Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

[Video] Peniaga Rampas Resit Dari Pelanggan Selepas Kantoi Tipu Tanda Harga

$
0
0
PELBAGAI kaedah orang mengaut keuntungan dengan cara menipu. Salah satu cara yang dikesan ialah dengan meletak harga murah pada barang yang dijual, tapi apabila pengguna membayar di kaunter, harga yang dikenakan lebih tinggi daripada harga yang dipamerkan.

Dalam kejadian yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Oktober 2017— Seorang wanita bernama Puan Hasimah telah pergi ke sebuah kedai runcit bernama "Never Close Mini Mart" yang terletak di Api-Api Centre.

Puan Hasimah mengambil sebungkus minyak masak yang dipamerkan dengan harga RM2.50. Namun apabila membayar di kaunter harga yang dikenakan untuk barang tersebut lebih tinggi iaitu RM3.00.


Resit pembelian yang diserahkan kepadanya juga menunjukkan harga RM3.00 untuk minyak masak tersebut, Walaupun harga yang dipamerkan RM2.50.


Beliau pun mempersoalkan perbezaan itu kepada peniaga berkenaan. Peniaga yang "kantoi busuk" itu serta merta mahu memulangkan kembali RM3.00 dan meminta resit yang diberi dipulangkan semula.

Apabila Puan Hasimah kata "tak mahu," peniaga itu bertindak agresif merampas resit tersebut dari tangannya. Mujur ada rakaman video kejadian berkenaan.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan..


Sumber: http://www.milosuam.net

Baru Dinaikkan Pangkat Jadi Pengarah, Wanita Hina Nenek Si Penyapu Jalanan. Saat Nenek Ini Membuka Jaketnya, Wanita Ini Terdiam !

$
0
0
Gambar hiasan

Dalam kehidupan di sekitar, kita tidak akan menduga banyak orang boleh melakukan apa saja, bahkan dengan baju yang biasa – biasa, atau wajah yang tidak menyokong, itu tidak dibolehkan di status dan kekuatan di balik fizikalnya besar.
Loading...

Jom kita lihat cerita sebenar di bawah ini

Seorang wanita berumur 40 tahunan, yang baru saja menjadi pengarah di sebuah syarikat, membawa anak lelakinya datang ke pejabat untuk makan.

Selesai makan, anak lelakinya membuang plastik bekas makan di lantai, dan datanglah seorang nenek dengan penyapu datang dan menyapu bersih sampahnya …

Wanita yang baru menjabat jadi pengarah ini, melihat nenek ini menyapu, dengan baju biasanya, wajahnya yang sudah berkeriput bukannya bersara, malah jadi tukang sapu,

Kerana itulah dengan senyum sinisnya dia bilang ke putranya, “Nak, sudah besar nanti rajin belajar ye, jangan jadi seperti orang tua sana, lihat tu, sudah tua tapi masih ngambil sampah!”

Anak lelakinya yang masih belum mengerti apa – apa, hanya angguk – angguk.

Nenek ini melihat kesombongan wanita ini, dia bertanya, “Mohon maaf, tumpang nanya, kamu siapa ya di syarikat ini


Dengan angkuhnya dia menajwab, “Aku pengarah baru di sini … dah kenapa?”

Nenek ini hanya angguk kepala tak menjawab.

Dari jauh datang seorang lelaki dengan sut rapi, menghampiri nenek ini.

“Puan CEO, sebentar lagi mesyuarat akan berjalan, sila masuk ke bilik puan dulu ye.”

Nenek ini buka jaket lusuhnya, dan kelihatan baju dan jas rapi di balik jaket yang lusuh, ternyata dia adalah pengasas syarikat ini, tanpa mengubah ungkapan, dia berkata kepada lelaki itu, “En Razik, tolong ya cabut jawatan wanita sombong ini, kita tak perlu orang sombong seperti dia di syarikat kita, nanti habis penuh sifat negatif kat sini.”

Lelaki itu pun mencatat nombor pekerja wanita ini dan di hari itu dia dipecat!

Wanita ini tak boleh menjawab apa – apa, terpaku, nenek CEO ini berkata kepada anaknya, “Aku memecat mamamu, berharap kamu mengerti, menjadi orang besar bukan ditentukan dengan kepintaran orang itu, tetapi bagaimana kita, orang besar, mampu menghargai orang – orang yang rendah di bawah dan membantu mereka. “

Ladies and Gentleman, hidup itu seperti roda, banyak skop lingkup kehidupan orang lain yang tak kita mengerti.

Jangan pandang seseorang hanya dari luar fizikalnya, tetapi hargailah setiap orang.

Sumber: Medsos

Kubur Wanita Ini Mengeluarkan Darah Dan Bau Yang Sangat Busuk. Rupanya...

$
0
0

Balik papan: Tidak dapat di terima dek akal apabila kuburan mengerluarkan cairan serupa darah segar,namun itu lah yang berlaku di pemakaman islam di BDS II Balikpapan Selatan indonesia.

Selain dari mengeluarkan cairan darah kental,lokasi di sekitar kuburan juga tercium bau busuk dan amis persis aroma darah.

Apatah lagi kalau habis hutan,baunya semakin cepat menyebar,ungkap salah seorang penjaga kubur yang hanya mahu di kenali sebagai Ruslan.

Menurutnya kuburan berkenan di miliki oleh seorang wanita yang meninggal bulan lalu,sejak daripada itu kuburan berkenan mengeluarkan cairan warna kuning.


Namun semakin lama cairan itu semakin berubah menjadi warna merah hingga pada jumaat kelmarin salah seorang lelaki berusia 40 meminta tolong kepada ruslan untuk menutup lubang kuburan berkenan.

“Kebetulan saya lalu di situ dan melihat seorang lelaki,tapi dia mengaku bukan ahli keluarga serta meminta kepada saya untuk menutup lubang yang mengeluarkan cairan busuk itu”

“Saya tidak berani melakukan apa-apa kerana dia bukan ahli keluarga,jadi saya laporkan kejadian kepada ketua kampung’kata ruslan.

Bagaimana pun sehingga kini orang awam berkumpul untuk merakam dan menyaksikan kejadian pelik berkenan hingga beberapa video tular di aman media sosial.


Sumber: Eberita

Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Ganja 176KG Bernilai Setengah Juta Ringgit

$
0
0

POLIS Thailand dilaporkan telah menahan seorang lelaki rakyat Malaysia semalam di Pusat Pemeriksaan Sempadan, Sadao dan merampas ganja seberat 176kg bernilai 4.4 juta Bath (RM550,000) di pasaran gelap.

Ganja berkenaan ditemui disembunyikan dalam sebuah van yang dipandu oleh lelaki berusia 28 tahun, ditemani oleh seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ketika kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan pada jam 7 pagi waktu tempatan.

"Lelaki itu mengaku telah menerima wang RM500 dari rakan senegaranya untuk membawa dadah tersebut masuk ke Malaysia menggunakan kenderaan berkenaan," kata Timbaoan Ketua Polis, Kittipat Runruai kepada wartawan.

Kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan dari daerah Nakorn Si Thammarat, kini sudah ditahan di balai polis Sadao untuk siasatan lanjut. 

Sumber: EdisiRakyat.com

Buta Sebelah Mata Selepas Seharian Bermain Game Di Telefon Pintar

$
0
0

GUANGDONG, CHINA - Akibat menghabiskan masa yang terlalu lama bermain permainan di telefon pintar, seorang wanita berusia 21 tahun hilang penglihatan mata sebelah kanan, lapor Shanghaiist. 

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan telah menghabiskan masa bermain permainan 'King of Glory' di telefon pintarnya sepanjang hari di rumah ibu bapanya. 

Namun apabila menjelang waktu petang, mata sebelah kanannya tiba-tiba tidak dapat melihat apa-apa menyebabkan dia panik. 

Wanita itu kemudian bawa ke hospital, malangnya doktor tidak dapat mengenal pasti apa punca mata kirinya menjadi begitu. Selepas empat hari menjalani pemeriksaan, doktor akhirnya menemui punca masalahnya. 


Jelas doktor, pihaknya mengalami kesukaran untuk mendiagnosis keadaan wanita itu mungkin disebabkan keadaannya hampir sama dengan masalah hilang penglihatan di kalangan orang tua. Namun bagi wanita itu, berkemungkinan besar disebabkan matanya mengalami ketegangan yang teruk, kerana bermain permainan itu untuk jangka masa yang lama tanpa berehat walaupun seketika. 

"Hari itu saya tidak bekerja dan biasanya bangun pada jam  6 pagi untuk bersarapan dan bermain permainan itu sehingga jam 4 petang," kata wanita itu mengenai tabiatnya yang gemar bermain permainan tersebut. 

"Kemudian saya makan, tidur untuk tempoh masa sekejap dan bermain sehingga jam 1 pagi. 

"Alangkah baiknya jika saya mendengar nasihat ibu bapa saya sebelum ini yang seringkali mengingatkan saya tidak bermain game terlalu lama," katanya.  

Sumber: The Reporter

"14 Tahun Tanpa Zuriat, Tidak Pernah Saya Marah, Sedih Atau Terkilan" - Mark Adam

$
0
0

BIARPUN sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Mark Adam, 38, dan Nor Azad Redzuan, 38, bersedia untuk menerima anak angkat.

Jika itu rezeki kata Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah dia tidak akan menolak.

"Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah.

"Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

"Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini.

"Biarlah kami simpan kisah itu dan tak perlu diungkit-ungkit lagi.


"Namun, kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka," katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari jadinya ke-38 di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor semalam.

Kejutan hari jadinya semalam diraikan lebih 50 kenalan, keluarga dan kelab peminatnya termasuk anak-anak pasangan Shuib dan Siti Sarah yang sangat manja dengannya.

"Saya tidak pernah diraikan sebegini, memang terkejut dan terharu apabila tiba-tiba semua menjerit 'surprise' kepada saya.

"Patutlah sehari dua ini isteri saya kelihatan mencurigakan. Rupa-rupanya ada agenda yang dia sembunyikan daripada pengetahuan saya.

"Tiada apa yang saya hajatkan sempena usia baharu saya 38 tahun ini melainkan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga saya terutama ibu dan isteri saya," tambah Mark.

Mark Adam dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Sumber: Astro Awani

Geli Pula Tengok Gambar Tu...Aduh! Zulin Pula Jadi Mangsa Foto Lucah..

$
0
0

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM Zulin Aziz menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto lucah.

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz 28, berkata, dia terkejut dengan perkara berkenaan dan tidak tahu tujuan sebenar individu yang disifatkan tidak waras itu.

"Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar lucah dengan menampal muka saya dalam foto itu.

"Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya," ujarnya kepada mStar Online, pada Ahad.


Zulin berkata, individu itu menggunakan laman sosial Twitter palsu itu memuat naik beberapa keping gambar miliknya di laman sosial berkenaan dengan kapsyen lucah.



Dalam pada itu, Zulin berkata, ia merupakan kali pertama dia menerima gangguan lucah seperti itu sejak bergelar artis.

"Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.

"Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama," ujarnya.

Sementara itu, Zulin berkata, dia meminta peminat-peminat agar membuat laporan kepada pihak Twitter agar akaun palsu tersebut dipadamkan.

Terdahulu, selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangan ini turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.

Sumber: Mstar Online

Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar 'Overtime' Melampau.!!

$
0
0

Seorang wartawan di Tokyo meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 selepas dipercayai bekerja lebih masa di mana dia mengambil 'overtime' 159 jam 37 minit dalam masa sebulan dan hanya berehat selama dua hari.

Satu siasatan rasmi memutuskan Miwa Sado yang merupakan wartawan politik ini mengalami kegagalan jantung berpunca dari kerja yang berlebihan.


Namun, syarikat penyiaran kebangsaan Jepun, NSK baru mendedahkan punca kematian Miwa kelmarin selepas mendapat tekanan dari keluarga wartawan itu.


Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat bekerja terlalu lama atau dikenali sebagai 'karoshi' di Jepun.


Pada ketika itu, Miwa berusia 31 tahun dan ditugaskan untuk membuat liputan pilihan raya perbandaran Tokyo pada Jun 2013 dan satu lagi pilihan raya Parlimen pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir, wartawan ini meninggal dunia lantaran kegagalan jantung.

Pendedahan mengenai kematian Miwa membuatkan penduduk Jepun terkejut kerana sebelumnya NHK aktif melaporkan kematian berkaitan 'karoshi' di syarikat lain.

Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

Sumber: Siakapkeli

930 Malam Terima Panggilan Kemalangan Di Cameron Highland. Sampai Tempat Kejadian TERKEJUT Bila Dapati…

$
0
0

Ikuti luahan seorang (FB Nur Shahirah (LINK)).

TERIMA PANGGILAN KECEMASAN LORI TERBALIK

Terima panggilan kecemasan, lori terbalik di jalan bertam-koyan, bhampiran dam dan jambatan panjang.. fikir sat.. jauhnyerrrr… sempadan dgn kawasan koyan dah tu..

Mangsa ‘mungkin’ satu.. mgkin jugak dua kan? Bila tanya mangsa sedar x? Jawapannya x tahu sbb mangsa tsepit dlm lori.. polis dan bomba telah dmaklumkan

1 jentera dari kk ringlet (ambulans), 1 ambulans bomba dari cameron highland, 1 jentera bomba dari cameron highland dan 1 jentera bomba dari lipis dgerakkan.. total 4 jentera dgerakkan pada jam 9.30 malam..

TAK JUMPA KEMALANGAN PUN

Jauh perjalanan, sampai luar kawasan operasi dah kami prg kot2 pemanggil x bagi alamat yg betul k ape.. sampai lah jentera dari timur dan barat bertemu..mmang tidak kelihatan sebarang kemalangan sepanjang jalan..


11.15pm, pulang ke base masing2..

11.20pm, panggilan dari hospital maklumakn.. IPD sahkan itu adalah panggilan palsu..

Terima kasih sbb telah mcuri beberapa jam masa kami bsama keluarga utk mlayan panggilan palsu anda.. pernah ke korg fikir, brapa banyak kos yg perlu ditanggung bila kita keluarkan 4 jentera utk respon kes yg korg cipta tu.. dan brapa banyak hati yg sakit dsebabkan anda.. terima kash..!
…….
UPDATE

Aku update la sikit bawah nie..kot la ttibe ada org mngaku, “sy x buat panggilan palsu..mmang betul ada kemalangan td..korg yg x jumpe..makan gaji buta k?”

Kami dah gerak sejauh hampir 50km dari base..mlebihi dari kwasan operasi dan lebih dari kawasan yg dnyatakan oleh pemanggil.. mcm konvoi pulak..ambulans, bomba ngan towing bgerak skali..xde kesan ape2 kemalangan..

Sampai jumpa bomba dari lipis.. pun xde kesan ape2 kemalangan.. call pemanggil bkali2 utk sahkan balik lokasi dan dimana.. tp x dapat dhubungi..

X tahu la kot2 mangsa dah dbawa ke hosptal..lori dah kena tarik..kesan2 kemalangan dah dbersihkan..mana la tahu kn….tp 9.25 terima panggilan, 9.30 ada d klinik utk bgerak k lokasi..cepatnya mreka bersihkn kwasan.. positif~~~~~~~~

Sumber: http://khalifahmailonline.com

Menantu Jadi “HANTU”. Buat Perangai JIJIK. Satu Hari Apa Yg Jumpa Buat Ramai Tak Sangka !!!

$
0
0

Salam min..baru2 ni aku ade baca pasal menantu yg dudk ngn mertua n xde privacy..ni aki nk crita pasal kisah aku plak..citenya lebih kurang je aku dah 5 tahun dudk ngn mertua skali pakej adik ipar perempuan..

3tahun kawin suami suruh dudk rmh jaga ank2 je.slama 5 taun dudk aku ok je.hari2 akula yg masak n basuh baju semua org dlm rmh tu.tp aku still ok lg je.rasa tension dtg bila adik ipar aku kawin n die tingl skali kt sini dgn laki die..mana x ny dah la aku yg masak.

klu aku x mask die surh mak die masak..aku xmkn lg diorang dah bedal dulu..dah makan xreti nk kemas.cawan pon x geti nk basuh. spender laki die hr2 aku plak yg nk kena basuh.nk pendek cite adik ipar mmg malas nk mampos..bila balik rmh mil die perh mmg rajin nk mampos plak.. smpi mil puji..


drma pkl 7 btol..da la stok2 jajan utk ank aku slamber badak je diorang rembat..dah la tu duduk sini free je bil api air laki aku yg bayar semua..bila mintak xde duit..laki bini keja plak tu.. lg brape bln adik ipar aku nk beranak.time ni ya ampun lg la malas berganda2..da branak nnt xtau la berubah ke x.n berkat hr2 aku semayang doa lg brape2 bln juga aku anak branak nk pindah.

Pandai2 la ko basub spender laki ko..n aku tau lepas aku pindah nnt mmg mak mertua aku yg akn take over kena masak n basuh spendr laki ko tu..aku n suami cadang mmg nk bawa mil aku dudk ngn kiteorng..harap2 la die ikut..nk cite sebenarnya banyk lg tp x sempat sbb bnyk keja aku nk buat..n pesanan aku jgn la dudk satu rmh n ade family lain dlm tu..buat pengetahuan mil aku mmg mak yg baik..sbb tu aku nk bawa die duduk skali..sbb dr kecik aku xde mak..n die syurga buat suami aku..insyallah..

Sumber: KRT via http://erabarus.com

Serupa Remaja! Percaya Atau Tidak Ibu Ini Telah Berusia Separuh Abad?

$
0
0

Menjadi idaman setiap wanita untuk kelihatan muda remaja dan tidak berasa sudah berusia. Ramai wanita yang mahu nampak muda, tidak mahu kedutan dan garisan halus hinggap di wajah dan badan.

Untuk menampakkan usia muda, ramai wanita yang mencuba pelbagai produk kecantikan dan ada yang mendapatkan rawatan dan prosedur kosmetik. Tetapi tiada satu bahan dalam produk kecantikan ini yang boleh mengekalkan keremajaan wajah wanita selain diri sendiri mengamalkan kehidupan dan gaya hidup yang sihat.

Seorang wanita bernama Puspa Dewi telah mendapat perhatian netizen apabila baru-baru ini telah menyambut hari kelahirannya yang ke 50. Ramai yang tidak mempercayai bahawa wanita ini telah berusia separuh abad.


Merupakan seorang ibu dan usahawan berjaya yang berasal dari Jakarta, Indonesia, Puspa Dewi telah menghantar fotonya di halaman Instagram dan dengan serta merta telah menjadi selebriti semata-mata kerana wajahnya yang nampak muda remaja.


Berdasarkan post yang dihantar, Puspa Dewi adalah seorang pengusaha perniagaan makanan sihat. Selain itu, beliau bersenam setiap hari untuk memastikan fizikalnya sentiasa sihat dan terjaga dengan baik.

Untuk menjadi seorang yang sentiasa nampak muda, sihat dan tidak berusia bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu sentiasa bekerja keras, bermotivasi dan berdisiplin dalam persekitaran dengan gaya hidup yang sihat.

Kunci utama ialah pemakanan yang sihat dan seimbang serta sentiasa bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan dan kelihatan muda.

Mari kita lihat foto ‘ibu muda remaja’ ini di bawah dan anda pasti akan terpersona melihat penampilan Puspa Dewi yang mengagumkan ini.

Puspa Dewi baru menyambut hari kelahiran ke 50!


Percayakah anda wanita ini sudah mencapai usia separuh abad?

Usianya seperti 18 tahun

Puspa Dewi boleh disalah anggap sebagai teman wanita anak lelakinya


Rahsia kelihatan muda? Makan makanan yang sihat


Dan bersenam setiap hari

Kredit foto: Puspa Dewi / Instagram, Era Baru

Dahla Cleaner Sambilan. Ada Hati Nak Komen Rumah Aku. Apa Yg Dilakukan Manusia2 Ini Buat Ramai TERPANA !!!

$
0
0

Aku Ain. Umur aku 23. Aku dah ada kerja tetap setiap Isnin – Jumaat office hours. Balik pulak kol 5. And aku buat part time malam weekdays and sometimes weekend. Kerja part time aku? CLEANER.

Yup. aku kerja part time cleaner dgn satu company yg based dekat Bangsar. Dia guna app mcm Uber or Grab tu. Sama je function dia. Bila keluar job, rasa aku free time tu, aku accept la. Sampai masa, pergi la menonong ke rumah customer.

Customer? Macam2 ragam ada. SUMPAH aku mula2 terkejut bila buat kerja ni. Sekarang kan famous dekat fb viral sana sini pasal rumah sewa org dduk, and then sepah gila kan. Aku tak dek la smpai tahap mcm tu, tpi boleh tahan la dia punya kotor.

Sometimes kalau pergi rumah customer ni, ada yg rumah anak2 dara, yg dh kahwin, bujang. But yg paling aku rasa malas sekali nk buat, kalau rumah tu rumah anak2 dara ni. Yang dduk 3-5 orang satu rumah tu. NI kisah rumah first aku pergi yg diduduki oleh anak2 dara ni. First aku sampai je, aku tgok kt luar rumah dah nmpak dh bayang2 dalam rumah tu mcm mana. Dekat bahagian depan rumah je dah penuh dengan besi2, barang mcm2, dengan kasut bersepah (eventhough ada rak kasut), hitamnya lantai tu tak payah cakap. Okay takpe. Muka cool lagi. Still hoping dalam rumah lain la keadaannya. Dan kebenaran terserlah.

And masuk je aku dalam rumah, mata aku melilar sne sni tgok keadaan rumah yg sama je mcm kt luar rumah. Habuk? Kau tak payah cakap. Aku ni kaki hiking, selalu hope kalau hiking pagi2 nak tngok awan karpet. Masuk rumah ni, aku nampak habuk karpet. Tak payah datang dekat dgn kabinet dia pon kau boleh nmpak habuk tu dengan berjaya beranak pinak buat kampung dekat situ. Ruang tamu dia bersepah brg sana sini. Dekat situ la ade meja, atas meja ade kertas, atas kertas ada air kotak yg dh bukak yg tak tau la bape lama dh dduk kt situ. Pndang belah kiri lak, wowww.. brg2 nk kahwin.. Banyaknya.. Sepahnya.. Tu je aku pikir.

Nk ke dapur lalu tempat penuh kotak2, kasut2.. Kasut lagi.. Perempuan.. hahaha.. aku pon perempuan, so geng.. tapi kasut aku dalam rak kasut, bukan untuk display mcm kt kedai tu.. dah la berhabuk penuh.. Ayat customer tu, nk suruh aku bersihkan dapur, ruang tamu and bahagian luar rumah.. okay, start dgn dapur.. Dapur besar ya amat, rumah 2 tingkat kan. Katanya nk suruh bersihkan kabinet.. Okay, mula. Bukak pintu kabinet. Ya Allah, bau kencing tikus. Taik lipas. Beras berterabur. Spider web. Bekas tupperware sepah sana sni. Aku terus bangun ambik sarung tangan.

Sebelum ni, rumah customer mana pon, tak pernah aku pakai sarung tngan, first time aku pakai srung tngan kt rumah ladies2 ni. Hebat,Satu2 kabinet aku bukak, satu2 aku kemas. Setiap kabinet tak pernah menghampakan. Bau kencing tikus menyengat. Satu kabinet penuh tupperware.

BIla ditanya nk buang ke tak, Eh, jangan.. NANTI NAK GUNA katanya. Yelah kak. Saya ikut je. 2nd cabinet, ada satu beg beras 10 kg. Tak bukak pon lgi. Tapi kena buang? Why? Sebab penuh kutu beras yg warna hitam tu. Bocor sana sni kena gigit dek tikus tak payah cakap. 3rd one lagi best, ada bnyak brg2 nk masak mcm tepung la, pasta la, spaghetti la, canned food.

Yang tak best dia, expiry date TAHUN 2015. 2 tahun lepas. Dah expired. 2 tahun lepas punya brang. Bila nk dibuang, kena tanya lagi kenapa awak buang? Oh kak, dah expired. Dia tak percaya. Sumpah dia tak percaya. Dia ambik balik yg aku dh buang tu, check balik. Baru dia macam oh, expired.

Me dalam hati, WTH tapi muka kena senyum (FAKED SMILE). Barang bnyak, botol2 sos sana sini, tpi berterabur letak. Tempat masak berminyak tak payah cakap. Kau boleh lap balik and then perah pastu guna balik minyak tu. Singki mmg puas aku sental nk hilangkan kotoran2 degil mengunakan Mr Muscle (Nasib baik dia ada, senang kerja.. okay, advertise kejap)Then kita main mop2 lak.. Aku mop 4 kali dia punya lantai dapur. Aku training dulu diajar 2 kali je dh ckup, takpe, aku doublekan. Air dalam baldi hitam masa mop mcm air kopi.

Then toilet. Sapa yg tngah makan, tolong la stop. Muntah korang nnti. Dalam toilet ada selipar, tapi selipar tu aku tak tau colour dia merah ke hitam. Sebab tengah2 hitam, tepi merah. Misteri. Singki toilet tak leh guna. Paip rosak. Jamban flush tak leh guna gak. Rosak. Best tau toilet dia, ada pasir. Macam dekat pantai2 gitu. First time aku tgok dalam toilet ada pasir. Jamban berkarat, berkerak tak payah cakap. Lantai hitam pon sama. Ni toilet dekat tingkat bawah. Aku tak kuat nk tgok toilet dkt tingkat atas. Dekat tepi2 jamban tu, macam peta aku tngok. Kotor dia penuh warna coklat2 sana sni. Aku balik lepas habis kerja ni, terus mandi. Jadi geli satu badan bila teringat.


Dekat luar rumah dia macam ada satu stack besi2. Dia suruh aku angkat bersihkan. Aku cakap no. Why no? Sebab polisi kiteorg just boleh bersihkan kawasan dalam rumah sahaja, luar rumah mcm belakang rumah, depan rumah, parking ke, veranda ke tak boleh. That one ada pakej lain. Dia marah aku weh. Aku dh cakap awal2 dah tak boleh bersihkan luar rumah. Kalau dia bayar aku lebih pon aku tak nak. Sebab kt stack besi2 tu kau boleh jelas giler nampak taik burung, taik lipas, taik segala taik.

Memang tak la aku nk bersihkan. Kot karang dapat penyakit tak pasal. Dia sendiri cakap tu taik2 lipas, tikus smua tu. Dieorg geli nak buat, tu dieorg pnggil cleaner. So, aku angkat kaki. Masa pon dah cukup 4 jam. So aku pon mengundurkan diri even dieorg marah aku. But aku terus call manager ceritakan apa yg terjadi, and manager aku pon cakap mmg aku tak payah bersihkan belakang rumah tu. Memang tak termasuk dalam pakej. Aku lega. Tapi haram, dibaginya aku rating 1 daripada 10. Hahahaha.. kacau rosak rating aku daripada 10/10. Jatuh terus time tu.

Just aku nak cakap kepada customer yg upah kteorg ni, mmg la korang byr kiteorg bersihkan rumah korang. But at least, considerate la sikit. Bukan semua yang buat kerja ni sebab suka, ada yg buat sebab terpaksa nk carik duit lebih. Sapa je yg suka pergi rumah orang tak kenal sana sini, then bersihkan jamban dieorg.

Aku dulu pon start sebab aku nk carik duit lebih utk operation jantung ayah aku. Memang duit gaji bulan2 ada, tapi aku bukan gaji yg ribu riban tu. Tapi Allah syg ayah aku lebih, tak dan aku nk kmpul duit cukup, Allah dh jemput ayah aku menghadap Dia dlu masa 4 Ramadhan hari tu. (p/s – ain syg abah). Tapi smpai sekarang aku still buat kerja ni. Sebab aku suka kenal dgn org, sembang2.

Ada customer yg baik, siap buatkan air, bagi roti makan, baru2 ni ada auntie bagi aku daging korban (thank you auntie, sedap daging tu). Sometimes ada customer just sruh vacuum dgn mop lantai dia je, ni aku suka. Kerja senang. Tak bnyak songeh. Kita bgi extra sikit, lap tingkap ke, bersih dapur dia sikit2 even dia sruh buat yg tu je. Dieorg happy, aku pon happy. Ade yg dduk sndri, aku buat kerja ajak menyembang. Katanya dia bosan dduk sorang2, aku dtg ni boleh la buat kawan sembang2. Takpe, aku layan. Sembang2 pon tangan aku jalan gak buat kerja.

And yg kt luar sana, tak kira la anak dara, teruna ke, apa ke. Tolong la jaga kebersihan rumah. Rumah tu tempat kau dduk tiap2 hari. Kau balik kerja, kau tgok rumah bersih, hati pon bnyak senang. And kalau tempat kau nk melabur bersih je, happy lancar je kau nk melabur kan. Ini cuba kotor yg amat, nk melabur pon pikir 80 kali.

Banyak rumah bujang2 aku pergi, sumpah cantik org dia. Nk keluar jalan ni, cntik weh. Make up perfect, flawless kau kak. Tapi bilik? Kalau arwah abah aku tgok, mau kau time2 tu jgak kena sinsing lengan baju dengan seluar gotong royong sampai bersih. Hilang flawless kau. Akhir kata, jagalah kebersihan ye. Assalamualaikum.

Sumber: http://erabarus.com

Apakah Hukum Menelan Air Mani Yg Ramai Netizen Masih KELIRU !!! Ini Jawapan Buat Ramai Tak Sangka !!!

$
0
0

Isu ini agak taboo dalam masyarakat kita. Tetapi sedikit perkongsian bagi pencerahan tentang isu ini. Ramai orang menyembunyikan pertanyaan ini. Tetapi ini jawapan dari perseptif dan pendapat Islam.

Soalan : Ustaz, apakah hukum ‘oral sex’ ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.- Anak Empat –

Jawapan

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi rujuk ( www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.


Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan…

Sekian

SUMBER : Zaharuddin Abd Rahman via http://erabarus.com

Resepi Hebat Buat Sendiri Di Rumah Sahaja, Yang Membuatkan Semua NYAMUK dan LIPAS Patut Mati Segera!

$
0
0

Kami hidup dalam ekosistem yang penuh dengan semua jenis spesies.

Sesetengahnya hidup jauh dari apa yang kita panggil masyarakat kita, namun orang lain, bagaimanapun, sentiasa berkomunikasi dengan kita dan mereka boleh sangat menjengkelkan.

Antara yang paling biasa ialah nyamuk dan kecoa.

Nyamuk yang sengit di mana-mana dan tidak hanya menjengkelkan, tetapi mereka juga merupakan risiko kesihatan kerana mereka adalah pembawa penyakit tak terhingga akibat hubungannya dengan darah manusia dan lain-lain dari jalan-jalan atau tempat-tempat dengan kebersihan yang tidak baik.

Bercakap tentang kebersihan, nyamuk atau lalat secara umumnya berada di tempat di mana mereka boleh mendapatkan makanan dan meletakkan anak mereka, biasanya di tempat kotor atau dengan air berdiri, tetapi untuk menghapuskannya sebenarnya merupakan masalah yang sebenarnya.


Jadi, itulah sebabnya, di sini, kami membentangkan anda ubat semula jadi yang akan membantu anda menyingkirkan nyamuk dan lalat dengan cara yang berkesan.

Terdapat banyak produk di pasaran yang menuntut untuk membantu anda melakukan ini tetapi semua bahan kimia mempunyai kesan sampingan tertentu yang harus dielakkan dalam kehidupan kita, jadi ubat semulajadi ini adalah pilihan terbaik untuk anda.


Untuk menyediakan ubat semulajadi ini anda perlu:

½ secawan minyak sayuran

½ secawan syampu

½ cawan cuka semulajadi (ini harus kepekatan 9%)

Penyediaan:

Campur semua bahan-bahan dengan baik dan pastikan anda mendapat campuran homogen.

Kemudian, letakkan campuran homogen dalam botol semburan supaya anda boleh menyembur semua kawasan di mana anda ingin nyamuk dan nyamuk yang membenci dan lalat ini hilang.

Anda boleh menggunakan ubat ini di dalam bilik tanpa sebarang masalah kerana ia adalah semulajadi, di samping itu dan anda juga boleh menggunakannya di taman atau bahkan memohon pada kulit anda untuk menjadikan ia berfungsi sebagai penghalau alami.

Berjaya Hilang 10KG Dalam Masa Dua Bulan Dengan Hanya Minum Jus Epal Dan Peria Katak

$
0
0

Bentuk badan langsing menjadi idaman ramai orang pada masa kini kerana ingin tampil cantik, sihat serta menarik.

Bagaimanapun, menurunkan berat badan bukanlan sesuatu perkara yang mudah yang boleh dicapai dalam masa yang singkat terutamanya bila kita ada sifat malas. Terdapat segelintir orang yang mengambil masa yang sangat lama untuk berjaya menurunkan berat badan dan itu pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Menerusi perkongsian dari facebook Norafiza Mahmud, wanita ini berkongsi mengenai dia menggunakan dua bahan sahaja untuk menurunkan berat badan yang boleh mencapai 10KG dalam masa dua bulan tanpa perlu mengambil pil-pil kurus yang membahayakan kesihatan.


Mari kita baca perkongsian bermanfaat ini.

Tips Turun 10KG Dalam Masa Dua Bulan

Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas! Betul boleh bawak ke?


Bahan- Bahan: Epal hijau, peria katak.


Peria katak lebih dekat dengan anti penuaan dan kesihatan dalaman. Memandangkan diet cara aku adalah diet sihat, kurus dan muda remaja. Jadi, bahan asas diet cara aku merangkumi dari segala bahan yang memberi kesihatan dalaman dan luaran.


Sebiji epal hijau ada lebih kurang 80 kalori sahaja. Kau orang cuba konsistan dengan diet epal untuk menurunkan 2kg berat dalam masa seminggu sebab, epal boleh mengawal nafsu makan kita secara konsistan sekiranya kau orang konsisten dengan pengambilan jus epal dalam diet harian.

Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.


Pagi : Jus epal + Telur setengah masak

Lunch : Ikan + Sayur

Jus epal + Peria katak

Petang : Jus epal + Peria katak.

Aku risau pulak tengok kau orang, risau pancit tengah jalan. Sudahnya, aku kurus sorang-sorang.hahaha.

Ok, siapa yang ON diet dengan aku komen "Yes".

Aku nak happy la sikit kalau ramai geng diet. Bukan apa, seronok tengok kau orang berjaya memikat suami sendiri, bukan suami orang.hihihi.

Kali ni menu kita lain sikit, menu ni boleh digunakan untuk kau orang yang cuba-cuba nak diet waktu menyusukan atau selepas.


Peria katak ni pahit sikit, sebab itu aku jadikan epal bahan asas untuk diet.

Cara-cara:

Sebiji epal + separuh peria katak
Blend dan tak perlu tapis tau
Sebab kita nak ambik serat dia


Serat dia banyakkan, mampu membuatkan perut kau orang kenyang gila-gila.

Macam biasa, diet aku adalah diet sihat dan kurus dan kulit yang cantik. Arrrrr, pakej terus diet aku ni. Mampu?

Kalau haritu, epal dengan timun. Yang ini epal dengan peria katak ok. Mula-mula kau orang minum memang tekak rase tak boleh terima. Tapi, bila dah di amalkan selalu jadi sedap!
Pejam mata, tutup hidung!

Sumber- Norafiza Mahmud, siakapkeli

"Bukan Sekali Dua Aku Tegur Kau Jangan Buat Benda Ini" - Surat Terbuka Untuk Boy Iman

$
0
0

Seminggu ni aku lihat kau diheret ke sana ke sini boy ditahan reman, bergari. Tapi aku tak tau adakah bibit penyesalan dah mula timbul dalam diri kau . Sebagai manusia aku pon ada perasaan belas kasihan, tetapi sebelum ni Adakah kau pernah kasihan & selami nasib mereka-mereka yang diperdayakan?

Mereka merana, habis duit pencen, berhutang sana sini, mak cik pak cik tua yang menagih hak mereka sedangkan kau bermegah-megah dengan kemewahan dari duit siapa ? Aku kenal kau boy dari zaman Alfafa lagi .

Bukan sekali dua aku dah tegur kau Jangan buat benda ni , Tapi kau terus berdegil , Bila aku tegur secara terbuka di FB suruh kau stop buat benda ni , kau repot pula aku pada polis melalui si GM comel ni suruh polis ambil tindakan pada aku .

Tak cukup dengan tu , kau hantar gambar menganjing aku ni waktu korang di Balai buat repot ke atas aku pada ejen2 kau . Tapi waktu tu aku masih sabar . Aku masih lagi Cuba suruh kau stop buat benda tu .

Tak habis di situ, kau hantar pula 2 Notice Of Demand (NOD) pada aku tuntut RM2,000,000 dan ugut nak saman aku di mahkamah melalui peguam kau .

Kau rasa kau akan terus Selamat dengan apa yang kau buat . Kau silap boy . Aku dah cakap pada kau. Jangan kelabukan mata kau dengan duit. Sebab kau akan hilang kewarasan.

Kau boleh jadi kejam. Tapi kau tak hiraukan langsung apa yang aku cakap . Bagi kau duit adalah segalanya.


Kau lupa dulu kau pernah Selamat dari saman balas dari Norsham bernilai RM4.3 juta waktu kegemilangan Alfafa dulu , aku dan rakan2 muncul perangi sindiket Alfafa dan kau terselamat dari saman tu sebab sindiket tersebut dapat disekat lebih awal.

Tapi Itu pon kau ambil mileage kononnya aku rakan seperjuangan kau menentang Alfafa , hebat lakonan kau . Kau gunakan pula mileage tu masa kau bina DBI Properties .

Kau dengan bangga jual nama aku pada ejen2 kau waktu tu kononnya kau berjuang bersama2 dengan aku menentang Norsham & Alfafa . Itu sama sekali tidak benar.

Aku pernah jumpa kau sekali boy di Restaurant sebuah Hotel di Kuala Lumpur, tak cukup di situ sambung pula di mamak tepi jalan, 5 jam aku berbual dengan kau , tanpa kau sedar aku menilai semua percakapan kau , aku perangkap semua percakapan kau hingga kau terbelit tanpa kau sedar, 5 jam tu dah cukup untuk aku tahu siapa kau boy .

Sebab tu selepas pertemuan tu aku langsung tak layan call & whatapps kau sebab aku tahu kau hanya cuba nak pergunakan aku demi kepentingan diri kau sendiri dan hanya nak selamatkan diri kau , Bukan kerana orang ramai .

Bila kau buat DBI Properties tu , aku dah siasat secara mendalam program yang kau buat dengan partners kau semua tu . 16 Ogos 2016 aku keluarkan satu status dengan tegas suruh kau dan partners kau STOP buat marketing songsang tu sebab aku tahu akibatnya akan lebih ramai orang akan terpedaya dan kerugian wang ringgit mereka .

Tengah malam tu juga kau Call aku dan aku Bagi penjelasan Kenapa aku menentang , Tapi kau degil menafikan semuanya seolah-olah apa yang kau buat tu bukan benda yang Salah .

Aku ingat lagi kau bahasakan aku sebagai “sahabat Musibat” . Aku harap musibah yang tertimpa atas diri kau sekarang ni jadi pengajaran besar dalam hidup kau dan pada mereka-mereka yang buat benda yang sama dan yang mencuba untuk buat .

Hukuman di dunia ni untuk kau kita serahkan pada undang-undang . Jangan lupa boy kita masih ada Satu lagi kehidupan selepas kita mati. Jangan lagi permainkan Nama Allah , Nama Rasul . Allah Maha Berkuasa Boy .

Mungkin kau pelik kan Boy macamana aku boleh muncul waktu sidang media bersama PPIM tempoh hari.

Aku datang sebab mahu membela mereka-mereka yang teraniaya tu . Aku taknak kau & partners kau terus memperbodohkan mereka lagi .

Lihatlah wajah harapan mereka . Jadilah manusia yang mempunyai hati. Kalau kita tak mampu menyenangkan mereka, cukuplah Jangan menyusahkan mereka.

Kalau ditakdirkan nanti kau dah dilepaskan dari direman kau bacalah tulisan ni boy . Atau family boy yang datang Melawat boy , bacakan nukilan ini pada dia.



Sumber FB Tuan Khairul Ezuwan

Masih Ingat Dengan Kembar Siam Pertama Yang Berhasil Dipisahkan? Setelah 40 Tahun, Begini Kehidupan Mereka. Mengharukan!

$
0
0

Pada tanggal 10 September 1979, Rumah sakit NTU di Taiwan melakukan siaran langsung selama 12 jam, dan berhasil memisahkan 2 kakak-adik kembar siam ini. Ini adalah operasi kembar siam pertama yang berhasil dilakukan di Asia, dan juga operasi ke-4 di seluruh dunia. 

Dan sepasang kakak adik ini adalah Cong Ren dan Cong Yi. Saat umur 3 tahun, mereka harus memakai banyak selang ditubuh mereka. Tak pedulu dioperasi atau tidak, banyak yang mengatakan bahwa umur mereka tidak akan lama. 

Namun setelah mereka berdua selesai dioperasi, mereka pulih dengan cepat. Setelah itu, mereka berdua bertumbuh dengan normal. Hari ini mereka udah umur 40 tahun loh! Dan si adik, Cong Yi sudah menikah dan memiliki 2 anak.

Pada tahun 2014, Cong Yi menikahi seorang suster, dan pada tahun lalu bulan 6, mereka dianugerahi sepasang anak kembar yang lucu! Cong Yi sangat berterima kasih dengan istrinya, selama 10 tahun ini, istrinya menemani dia bersama-sama melewati segalanya, ia juga mengatakan “cinta ini akan ia teruskan kepada kedua anaknya.”


Mantan kepala Rumah Sakit NTU juga sangat terharu, karena ia tidak pernah menyangka dapat menjadi saksi di hari pernikahan Cong Yi. Kakaknya, Cong Ren, juga sangat senang melihat adiknya sudah memiliki anak, hidup yang baru dan penuh tantangan, tentu saja sebuah tanggung jawab yang manis!











Sumber: UDN

Allah Bayar “CASH”.Sumpahan Doa Seorang Ibu Kepada Anak DERHAKA Buat Ramai TERPANA !!!

$
0
0

Kisah seorang wanita yang melakukan keingkaran ke atas ibunya. Sesungguhnya doa seorang ibu sangat mustajab. Semoga kita mendapat keredhaan ibubapa.

Masyarakat di Dusun Jublek, Desa Napis, Kecamatan Tambakrejo, Kabupaten Bojonegoro digemparkan oleh penemuan mayat di dalam peti.

Yang lebih menghairankan lagi, mayat tersebut telah keras seperti batu seolah-olah di pelihara bertahun-tahun lamanya.

Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya kerana telah menderhaka terhadap ibu sendiri.


Biarpun peristiwa ini telah lama berlaku namun diharapkan ianya menjadi iktibar buat kita semua. Tindakan gadis ini memukul dan megeluarkan kata-kata kesat akhirnya menemui padah. Saat meninggal keadaan mayat berubah.


Maklumat ini diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, Khamis (20/8/2009) menyebutkan, mayat tersebut ditemui warga di salah satu rumah kosong di tengah hutan jati sekitar desa setempat.

Sumber: http://erabarus.com/

Seorang Ayah Bungkus Anaknya Dalam Plastik Lalu Menyelam Dalam Sungai, Puncanya Buat Ramai SEBAK !!!

$
0
0

Kasih ibu sepanjang masa, kasih anak sepanjang galah. Peribahasa lama tersebut memang ada benarnya, peranan ibu yang lembut dan menyayangi kita seolah membuat ibu menjadi pahlawan nombor satu. Namun, bagaimana dengan ayah?

Watak seorang ayah selalu dikaitkan dengan jiwa yang keras dan sifat yang tegas. Jarang seorang anak tidak akur dengan ayahnya hanya kerana sifat seorang lelaki maskulin tak boleh dibandingkan dengan kelembutan wanita.

Namun, bukan berarti dengan ketegasannya tak ada rasa sayang untukmu, kan? Seperti Video ini mungkin akan jadi bahan renungan untukmu tentang betapa besarnya kasih sayang seorang ayah.

Ayah mana yang tidak ingin melihat seorang anak hidup bahagia dengan mendapat pendidikan yang tinggi? Pastinya semua ayah akan mati-matian berkorban demi melihat anaknya bersekolah. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang ayah berasal dari Desa Lang Sam, Provinsi Dien Bien, Vietnam Utara ini.



Agar puteri tercintanya tiba di sekolah dengan selamat, dia rela mengorbankan nyawanya sendiri. Bermodal sebungkus kantong plastik transparan berwarna putih.

Si ayah ‘membungkus’ puterinya semata-mata agar ia tidak basah kuyup. Meskipun saat itu arus sungai sangat deras, tak menyurutkan semangat si ayah untuk menyeberang sungai.

Menurut informasi dari Viral4Real, sungai di desa Lang Sam tersebut memang seringkali dilanda banjir. Apabila hujan deras tiba, aliran sungai meluap dan mengakibatkan debit air yang bertambah.

Hal inilah yang menyebabkan anak-anak di desa tersebut tak bisa berangkat ke sekolah.

Beruntung, mereka berdua selamat sampai di seberang sungai. Selesai melepas ikatannya, sang anak pun merapikan sedikit rambut dan pakaiannya, kemudian berlalu untuk menuntut ilmu.

Entah, apa yang akan dilakukan sang ayah nantinya, akankah ia tetap menunggu anaknya agar kembali pulang bersamanya? Yang pasti, pengorbanan sang ayah ini sedikit banyak pasti mengingatkan kalian akan kasih sayang sejati seorang ayah.


Lelaki Ini Ajar Petua Untuk Cerahkan Kulit, Hilangkan Jerawat Dan Parut Dengan Menggunakan KUNYIT!!

$
0
0

Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..

Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan telur…


Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..


Sumber: THR Gegar
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live
<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>