayangan anda selamat diletakkan dalam kawasan pagar rumah yang berkunci, anda tentu bakal berubah fikiran selepas menonton video ini.

Rakaman CCTV kejadian kecurian sebuah kereta yang baru berlaku beberapa hari lalu menunjukkan betapa cekap dan pantas sekumpulan pencuri melakukan jenayah curi kereta.

Dalam masa tak sampai seminit atau lebih tepat 45 saat sahaja, sebuah kereta yang disimpan rapi dalam ruangan rumah berpagar dan berkunci rapi, lesap dari pandangan mata.

Lihat video di bawah, bermula dari salah seorang pencuri keluar daripada kereta dan mula menyentuh pagar rumah berkenaan bagi memulakan jenayah pada jam 5:00:57.

Kereta yang berjaya dicuri itu, sudah berada di luar pagar dan sedia untuk memecut pula pada jam 5:01:42. Hanya 45 saat!


Di bawah ini pula video rakaman penuh kejadian tersebut.


Sumber: http://www.milosuam.net

Buat Laki Bini, Macam Inilah Cara Cukupkan Duit Belanja Setiap Bulan

$
0
0

Bukan senang nak jadi pasangan yang bijak handle bab ekonomi rumah tangga, tetapi nak tak nak anda patut tahu cara cukupkan duit belanja dengan cara paling berkesan.

Seronok tarik barang waktu membeli barang dapur, sekali tengok bil yang kena bayar, terus rasa menyesal. Ini kes ambil barang ikut kehendak!

Adakah anda pernah sedar, berapa banyak bajet keseluruhan yang dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan barangan runcit? Berbelanja membeli barangan keperluan ini memang tidak dapat dielakkan. Tetapi terdapat beberapa cara untuk menjadikannya anda mampu melakukannya.

Berikut adalah tip menjimatkan perbelanjaan membeli-belah barangan dapur dan barangan runcit untuk berjimat…

1. Setiap kali keluar membeli barang, pastikan perut anda penuh. Ini dapat mengelakkan anda kurang membeli makanan ringan atau barang yang anda tidak perlukan. Cara ini juga dapat memastikan anda beli barangan dapur dan barangan runcit yang memang anda perlukan sahaja.

2. Biasakan membuat senarai barang yang ingin dibeli. Kekal kepada senarai itu terutamanya jika anak-anak ada sama ‘membantu’ dalam membeli-belah.

3. Rancang hidangan atau menu makanan untuk seminggu sebelum anda membeli-belah. Beli barang yang ada dalam hidangan atau menu. Mula merancang makanan untuk tiga atau empat hari jika anda rasakan seminggu itu terlalu lama.

4. Beli barang sekali seminggu sahaja. Ini kerana anda cenderung berbelanja lebih jika anda setiap hari ke kedai atau beberapa kali ke kedai dalam masa seminggu

5. Berbelanjalah di kedai yang biasa anda kunjungi apabila berasa letih, stres atau ketika mahu cepat. Anda sudah pasti akan menjumpai barangan yang diperlukan dengan cepat dan mudah.


Rancang terlebih dahulu barangan dapur

1. Rancang hidangan atau menu makanan supaya anda ada makanan lebih yang boleh dijadikan bekalan untuk makan tengah hari keesokan harinya. Atau sejuk beku makanan lebih untuk dijadikan hidangan cepat pada hari-hari berikutnya.

2. Buat bekal sendiri. Beli makanan ringan atau salad dalam kuantiti besar. Bungkus dan jadikan bekal yang boleh dijadikan sebagai makanan segera yang mudah dibawa ke mana sahaja.

3. Bersih dan susun peti sejuk dan almari menyimpan makanan sebulan sekali. Guna barang yang anda beli dan masih ada dalam simpanan sebelum anda membeli barang baru. Ini juga dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang sama yang masih ada dalam simpanan.

4. Jika anda menyimpan barang atau makanan, periksa tarikh luput makanan itu bagi mengelakkan anda mengguna atau menyimpan barang atau makanan yang tidak boleh digunakan lagi.

5. Luangkan masa sekali seminggu untuk mencuci dan memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan mempercepatkan penyediaan makanan. Cara ini juga boleh membantu anda menyediakan snek atau makanan ringan yang mudah dibawa ke sana-sini.

Beli barang secara bajet

1. Jangan beli makanan ringan kerana ia lebih mahal dan kurang menyihatkan.

2. Jadi kreatif dan cuba makanan baru. Anda mungkin bertemu dengan makanan murah yang anda suka.

3. Membeli-belah dengan kalkulator dapat membantu anda mengetahui jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang. Jika anda membeli-belah dengan anak-anak, berikan mereka kerja untuk mengira berapa banyak yang dibeli. Cara ini juga dapat membantu anda merancang dalam berbelanja.

4. Beli barangan yang tidak boleh dimakan seperti sabun basuh atau beg sampah di kedai yang menawarkan harga murah.

5. Sentiasa periksa harga barang untuk mengetahui sama ada barang tersebut ada tawaran harga murah atau diskaun. Jika ada kupon, boleh gunakan. Anda juga boleh menggunakan apps membeli-belah yang terdapat dalam telefon pintar anda.

Lepas Nikah Isteri Berkurung Diri Kat Bilik, Aku Intai Senyap² TERKEJUT BERUK Tgk Apa Yg Isteri Buat Tiap Malam Atas Kerusi Sendiri !!!

$
0
0

Dulu, aku kuat main game especially Dota. Lepas itu, acah-acah nak kapel dengan awek gamer juga.

Tetapi hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising.

Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!

Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah.

Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja.

Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini.

Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)

Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik.

Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik?

Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV.

“Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?” tegurnya.

Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha!

Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya.

Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan “Noob!!!” di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan.

Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!


“Abang ni Pro la…”

She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan.

Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha” – Abang Gamer

SEPERTI KISAH DOTA 2 PELAMIN CINTAKU INI..

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri.

Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritakan saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain Dota 2 kerana tertarik dengan popularitinya.

Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.

“Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

Mula rapat

Menurut Zayani, hubungannya bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota.

Main punya main, tak sangka jadi ketagih dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguhan Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu.

“Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarnya bermain Dota 2.

Dari ‘ganking’ sampailah ‘positioning’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis.

“Bagaimanapun, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabiskan masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwinan, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015.

“Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya.

Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka bercakap, jadi kami melengkapi antara satu sama lain.

“Perkahwinan kami juga lain sedikit kerana barang hantaran bukan seperti yang biasa orang buat. Saya membelikannya tetikus, fon kepala dan ‘graphic card’ kerana tahu dia memang minat main ‘game’ serta komputer,” katanya.

Bertolak ansur

Mengenai kerja rumah, kata Zayani, ia tidak menjadi masalah kerana mereka boleh bertolak ansur, tidak seperti yang dikatakan oleh orang sekeliling dan ‘haters’ di laman sosial.

“Saya faham dia penat kerja syif malam jadi kerja rumah memang menjadi tanggungjawab saya. Kalau saya masak, dia pula akan basuh pinggan. Kalau saya basuh dan jemur baju, dia angkat. Selepas siap, barulah kami akan main ‘game.

“Ada juga komen sinis di laman sosial mengatakan ‘suami balik rumah buka tudung saji ada CD game’ tapi saya tak pedulikan semua itu.

Yang penting, hanya kami faham bagaimana menguruskan hal rumah tangga dan mereka (netizen) hanya buruk sangka semata-mata,” katanya.

Lebih menarik mengenai pasangan ini, mereka juga mempunyai bilik khas yang didekasikan untuk aktiviti ‘gaming’ dan dari situ hubungan mereka menjadi lebih akrab.

“Kalau nak diikutkan, suami kerap mengajak saya bermain bersama kawan. Mula-mula saya hanya bermain perlawanan biasa (normal match) tapi lama-lama ingin cabar diri bermain ‘ranked’.

Berkat tunjuk ajar dia, saya dah boleh main tanpanya dan guna hero yang digemari.

“Oleh itu, kami ada satu bilik khas untuk main ‘game’ dan memudahkan komunikasi antara kami. Kalau masing-masing tak sibuk, kami ‘memburu’ makanan lazat di ibu kota dan isi masa lapang dengan berekreasi dan melancong,” katanya.

Sokongan ibu bapa, teman rapat

Menurutnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan pilihannya bermain ‘game’, tidak kurang juga yang memberi sokongan kerana memahami minatnya.

“Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Jujur saya katakan, walaupun terdapat banyak komen negatif, ada juga yang memberi sokongan. Ibu, ayah dan kawan rapat tak pernah halang minat saya kerana mereka tahu ia hanya sekadar hobi.

“Lagipun, alhamdulillah dengan kerjaya sekarang sebagai penulis blog, saya boleh buat duit untuk tampung keperluan lain walaupun suami sendiri boleh menampung sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami banyak mendapat jemputan ke acara Dota termasuk ke ESL One Genting 2017, baru-baru ini.

“Saya dan suami sangat ‘low profile’ dan banyak menyembunyikan aktiviti harian (main Dota) daripada orang ramai. Tapi sejak tular di laman sosial tahun lalu, kami banyak mendapat jemputan ke acara Dota.

“Kami berdua sekarang memang gilakan permainan ini jadi sudah tentunya peluang itu bagai bulan jatuh ke riba. Menonton perlawanan Dota 2 depan mata adalah impian semua peminat permainan ini,” katanya.

Pemandu Maut Tercampak Dari Kepala Treler Yang Terbuka Secara Tiba-tiba

$
0
0

Seorang lelaki maut digilis kenderaan dipandunya selepas tercampak keluar berpunca dari kepala treler terbuka secara tiba-tiba, kejadian belaku di Kawasan Perindustrian Samalaju.

Berdasarkan laporan, kejadian 4 petang, semalam, sebuah treler dipandu Lee Ngan Cheang, 57, dikatakan bergerak sebelum tiba-tiba bahagian kepala kenderaan itu terbuka.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bingkok John, kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting keluar melalui cermin hadapan kenderaan berkenaan.

Jelasnya, selepas tercampak dari treler berkenaan, mangsa tidak sempat menyelamatkan diri sebelum digilis tayar treler yang sedang bergerak ketika itu.

“Akibat kemalangan berkenaan, mangsa parah di kepala dan badan. Pasukan paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Masalah teknikal mungkin punca kepala treler itu terbuka, namun siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya, semalam.


Dalam masa itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui tersepit di bawah tayar dan bomba mengeluarkan mayat mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik dari Klinik Nyalau Samalaju,”katanya.

Sumber: Harian Metro, Siakapkeli

Baru Lima Hari Bersalin, Acha Septriasa Dah Keluar Jalan-Jalan

$
0
0

Tahniah diucapkan kepada pelakon Indonesia, Acha Septriasa kerana sudah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 20 September lepas.

Namun aktres filem My Heart ini dikecam teruk kerana sudah keluar bersiar-siar keluar bersama dengan suami dan anak walaupun ketika itu baru masuk lima hari berpantang.


Dalam foto yang dimuat naik di Instagram, Acha menulis kapsyen:

"Keluar di kawasan kejiranan untuk mencari barang-barang keperluan rumah dengan Bridgia."

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen, yang kebanyakannya risau dan mendakwa Acha tidak peka dalam menjaga kesihatan diri dan anaknya.


Mereka memberikan pelbagai reaksi negatif dan berasa yang Acha sepatutunya berehat di rumah sahaja selainmenasihatinya agar tidak terlalu banyak berjalan, lagi-lagi cuaca di Australia sejuk.

Walau bagaimanapun pelakon ini sudah memberikan penjelasan dengan menyatakan yang dia tidak mempunyai pembantu di sana dan terpaksa keluar juga untuk menguruskan pelbagai hal.


"Ya, soalnya kami tiada pembantu di sini. Jadi harus membantu membeli-belah bersama suami," tulisnya.

Sumber: CARI

Dengan Bajet Sebanyak RM316, Lelaki Ini Berjaya Menghasilkan Sebuah Tab Mandi Yang Elegan Untuk Rumah Barunya

$
0
0

Selepas proses pembinaan rumah barunya selesai, lelaki ini mendapati peruntukan untuk hiasan dalaman rumahnya agak terhad.

Setelah berhabis wang dalam membina rumah idaman, bajet untuk membeli perkakasan rumah serta perabot yang sememangnya agak mahal menjadi kecil. Justeru, dia memutuskan untuk membina sendiri tab mandi bagi mengurangkan kos.

Pada awalnya, dia sendiri meragui tab mandi yang bakal dibinanya namun dia tetap dengan keputusannya untuk membina sendiri tab mandi berdasarkan teknik asas yang dimiliki. Hasilnya, semua orang termasuk isteri dan jiran tetangga amat terkejut setelah melihat tab mandi tersebut.

Ianya bersinar, mempunyai gaya mewah dan sangat menakjubkan! Lelaki ini turut kongsikan proses membuat tab mandi tersebut menerusi akaun media sosialnya.

Ternyata, ramai netizen yang memuji hasil kerja lelaki tersebut.


#1 Membina rangka tab mandi


Dengan menggunakan batu bata, simen dan beberapa lagi bahan asas dalam pembinaan, lelaki ini telah membina kerangka asas berbentuk tiub.

Bagi menjimatkan ruang dan penggunaan bahan, dia telah memutuskan untuk membina tab mandi tersebut berdekatan dengan dinding.

#2 Membentuk tab mandi dengan simen


Langkah ini perlu dibuat dengan penuh ketelitian supaya ia tidak bocor. Anda juga perlu memasukkan paip air dan membina tempat saliran air keluar.

#3 Meletakkan batu dan jubin


Batuan seperti ini amat baik untuk kesihatan. Jadi, lelaki ini telah menurap batu-batu tersebut di dalam tab mandinya. Nampak sangat elegan bukan?

Dengan peruntukan hanya sebanyak RM316, lelaki ini telah berjaya menghasilkan sebuah tab mandi yang sangat cantik dan selesa untuk rumah barunya. Malah, dia turut menjadi terkenal dalam kawasan kejiranannya kerana mampu membina hasil kerja yang sangat mengagumkan.

Saya terpesona, bagaimana pula dengan anda? Luahkan pendapat anda mengenai hasil kerja lelaki ini di ruangan komen.

Terima kasih!

Sumber: Era Baru

Ibu Penagih Dadah Biarkan Lima Anaknya Hidup Dalam Timbunan Sampah

$
0
0

KOTA BHARU, KELANTAN - Sayu dan sedih melihat nasib lima beradik yang tinggal dalam rumah yang tidak lagi kelihatan seperti rumah di mana ia penuh dengan sampah sarap, kerosakan di sana sini dan hidup dalam keadaan terabai, lapor Astro Awani.

Video yang dimuat naik oleh Vivi Sumanti sejak semalam itu di Kampung Paloh, Pintu Geng, berkata, makan minum tidak terurus, tidak berpakaian, tiga daripadanya tidak bersekolah dan lebih malang lagi ibu mereka seorang penagih dadah. 

Ibu mereka, Faridah Yaakob, berusia 34 tahun berasal dari Tawang, Bachok, langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, malah ada ketikanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti khayal dalam dunianya sendiri. 

Menurut Faridah, dia sudah lama bercerai dengan suaminya dan bersamanya mereka memiliki enam orang anak. Namun anak sulungnya berusia 13 tahun kini dijaga oleh bekas ibu mertuanya. 

Selebihnya anak yang berusia 11, 9, 6 tahun dan anak bongsu yang berusia 9 bulan bersama Faridah yang tidak dijaga dengan baik dan diabaikan begitu sehaja. 

Keadaan tempat tinggal mereka yang kotor dan busuk bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman. Difahamkan lima beradik itu hanya diberi pakaian yang ada, makan minum tidak menentu dan hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan. 


Faridah berkata, kesemua anak-anaknya yang mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas. Sehingga kini sewa bulanan RM300 masih dibayar oleh bekas suaminya. Malah bekas suaminya juga yang selalu datang setiap hari menghantar makanan untuk anak-anak mereka. 
Berdasarkan video, ternyata memang banyak sampah sarap di luar dan dalam rumah dua tingkat itu. Dengan keadaan dinding rumah yang berlubang dan retak, tandas yang rosak, tingkap yang pecah, jelas sekali mengundang pelbagai ancaman keselamatan pada anak-anak kecil itu. 






Sementara itu di dalam sebuah bilik di tingkat dua pula, hanya ada satu tilam yang sudah buruk dan berkulut dijadikan alas tempat tidur mereka sekeluarga.

Justeru, Vivi Sumanti berharap, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana NGO yang tampil membantu si ibu dan lima anaknya ini dari terus hidup dalam keadaan yang daif ini. 

Sumber: The Reporter

Jiran Ini Berperangai Pelik Selama 20 Tahun, Semuanya Terbongkar Dengan Rasa Meloyakan Selepas Mereka Berpindah!

$
0
0

Kita tidak boleh mengelak dari hidup berjiran dan paling tidak sedikit sahaja kita perlu mengenali mereka. Tetapi bagaimana jika ada jiran yang langsung tidak mahu mengenali jirannya dan ditambah pula dengan kelakuan mereka yang pelik dan membuat jiran-jiran lain tertanya-tanya.

Jiran ini telah tinggal di satu kejiranan selama 20 tahun dan tidak bergaul dengan jiran mereka yang lain. Kelakuan mereka selalu dianggap pelik dan mencurigakan oleh jiran yang lain.

Jiran yang lain telah mengetahui dengan melihat keadaan rumah mereka yang agak menyeramkan dari luar dan mereka mungkin melakukan sesuatu yang buruk di dalam. Semuanya terbongkar apabila mereka telah berpindah dan meninggalkan rumah tersebut.

Selepas jiran yang pelik ini berpindah, ada segelintir jiran yang berperasaan ingin tahu telah pergi ke rumah tersebut untuk melihat keadaan dan persekitaran dalam rumah tersebut. Kebetulan ia tidak berkunci dan dibiarkan begitu sahaja.

Mereka telah memasuki rumah tersebut dan berasa sangat terkejut apabila melihat keadaan di dalam rumah itu.


Mereka mendapati rumah itu tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah dan kumbahan. Terdapat sampah, najis haiwan, makanan busuk , kulat dan lendir yang menjijikkan serta meloyakan di dalam setiap bilik yang mereka masuki.


Jiran-jiran ini cuba menutup hidup dengan topeng muka yang mereka bawa, tetapi bau busuk dan meloyakan tetap menusuk ke hidung walaupun telah menutupnya dengan topeng muka. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jiran yang pelik ini boleh hidup dalam keadaan yang sebegini.

Mereka boleh hidup di dalam tempat yang boleh disamakan dengan tempat pembuangan sampah.


Kini, jiran-jiran ini baru memahami bagaimana jiran yang pelik ini tidak pernah keluar dari rumahnya, memanggil pengutip sampah ke rumah mereka, membersihkan halaman rumah dan membiarkan anjing mereka bermain di luar.

Dengan pintu rumah yang sentiasa tertutup, maka tidak hairanlah mereka melakukan semua aktiviti di dalam rumah termasuk membuang sampah, makanan dan kesemua barangan yang mereka beli dan pesan dibuangkan begitu sahaja di dalam rumah tersebut.

Jiran ini sebenarnya mempunyai masalah mental yang sangat serius.

Mereka berasa malu dan takut untuk bergaul dengan jiran yang lain dan orang sekeliling lalu mencipta persekitaran untuk diri mereka sendiri sahaja tanpa mahu mendapat bantuan orang lain.

Jika mereka berpindah ke tempat lain, mereka akan melakukan perkara yang sama kerana penyakit mental ini masih belum diubati.


Seperti dalam siri dokumentari Amerika popular “Hoarders”, begitulah yang boleh digelarkan kepada jiran yang pelik ini.

Mereka mempunyai penyakit mental yang suka menyimpan barangan dan sampah yang difikirkan kesemuanya berharga dan tidak boleh dibuang.

Apabila menjadi begini, mereka menjadi pembuat susuh dan penyimpan sampah yang bermasalah. Golongan ini mempunyai penyakit yang perlu dibawa kepada pakar psikologi untuk disembuhkan.

Mereka sudah tidak tahu membezakan mana barangan yang perlu disimpan dan mana pula yang perlu dibuang.

Apabila timbul perasaan sayang kepada kesemuanya, mereka mula mengumpul dan meletakkan kesemua barangan itu menjadi satu timbunan yang sudah tidak dapat dibezakan antara sampah dan barangan berharga.


Antara tanda dan simptom anda mungkin menjadi pembuat susuh dan sampah bermasalah adalah seperti berikut:

Anda mengecilkan ruang kehidupan dimana aktiviti biasa dan pergerakan anda telah dibataskan kepada satu ruang dan tempat tertentu sahaja.

Anda tidak mempunyai keupayaan untuk membuang benda yang perlu dibuang seperti barangan dan makanan yang sudah rosak dan luput tarikh.

Anda cukup menyukai untuk menindankan suratkhabar, majalah dan risalah lama sehingga bertahun-tahun lamanya sampai ia telah berubah rupa , warna dan sifat.

Anda mengalihkan barangan lama tetapi tetapi tidak pernah berfikir untuk membuangnya kerana berasa sayang.


Anda mengumpulkan kesemua barangan yang sudah dikira sebagai sampah seperti kotak tisu yang sudah diguna, tisu yang sudah dipakai dan tuala yang diambil dari restoran.

Anda berasa bingung apabila memikirkan untuk mengemas dan mengurus barangan supaya menjadi kemas dan tersusun. Oleh itu anda akan duduk sambil mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk mengemas. Akhirnya anda membiarkan sahaja kesemua barangan itu selamanya di situ.

Anda sering berasa malu dan segan untuk menunjukkan barangan dan sampah anda kepada orang lain dan takut mereka akan memikirkan kesemua perkara yang negatif tentang diri anda. Maka anda membuat keputusan untuk menyimpan sahaja kesemua sampah itu.

Anda merasakan hak anda kepada sesuatu barangan itu sebagai hak yang mutlak. Orang lain tidak boleh menyentuh dan meminjam hak kepunyaan anda.

Lalu dengan perasaan sayang yang terlalu melampau, anda menyimpan kesemua barangan itu tanpa mahu melepaskannya.


Anda menghadkan interaksi anda dan tidak mahu bergaul dengan orang sekeliling. Kadangkala anda tidak mahu keluar dari rumah langsung walaupun untuk membuang sampah.

Dengan itu tidak hairan anda membuang sahaja sampah dan makanan di dalam rumah. Dan berfikiran tidak mengapa walaupun rumah anda berbau busuk.

Pembuat susuh juga berfikiran kesemua barangan yang ditindan dan dikumpulkan akan mempunyai kegunaannya di masa hadapan walaupun ia satu bekas plastik yang telah mengeluarkan bau dan sudah beracun.

Apabila anda telah berada ditahap yang seperti ini, sememangnya anda mempunyai masalah dari segi mental dan berjumpalah dengan pakar yang boleh menyelamatkan diri anda. Dengar nasihat ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin membantu.

Apabila anda telah menjadi pembuat susuh dan sampah yang bermasalah anda akan mengundang masalah kesihatan, kebersihan dan risiko kebakaran. Rumah anda juga akan mengundang haiwan yang kotor seperti tikus dan lipas serta haiwan berbisa seperti ular.

Bukan rumah anda sahaja akan mengundang risiko dan bahaya. Malah akan membabitkan rumah jiran-jiran anda juga.

Jadi, apabila anda bermasalah dengan membuat susuh dan sampah, pergilah dengan segera mendapatkan bantuan dari pihak yang pakar yang boleh menyelesaikan masalah anda.

Sumber: Era Baru

Air Tea O Halia Penyegar Badan, Siapa Sangka Minuman Ini Boleh Hapuskan Lemau Badan Sekelip Mata!

$
0
0

Minuman ini bukan sebarang minuman ya sebab khasiatnya cukup bagus untuk dicuba. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Lyndah Abraham, khas buat anda yang jenis cepat lemau di musim raya. Ok, jom semak!

Nak kongsi petua untuk anda yang sibuk start kemas rumah selepas selesai rumah terbuka, mesti badan lemau. Jadi inilah ubatnya!

Tak payah pun, anda cuma perlukan sediakan bahan yang memang ada kat dapur rumah…


Sesuai:

1. Seisi keluarga. (lelaki dan wanita)
2. Ibu-ibu mengandung yang selalu lemau.

Resepi:

1. Halia
2. Daun Pandan
3. Gula (gula kabung/gula batu)
4. Uncang tea


Cara-caranya:

1. Rebus air + halia dan daun pandan.
2. Setelah mendidih tutup api. Masukkan air panas tadi ke dalam jug atau cawan, kemudian letak gula dan uncang tea (seperti bancuh tea biasa).
3. Siap untuk dihidang.

Amalkan Petua Air Kencur Ini Yang Sangat Membantu Membaikpulih Masalah Dalaman Wanita

$
0
0

Kami nak kongsi petua ini dengan anda terutamanya wanita bagi membaikpulih masalah dalaman wanita dengan resipi air kencur ini. Air kencur ini sangat bagus untuk memecahkan angin dalam urat saraf dan juga baik untuk wanita yang dalam pantang, mengalami keguguran ataupun ibu yang masih menyusukan bayi. Malah orang lelaki pun boleh minum dan ianya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan Air Kencur

2 genggam cekur / kencur
1 genggam halia
1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam)
1 ketul gula Melaka kecil
1 sudu teh kecil bunga cengkih
1 liter air


Cara Penyediaan

1. Cuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih.
2. Cuci dan kupas kulit cekur / kencur dan halia.
3. Masukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes.
4. Tuangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat.
5. Masukkan bunga cengkih dan gula Melaka.
6. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya.
7. Biarkan sejuk sebelum masuk botol.
8. Minum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan.

Minum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing.

Dalam amalan berjamu, amat penting supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan.

Bila berjamu, jangan dicampur minum dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam.

Bila amalkan jamu, pastikan minum banyak air suam supaya jamu dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Antara kebaikan air kencur adalah menyembuhkan kembung perut, melegakan perut memulas, mengurangkan bengkak, melancarkan darah haid, melegakan batuk dan sakit tekak, pecah angin dalam urat saraf, menghilangkan lenguh sakit sendi, mewangikan badan, serta melancarkan perjalanan darah.

Sumber: Sinar fm

6 Tempat Yang Dilarang Untuk Menyimpan Telefon Bimbit Anda. Ramai Yang Masih Tak Tahu!!

$
0
0

Tahukah anda jika salah menyimpan telefon bimbit anda akan menanggung risiko yang bakal terjadi.?? Contohnya telefon bimbit anda hilang, rosak dan bahkan boleh saja menganggu kesihatan anda. Sebaiknya juga anda mengetahui di manakah tempat yang tidak sesuai diletakan telefon bimbit anda. 

Di bawah ini disenaraikan beberapa tempat yang kurang sesuai jika anda ingin menyimpan telefon bimbit anda.

1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar 

Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.

2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik

Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.

3. Dilarang Dekat Kunci Kereta

Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.

4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer

Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.

5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar

Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.

6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci

Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.

Malaysia Diramal Dilanda Banjir Besar Bulan Ini - Wan Junaidi

$
0
0

KUCHING: Malaysia diramal mengalami banjir besar pada bulan ini ekoran berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina.

"Kita telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia, selain mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini.

“Selama hampir lapan bulan, kita mengkaji pola taburan hujan di setiap kawasan dan ia agak berlainan dengan data-data ini kita simpan di Jabatan Pengairan dan Saliran," katanya ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Geran MRP kepada pelbagai pertubuhan kawasan N4 Pantai Damai dan N5 Demak Laut, di pejabatnya di sini.

Sebanyak 71 pertubuhan telah menerima sumbangan berjumlah RM247,920.


Daripada kajian ini kata beliau lagi, pihaknya mendapati fakta yang dikumpul pada tahun 2012 hingga 2014 berkait taburan hujan dan banjir tidak lagi tepat dan relevan dengan data terkini.

“Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula dari pelbagai sudut akan fakta-fakta taburan hujan ini dan mengenal pasti tempat-tempat yang dahulunya tidak banjir tetapi kini tenggelam, seperti yang kita lihat telah berlaku di Semenanjung.

Katanya, kajian kini dilakukan secara saintifik oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Laut dan Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan untuk mengumpul data dan merancang tambatan banjir di seluruh negara.

Kajian turut dilakukan untuk mengemas kini fakta taburan hujan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.

“Laporan berkenaan taburan hujan ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan November depan sebagai persediaan menghadapi tahun 2018," jelasnya.

Sumber: Astro Awani

KEJAM KE? “Kenapa Tak Tolong” – Luahan Anggota Tentera Isu Pegawai Polis Pengsan Dalam Kawad

$
0
0

Luahan seorang tentera ekoran insiden seorang anggota polis yang rebah ketika menunggu ketibaan Yang Dipertua Negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud sempena Perasmian Persidang Dewan Undangan Negeri.


Itu la dikatakan rejimental.. disiplin dan mental kena kuat… knp sy ckp mcm tu.. sy pon selalu buat perbarisan atas padang kawad.krana sy seorg tentera. mmg bg org awam benda mcm ni pelik.. knp x tolong. . Yg lain berdiri dan tengok je.. sebb knp ye.. apabila seseorang polis.. tentera.. ataupun mna2 badan beruniform.

Disiplin kna tinggi.. mental kna kuat.. berdiri di padang kawad x kira la kawad panji2 atau pon kawad istiadat bila sesorang tu jatuh anggota medik akn masok dan mengangkat anggota yg tumbang tu keluar dt perbarisan.. mmg la kerjasama diperlukn.. mmg la protolkol diperlukn.


Jgn main ckp je sebarangan. Kerana anda semua x merasai apa yg kami lalui.. anda blh la ddk dlm pjbt. Atau dudok menonton je lepas tu.


Bila keburukan org sikit mula nk dihebohkan.. mmg disiplin diperlukn dan kekuatan mental diperlukn bg anggota polis dan tentera.. sbb knp.. apabila peperangan belaku kami boleh bertindak dgn satu arahan je.. contohnya lahad datu.. polis hebat.. tentera hebat.. tp anda semua x thu kami bergadai nyawa disana.. tinggalkan ank bini. Tinggalkn ayah ibu.. bila gugurnya seorg pahlawan tu baru nk dikenang.. anda semua x thu apa yg kami rasa.

Apa yg kami lalui.. anda boleh la ckp saja.. cuba anda semua berada di tmpt kmi.. anda akan rasa apa yg kami lalui. penderitaan kami.. kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita aman.. damai.. tak ada perbalahan.. x da perang.. cuba kita tengok.. negara islam kita yg lain.. syria. . Lubnan.. palestin. . Negara mreka berperang.


Nk tdo pon x aman.. nk berjln pon x aman. . Nk mkn pon x aman.. kita rsa bersyukur kerana negara kita aman dan damai.. alhamdulilah. . Sabelum kita nk mengkritik atau nk megata sesuatu tu.. baik kita selidik dulu.. knp dia tmbang. Knp org lain tak tolong. .

Maaf la jika bicara sy membuat anda terasa. Kerana sy sendiri terasa apa yg anda katakn dkt anggota polis yg tumbang tu.. kerana sy anggota beruniform jgk.. kedaulatan negara tanggungjawab kita bersama.. assalammualaikum..”

AWAS! Sila Buang Air Mineral Yang Tertinggal Dalam Kereta, Jangan Nak Jimat Sangat, Bahaya Menanti!

$
0
0

Masih ada yang minum air mineral atau air botol yang tertinggal dalam kereta selepas dibiarkan lama? Mungkin masih ramai yang minum air tersebut yang telah pun terdedah kepada haba panas dan juga sinaran matahari yang melampau.

Tahukah anda, air yang terkandung dalam botol yang terdedah dengan panas yang melampau dan sinaran matahari itu akan mendorong terjadinya barah?


Bahaya air botol terdedah kepada sinaran matahari dan panas melampau – Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamedberkata dalam laporan Sinar Harian, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan toksik yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel tidak normal iaitu barah, lapor Mingguan Wanita.

Air dalam botol plastik di dalam kereta anda, sangatlah merbahaya! Artis antarabangsa, Sheryl Crow juga menghidap barah disebabkan kesan daripada meminum air botol yang terdedah panas. Perkara ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara, terutamanya di Australia. Menurut doktor, wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser payudara.


Jadi sila berhati-hati dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta, dan share perkara ini untuk pengetahuan rakan-rakan anda.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin atau racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebaik mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca. Moga kaum Hawa dan lelaki yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui info ini.

Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Islam ada menyatakan air terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya ialah air musyammas iaitu air yang terdedah kepada matahari sememangnya tidak elok di minum kerana kebarangkalian boleh bertukar kepada racun.

Berikutnya adalah rakaman video yang menerangkan mengapa anda perlu mengelakkan daripada meninggalkan air mineral dalam botol plastik dalam kereta.


Semoga kita semua dihindari daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Mulut Bayi Melecur Selepas Memasukkan Kabel Pengecas Telefon Dalam Mulut

$
0
0

GLASGOW, AMERIKA SYARIKAT - Mulut bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk selepas memasukkan kabel pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan arusnya ke dalam mulut. 

Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk. 

Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.

Menurut Courtney, kebiasaannya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut. 

"Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu. 


"Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk," katanya. 






Justeru, Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: The Reporter
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>