Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

'Kau Hari-hari Datang Lepak Sini, Sebab Perempuan (Pelayan) Ini Ke Ape?!'

$
0
0

Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati. 

Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan kekasihnya itu dan mengatakan dia hanya datang lepak bersama rakan-rakannya. 

"Tengok handphone kau sekarang. Aku nak tengok handphone kau," kata wanita itu sambil ditemani rakannya. 

"Aku lepak sini, main game. (Awak) kenapa? Jangan bising-bising," balas si lelaki. 


"Sebab apa sebenarnya? Sebab perempuan? Kau datang sini sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini," soal wanita itu. 

"Kau nampak aku lepak dengan perempuan ke apa?" balas si lelaki berkenaan yang sudah mula hilang kesabaran. 

"Manalah aku tahu," kata kekasihnya lagi. 

Tindakan dua pelayan kedai tersebut yang cuba meredakan ketegangan itu mengundang bala apabila wanita itu menuduh salah seorang dari mereka yang menjadi punca kekasihnya kerap datang melepak di situ. 

Kedua-duanya saling bertengkar mulut sambil diperhatikan oleh beberapa pelanggan kedai itu yang merakam kejadian tersebut. 

Namun tiba-tiba si lelaki itu pula meninggikan suara dan meminta mereka berhenti bertengkar. Berang dengan tindakannya itu, wanita berkenaan pula menjadi hairan mengapa kekasihnya cuba mempertahankan pelayan terbabit. 

"Kau apsal? Kau nak back up dia ke apa?" soalnya. 
"Tak. Datang sini buat bising, tak malu ke dengan orang," balas si lelaki menyebabkan wanita itu terdiam dan berlalu pergi. 


Tidak berakhir di situ, wanita itu kembali dan mengambil air minuman di meja kekasihnya lalu disimbah pada dua pelayan berkenaan. 

"Bodoh sial," kata si lelaki. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat si lelaki terbabit tidak berguna kerana masih duduk tanpa cuba menenangkan kekasihnya itu. 

"Itu contoh lelaki tak guna. Awek buat hal, boleh duduk lagi. Kalau kahwin, isteri buat hal begitu, tinggal isteri di situ juga. Jadi lelaki gentlemanlah brader. Bangun, angkut awek awak itu keluar, terus balik dan selesaikan sendiri di belakang. Selalu manusia kalau couple dia sayang, dah kahwin bertambah sayang. Kalau couple dah rimas, bila dah kahwin nanti lagi rimas," kata Airull Skyflower. 

"Kadang-kadang lelaki ini tak boleh bagi muka sangat. Mungkin ada orang beritahu girlfriend dia yang boyfriend dia melayan habis pelayan itu. Kemudian pelayan itu pun gedik semacam, memanglah girlfriend naik angin. 

"Lain kali bawalah awek keluar. Kadang-kadang saya pun menyampah tengok pelayan gedik begini. Ambil order saja, jangan lebih-lebih. Bukan pelayan bar pun sampai ambil masa nak ambil order. Fikir perasaan orang lain kalau diri sendiri terkena begitu," kata Tandu Siva L.



"Tengah shooting slot Akasia terbaru untuk TV3 ke? Tajuk apa? Please bagi tajuk yang lain dari lain. Contohnya, Suamiku Kayu, Isteriku Cemburu Tahap Dewa, Kekasihku Stokis Belacan, Kekasihku Suka Makan Ubi Kayu," kata Tuan Haji Putra Gie. 

Sumber: The Reporter

Wanita Dakwa Timun Tertusuk Kedalam Kemaluan Selepas Jatuh Secara Tak Sengaja.

$
0
0

Sesetengah daripada kita mungkin melakukan beberapa perkara yang memalukan dalam hidup kita, termasuklah perkara-perkara yang berlaku secara tidak sengaja seperti kemalangan atau yang sewaktu dengannya.

Namun, kemalangan yang satu ini bukan saja menimbulkan keraguan, malah ianya disifatkan sebagai perkara yang sangat tidak wajar dijadikan alasan untuk menutup malu.

Seorang wanita Thailand berusia 51 tahun dari Bangkok dibawa ke hospital selepas dia mengadu sakit faraj yang melampau. Doktor kemudian terkejut melihat timun yang terperangkap di dalam kemaluan beliau.

Wanita itu kemudian mendakwa bahawa dia secara tidak sengaja ‘jatuh’ keatas timun tersebut dan ia sekaligus tertusuk ke dalam kemaluannya.

Perkara berkenaan kemudiannya menjadi berita utama di media sosial dan juga viral di kalangan komuniti online.


Pembohongan wanita tersebut gagal meyakinkan doktor dan jururawat, namun beliau tetap dirawat dengan sempurna oleh pihak hospital.

Menurut doktor yang merawat pesakit tersebut, kejadian seumpama itu kian meningkat dikalangan masyarakat. Kebanyakan pesakit datang dengan kes benda asing terperangkap dalam diri mereka sendiri walaupun terpaksa berdepan rasa malu.

“Pelbagai objek yang terlibat dalam bahagian peribadi badan seperti botol, mainan seks, sayur-sayuran, dan sebagainya dikesan sejak kebelakangan ini.., jelas doktor terbabit.

“Secara amnya, pesakit cuba mengambil objek itu sendiri kerana rasa malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, tetapi majoritinya gagal dalam percubaan ini dan akhirnya terpaksa dirujuk ke bilik kecemasan.’ tambah beliau. 

Sumber: Utaranews/Agensi

'3 Kali Dia Berak Di Tempat Yang Sama' - Pemilik Berang Si Ibu Suruh Anak Sabotaj Kedai Dobinya

$
0
0

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Viral gambar seorang remaja perempuan membuang air besar di sebuah kedai dobi layan diri, mengundang rasa tidak puas hati pemiliknya yang dikenali sebagai Dato Azone Mojito.

Bukan sahaja remaja itu melakukan perkara yang tidak diduga, malah ibunya juga turut 'panjang tangan' mencuri bakul sampah dan bakul-bakul yang disediakan untuk pelanggan yang datang di kedai. 

"Dah tiga kali dia berak di tempat yang sama, di kedai dobi layan diri yang disediakan untuk kemudahan orang ramai. Mak dia pun sama juga perangai. Bakul sampah dan bakul-bakul kedai untuk kemudahan juga turut dicuri." katanya.

Menurut Azone, kejadian pertama dan kedua berlaku pada bulan September selepas waktu tengah hari. Manakala yang baru-baru ini berlaku pada 3 Oktober, juga selepas waktu tengah hari. 

Berdasarkan gambar, remaja terbabit yang masih berpakaian sekolah dipercayai disuruh oleh ibunya untuk membuang air besar di sudut depan premis tersebut sementara dia menunggu anaknya selesai membuang.







Tidak dapat dipastikan apa motif dua beranak itu sama ada sengaja mahu mensabotaj atau meninggalkan 'ilmu hitamnya' di premis tersebut. 

Dan pada ketika ini, Azone sedang menunggu di kedainya jika individu yang sama akan muncul sekali lagi melakukan perbuatannya. 

Saya di kedai dobi sekarang, cuba menunggu jika saya berpeluang untuk menangkap dan meminta mereka bersihkan.

"Saya sediakan dobi ini untuk kemudahan orang ramai di sini. Tapi ada pula yang tak ada otak, sedangkan tandas awam bersepah di sini. Malah di kedai mamak pun ada. 

"Sudah hampir tiga tahun saya buka kedai dobi ini dan ini kejadian yang paling teruk selain tong sampah dan bakul-bakul kain yang disediakan dicuri," katanya ketika dihubungi The Reporter.


Difahamkan Azone juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini, untuk tindakan lanjut pihak polis.

Justeru, Azone meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua beranak itu tampil menghubunginya agar tindakan dapat diambil segera bagi mengelakkan kejadian itu berulang lagi. 

"Siapa kenal budak ini, sila hubungi saya untuk tindakan lanjut. Setakat ini masih belum dapat ditangkap. Saya nak tahu budak ini bersekolah di mana agar kami dapat berjumpa dengan pengetua sekolahnya untuk tindakan lanjut," katanya yang meminta netizen viralkan gambar tersebut.

Sumber: The Reporter

(VIDEO) Guna Cara Mudah Dan Selamat Ini Untuk Bersihkan Kotoran Pada Papan Pemotong. Puas Hati!

$
0
0

Hampir semua orang lebih selesa menggunakan papan pemotong yang berwarna putih tu kan? Kalau anda nak tahu material papan pemotong tersebut diperbuat dari plastik dan memang tahan lama, ringan dan mudah digunakan. Malangnya, ia mudah dilekati dengan daki dan kotoran bukan?

Berikut ialah cara pantas yang dapat kita lakukan untuk membersih, memutihkan dan membunuh mikroorganisma di permukaan tersebut

Siapa kata susah? Hanya gunakan 3 bahan ini ;

Limau /Lemon
Baking Soda
Apple Vinegar


1) Potong limau/lemon mengikut kesesuaian

2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.

3) Gosok papan menggunakan lima/lemon yang dipotong tadi.

4) Biarkan selama 10 minit.

5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau/lemon itu tadi.

6) Bersihkan menggunakan apple vinegar.

7) Sambung sental papan sampai puas hati!

8) BIla dah puas hati, bersihkan menggunakan air untuk dibilas. Settle!


Sumber: Impiana.my

Nak Surprise Birthday Suami..Tunggu Dalam Gelap, Suami Balik Aku Nangis Rupanya Dia…

$
0
0

Saya sekadar ingin meluahkan rasa hati sebagai seorang isteri. sakit sangat rasa bila diri tak dihargai suami kan? Saya dah berkahwin 2 tahun lebih dan masih belum diberikan rezeki zuriat.

Perasaan sedih dan kecewa saya ini disebabkan sikap suami yang langsung tak pernah hargai saya sebagai isteri. Kadang-kadang sebagai seorang perempuan dan isteri kita pasti nak rasa bahagia terutamanya bila suami mengingati hari-hari penting seperti anniversary or birthday kita kan tapi saya tak pernah dapat smua tu sampaikan birthday saya pun suami tak ingat.

Bila anniversary kami, saya je beria-ria buat macam-macam perancangan tapi suami buat bodoh je. saya tak pernah merasa dapat hadiah dari suami. Kadang-kadang berharap sangat walaupun hadiah tu murah saya tak kisah.


Semalam birthday suami,saya cuba buat surprise untuk dia. Malam tu suami keluar lepak dengan kawan jadi saya duduk rumah seorang. saya tutup semua lampu dan saya sanggup duduk dalam gelap untuk buat surprise pada suami tapi bila suami balik saya terus on lagu birthday dan menjerit wish happy birthday,tau apa reaksi suami?? dia buat bodoh saja then saya ke dapur ambil kek yang saya buatkan khas untuk dia berserta dengan kad ucapan, tau apa reaksi dia?? dia cakap nanti je la dia mkan then dia simpan kek bersama kad ucapan tu dalam peti tanpa membaca apa yang saya tulis, tanpa ada sepatah pun ucapan terima kasih dia terus masuk bilik. ya Allah sedih,hancur kecewanya rasa diri ni tak dihargai suami langsung.

Maaf semua mungkin masalah saya ni bukan la masalah yang besar sangat tapi saya sekadar ingin meluahkan perasaan yang lama terpendam.

Sumber: KRT

Isteri Kena Cerai Hanya Kerana Tak Faham Ayat Cia-Cia Suami

$
0
0

Pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga semestinya berusaha bersunguh-sunguh untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal hingga akhir hayat.

Namun ada juga beberapa kes perceraian yang tidak masuk akal,seperti yang masuk dalam Ruang luahan email eberita.dimana seorang wanita meluahkan rasa kesal atas perlakuan suami yang baru di nikahinya tahun lalu kini bercerai karena dia tidak faham ayat chia chia suaminya ketika bergurau di depan rakan rakannya.

Berikut pengakuan beliau.

Salam: saya nak luahkan perasaan dimana bekas suami saya datang memujuk untuk rujuk selepas dua bulan bercerai.

Saya tak tahu nak buat apa,sebelumnya punca perceraian kami adalah karena saya tak Paham ayat cia cia yang dia katakan pada saya dua bulan lalu dalam sebuah acara makan makan dengan rakan.

Memang nampak muka dia agak kecewa karena rasa segan saya cuba gelak,namun tindakan saya itu di balas dengan tamparan,”Ya..dia tampar saya di depan rakan rakannya.”


Setelah balik kerumah kami bertengkar hingga dia menceraikan saya dengan talak satu.

Setelah dua bulan Cerai di datang balik dan mahu kami bersama balik dan Dia cakap dia menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi.

Saya cakap saya akan pikirkan,pada pendangan anda dengan perkara remeh seperti ini dia boleh menjatuhkan talak Terhadap saya,adakah saya patut terima dia balik,saya risau perkara ini akan berulang.mohon pencerahan.ryna kelang.

23 KES CERAI DENGAN ALASAN MENGARUT.

Sebelumnya Kosmo! pernah mengongsikan beberapa punca perceraian mengarut menerusi kajian bersama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendedahkan beberapa punca perceraian di negeri tersebut yang berpunca kerana kes “remeh” yang meningkat saban tahun .

Sebanyak 23 kes remeh yang mengakibatkan pasangan bercerai disenaraikan dalam ruangan berkenaan. Berikut adalah info tersebut:


Terbongkar Punca TMJ Satu-satunya Orang Di Dunia Yang Boleh Terbang Ke Korea Utara Bila-bila Masa Didedahkan

$
0
0

Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua halaantara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.

Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters

Petikan dari Reuters

Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?

TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang

Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:


“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Tuanku . – FB Johor Southern Tigers

Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima penerbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).

Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.

Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.


Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?

Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…

Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes Kim Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.

Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.


TMJ, mula-mulanya memang tak berkenan pergi ke Pyongyang

“saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan. – TMJ

Dan hal keselamatan ni bukan main-main.Benda inilah yang terjadi kepada pasukan negara India sewaktu bermain di Pyongyang beberapa hari lalu. Waktu dorang nak check out hotel, staff bagitau yang kalau dorang bangun awal sebelum 6 pagi, boleh tengok peluru berpandu daripada hotel. Pergh, cakap pasal bom macam cakap pasal sarkis nak datang.

Nasib baiklah kumpulan tersebut selamat, takde sebarang perang nuklear berlaku. Tapi bila dorang sampai kat lapangan terbang, beg dorang pulak yang hilang…

“Kami tiada kasut, kit latihan atau bola untuk latihan pertama kami… Kasut yang dibeli adalah berkualiti rendah, ada yang salah saiz. Ini bukan apa yang kamu jangkakan daripada persekitaran yang professional.” – Erik Paartalu, pemain negara India dalam temuramah dengan news.com.au

Tak tau la sama ada kejadian ini disengajakan atau memang last minute beli kat kedai 5 ringgit, tapi TMJ semestinya tak nak mengambil sebarang risiko untuk pemain-pemain kita, malah dia kata mungkin kita kena bawa makanan sendiri.

“…salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj.” – TMJ,

Terima kasih TMJ sebab jaga kebajikan pasukan Malaysia!

Jadi nampaknya penghormatan istimewaini adalah melambangkan budi bicara daripada kerajaan Korea Utara dan juga memberi jaminan yang pasukan Malaysia akan selamat sewaktu di Pyongyang. Sebab kalau TMJ pun masih lagi berhati-hati, apatah lagi kita ni..

Kredit: cilisos

Tidak Semua Kes PPIM Kenakan Bayaran, Bergantung Kepada Budi Bicara Kes. Kita Juga Kena Tanggung Kos Operasi

$
0
0

Yusuf Azmi, Pengrah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia menjelaskan bahawa tidak semua kes dikenakan caj pengurusan dan jika ada, bayaran bergantung kepada budi bicara berdasarkan kes, ketika diminta mengulas isu caj 10% bagi penyelesaian kes ah long.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita tidak mempunyai dana khusus untuk berurusan dengan ah long atau kes lain. Caj yang dikenakan juga dipersetujui pengadu. Kita ada kos operasi, pengurusan, termasuk bayaran gaji kakitangan yang bertugas," katanya.

Ujar Yusuf Azmi, ia adalah prosedur operasi standard (SOP) untuk smua aduan dan dipersetujui antara pengadu dengan pihaknya sebelum rundingan dengan ah long dimulakan.

Malah, dalam kebanyakkan kes tiada caj pengurusan yang dikenakan, namun ia bergantung kepada hasil rundingan setiap kes.

"Sebagai contoh, ada satu kes di mana pengadu meminjam RM10,000, along tuntut RM100,000 atas alasan kadar bunga dan sebagainya.

"Kita runding dengan ah long dan capai jalan penyelesaian, kita bayar RM2,000 saja misalnya. Jadi kita bukan caj atas jumlah RM10,000, tapi dikira daripada rundingan akhir RM2,000, bermakna RM200," katanya lagi.


Tambah Yusuf Azmi, UTK PPIM dibantu lebih 30 kakitangan bagi menguruskan puluhan kes setiap hari. Jadi, mereka juga memerlukan kos untuk pergerakan dan perbelanjaan ketika berurusan dengan ah long.

Malah, ada beberapa kes yang dibawa ke PPIM berlaku di luar Kuala Lumpur yang menuntut belanja perjalanan termasuk minyak dan tol. Justeru, kos tersebutlah yang dikenakan kepada pengadu sebagai kos pengurusan.

"Tapi apa yang boleh saya katakan, daripada lebih 1,000 kes yang kita bantu selesaikan pada tahun ini, hanya berapa puluh saja yang kita caj. Ada yang pengadu sendiri nak sedekah, kita terima kerana kita pun bukannya ada duit.

"Banyak rakan perniagaan PPIM juga membantu menyumbang. Ada yang bagi sebulan sekali, ada yang bagi 'one off', saya juga ada perniagaan sendiri. Ini yang membantu menggerakkan unit ini," katanya.

Yusuf Azmi turut meminta kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi sekretariat UTK PPIM di talian 019-9130000 atau 013-220 1565.

Sumber: Siakapkeli

‘Ikat Leher Anak Guna Rantai Besi Kemudian Kunci Pada Tong Gas Dan Ditinggalkan Di Dapur Rumah Bersendirian.’ Anggota Tentera, Isteri Ditahan Kes Dera Anak..

$
0
0

KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun di Indera Mahkota, dekat sini, petang semalam lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata perbuatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.



"Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan, namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak sedarkan diri," katanya, hari ini.

Beliau yang dihubungi semalam, berkata kanak-kanak itu masih bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota.

Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar batasan dengan menghukum anaknya itu.

Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Sumber: Mynewshub

Saya Bayi Umur 10 hari Yang Ditinggalkan Di Perhentian Bas 23 September 1996 Lalu

$
0
0

Seorang lelaki yang mencari ibu dan bapa kandungnya tular di laman sosial selepas dia memuat naik keratan akhbar mengenai dia yang pada masa itu berusia 10 hari ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996.

"Menitis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu," kata Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang sedang menuntut di Kolej Perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.


Menurut Mohamad Putera, dia telah pergi ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan yang menjadi tempat tinggalnya sebelum dijaga oleh keluarga angkatnya pada Jun lalu selepas tergerak hati untuk menjejaki semula ibu dan bapa kandungnya.

"Keluarga angkat mengambil saya sebagai anak angkat sejak saya berusia sembilan bulan lagi. Ibu bapa angkat saya memang berterus-terang memberitahu saya adalah anak angkat sejak di tadika lagi


"Saya boleh menerima kenyataan itu," katanya yang juga anak tunggal dalam keluarga angkatnya itu.

Foto: Mohamad Putera bersama ibu angkatnya.

Bagaimanapun, jauh di sudut hati lelaki yang dibesarkan di Muar, Johor ini, dia ingin mengetahui keadaan kedua ibu bapanya sama ada masih hidup.

"Saya kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah untuk membuka semula fail saya bagi mendapatkan petunjuk lokasi tempat tinggal ibu bapa saya.

"Bagaimanapun, kakitangan rumah kanak-kanak itu hanya menyerahkan fail sebelum meminta saya baca sendiri,"katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas Mohamad Putera, hatinya menjadi luluh selepas membaca keratan akhbar yang disimpan di dalam buku rekod berkenaan.


"Saya ingat akan jumpa keluarga kandung dengan mudah sebaik melihat rekod berkenaan, namun sangkaan saya meleset.

"Tak sangka, saya dijumpai di perhentian bas oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari," ujarnya.

Tidak pernah menyalahkan tindakan ibu dan bapa kandungnya itu, Mohamed Putera akan terus berusaha mencari mereka.

"Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dapat keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

"Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu," katanya.

Mohamad Putera berkata, jika tidak dapat mencari ibu bapa kandung sekurang-kurangnya dia ingin bertemu dengan bidan kampung itu.

"Jika bukan kerana wanita itu jumpa saya, tidak tahu sama ada saya masih hidup atau tidak," katanya.

Sumber: Siakapkeli

'Tiba-tiba Isteri Teriak Dan Menangis, Dengan Baju Kelawarnya Dia Terus Keluar Dari Rumah Tak Balik²'

$
0
0

Hi admin. Nak share cerita juga. Saya menyesal dan benar-benar sudah insaf. Begini ceritanya. 

Saya ada anak empat orang berumur 5, 4, 2 dan 1 tahun. Saya pun gila bermain game juga tetapi saya terlampau taksub sampai terabai anak dan isteri dari segi perasaan. 

Saya seorang yang kedut (ini pengakuan berani mati). Bukan sebab saya ada perempuan lain tetapi saya kedekut dengan isteri saya sendiri. Padahal boleh saja saya bagi dia apa yang dia mahukan. Tetapi sikap jimat cermat saya yang agak keterlaluan di mana setiap bulan saya simpan RM800. 

Nafkah isteri, saya bagi RM50 sahaja. Apalah sangat RM50 itu. Bab barang dapur, saya yang selalu belikan. Tinggal tugas dia memasak sahaja.

Saya jenis yang panas barang juga. Kalau tewas dalam game, saya akan mengamuk, menghempas barang-barang sampai anak yang tidur pun boleh terbangun. Tetapi saya tidak hiraukan, saya biarkan isteri saya buat semuanya. Siap saya marah dia lagi, "Kenapa tak berhenti menangis tu yang bongsu?!". 

Setiap kali balik kerja atau cuti, saya akan bermain game atau lepak dengan kawan. Amat jarang berkomunikasi dengan isteri. Kalau cuti, bukan rehat dari game, saya keluar lepak dengan kawan-kawan saja. Tetapi saya tidak terfikir pun isteri di rumah saja setiap hari dengan anak-anak yang langsung tidak dibawa pergi berjalan-jalan mahupun sekadar berjalan di taman. 

Kadang-kadang isteri ada cakap dengan sengaja mahu saya terdengar,

"Cantiknya tempat tu. Best kalau bawa anak pergi sini..." atau;

"Untungnya dia, suami bagi surprise, bagi hadiah..."

Saya pun apa lagi, pergi tengking dia dan cakap "Tidak tahu bersyukur. Lagi satu trip-trip, mau sweet-sweet. Anak pun sudah berapa? Buang tabiat ka?". Tetapi bila difikirkan semula, menyesal saya cakap seperti itu pada dia. 



Hari itu ketika dia sedang memasak dan saya sedang bermain game seperti biasa, anak-anak pun bising. Si bongsu menangis meminta susu, jadi isteri saya ini segera membuat susu. Si bongsu bila menyusu, mesti ada ibunya. Jadi, isteri saya terlupa masakan di dapur yang sudah berasap berkepul-kepul. 

Saya yang tersedar dengan keadaan itu terus berlari ke dapur dan padamkan api kecil yang mahu merebak. Terus saya marah dan maki hamun isteri bertubi-tubi. Banyaklah yang saya hamburkan kata-kata yang mampu menyakitkan hati dia. 

Tiba-tiba dia berteriak seperti dirasuk sesuatu, dia menangis, kemudian teriak lagi dan berlari keluar. Saya tak pujuk dia, lagipun dia pakai baju kelawar masa itu. Sudah tentu dia akan balik. Tetapi sudah enam jam berlalu, dia masih belum pulang ke rumah. Hati saya mula risau dan bimbang. 

"Ke mana pula dia pergi? Sudahlah pakai baju kelawar, belum mandi pula tu. Nak kata pergi rumah kawan, dia tak ada kawan. Haih! Gelisah betullah!"

Anak bongsu pun mula menangis-nangis mencari ibunya. Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi tidak dapat dihubungi. Sebelum ini dia tidak pernah begini sebab dia pendiam dan jenis yang tidak melawan.

Terdetik di hati saya mahu menghubungi ibu bapa dia. Naa, sekali telinga saya pula yang kena 'cuci'. 

"Kalau tak suka dengan dia, pulangkan dia dengan cara baik." kata mertua. 

Boleh pula dia balik ke kampung dalam keadaan dia seperti itu. Saya pula jadi hairan dari mana dia dapat tambang balik ke kampung. Rupa-rupanya duit RM50 yang saya bagi setiap bulan, dia simpan. 

Saya cuba pujuk mertua agar benarkan saya bercakap dengan isteri, tetapi mertua tak izinkan. Si isteri kata, nanti dia akan pulang ke rumah tetapi kepulangannya adalah untuk meminta diceraikan. Jantung bagaikan nak jatuh bila dengar isteri cakap seperti itu. 

Jadi, dua hari isteri tiada di rumah, saya terpaksa mengambil cuti. Barulah saya rasa macam mana perasaannya menguruskan anak. Yang dua lagi hantar pergi ke tadika setiap pagi. Belum sempat saya mandi, yang bongsu nak minta susu, lepas itu dia berak pula. Yang seorang lagi pun sama. Saya sumbat semua dalam kereta dan selepas hantar dua anak ke tadika, kena uruskan dua anak kecil lagi bagi makan dan mereka makan bersepah. 

Kemudian saya cuci kain yang melambak-lambak. Kemas rumah, disepahkan semula oleh anak-anak kecil. Barulah saya tersedar apa yang dilalui isteri. Sebelum ini saya selalu marah isteri tak kemaskan rumah. Selesai membasuh, kena jemur kain lagi. Selepas itu kena ambil pula anak-anak pulang dari tadika. Sampai rumah, kena bagi makan lagi. Yang bongsu pula menangis nak tidur. Aduii! Rasa macam nak pecah otak. 

Sedar tak sedar, dah jam 2 petang. Dah tak ada masa nak fikir main game. Tidur pun selama 1 jam saja, ikut waktu tidur anak. Begitulah rutinya sehingga ke waktu malam. 

Dari situlah saya mula sedar. Kini saya rindukan isteri saya. Sebelum ini dia selalu mengomel, tetapi saya tak layan. Bila saya sedar semua ini, saya pula menangis sebab kesal dengan apa yang saya dah buat pada dia selama ini. Tuhan datangkan kesedaran dalam diri saya. 

Saya cuba menghubungi dan memujuk isteri. Saya memohon maaf tetapi dia kata dia sudah tawar hati. Saya kata, kasihanlah dengan anak-anak dan kemudian dia membebel-bebel pada saya. Inilah pertama kali saya mendengar dia marah. 

Dua hari selepas itu, dia pulang ke rumah. Saya peluk dan pujuk dia jangan minta cerai. Anak-anak pula siap ketawakan saya, mereka belum faham dan menyangka saya bermain. Rupa-rupanya amarah isteri masih belum habis. Dia menangis dan meluahkan segala rasa yang terpendam di hati. Apa yang saya boleh katakan, saya ikhlas meminta maaf dengan dia. 

Dan sebagai tanda maaf, saya tidak lagi melepak dengan kawan-kawan. Saya tambah lagi cuti kepada tiga hari. Saya bawa isteri pergi shopping, beli baju kesukaan dia dan anak-anak, bawa mereka ke pantai, saya hantar dia ke SPA untuk berurut yang mengikut kemampuan saya. 

Ketika menulis ini pun saya masih bercuti, masih bawa mereka berjalan-jalan. Syukur isteri saya sudah mula senyum dan ceria bersama anak-anak. Akhir sekali, malam kami berkumpul dan makan. Saya beri kejutan untuk dia, yang juga bersempena dengan hari lahirnya. Hadiah itu dibuat dalam rumah saja dan biarlah rahsia. Nanti ada yang kata menunjuk-nunjuk pula. Dengan anak-anak pun saya bagi hadiah mainan. Bukan main gembira mereka bermain. 

Tetapi satu saja yang saya tak dapat nak tinggalkan, game. Hehe! Tetapi berpada-padalah juga.

Terima kasih admin dan netizen yang sudi membaca. Hargailah isteri di rumah itu buat kerja tanpa henti setiap hari. Ibu-ibu ini memang superwoman bah, kan?

Sumber: The Reporter

25 Tanda-Tanda Kanser Yang Ramai Abaikan Sehingga Ia Terlambat!! Mohon Kongsikan Info Ini

$
0
0

Gejala kanser boleh diabaikan dan dihapuskan macam tiada apa-apa pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kanser keluarga, adalah bijak untuk memberi perhatian kepada badan anda. Sekiranya anda menghadapi risiko yang lebih tinggi, anda mesti mengenali sebarang perubahan kecil dalam badan anda. Tidak banyak kempen kesedaran untuk beberapa jenis kanser, tetapi kami telah mengumpulkan senarai tanda-tanda dan gejala yang perlu anda ketahui. Sesetengah gejala adalah kanser khusus manakala yang lain adalah tanda universal.

Ketulan adalah salah satu yang paling universal dari semua gejala kanser. Jika anda merasakan benjolan yang tidak termasuk, pastikan ia diperiksa. Ketulan boleh didapati semasa mandi rutin anda. Sabun diri dan lari jari-jari anda ke atas badan anda. Sekiranya anda mendapati sesuatu yang tidak jelas, jangan panik. Sesetengah ketulan adalah benigna, tetapi sekiranya benjolan berkembang atau berubah, ia mungkin menjadi tanda kanser.

Jika anda kencing lebih kerap , tubuh anda mungkin cuba memberi amaran kepada anda tentang masalah. Kencing manis yang kerap adalah gejala beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis. Walau bagaimanapun, jika kencing itu menyakitkan, ini adalah isyarat bahawa ada sesuatu yang salah. Rujuk doktor anda kerana kanser prostat atau pundi kencing juga diberi amaran dengan perubahan kencing.

Salah satu daripada gejala kanser yang paling sering diabaikan ialah perubahan pergerakan usus. Jika anda mengalami serangan cirit-birit dan sembelit , tubuh anda mungkin memberi amaran kepada anda tentang masalah yang serius. Perhatikan saiz najis anda. Sekiranya anda mengalami kesakitan yang berterusan di kawasan abdomen, anda perlu melawat doktor anda.

Senak juga merupakan gejala pelbagai masalah kesihatan, tetapi ia boleh menjadi gejala kanser. Sekiranya anda mengalami sakit hati atau rasa sakit selepas makan, tubuh anda mungkin memberi amaran kepada anda tentang kanser saluran pencernaan. Kesukaran menelan dan sakit perut yang berterusan adalah tanda tambahan. Jika anda makan terlalu banyak antacid, anda mungkin mahu diperiksa.

Sores yang tidak termasuk mungkin mudah diabaikan sebagai gejala kanser yang mungkin. Walau bagaimanapun, kanser kulit dan kanser mulut sering didiagnosis dari luka. Luka pada kawasan kemaluan seharusnya tidak diabaikan. Kanser kawasan kemaluan sering didiagnosis apabila seseorang mengalami sakit yang diperiksa.

Jika anda tidak berdiet dan anda kehilangan berat badan, anda mungkin ingin diperiksa untuk kanser. Kanser mencuri nutrien dan badan anda mula menumpahkan pound. Jika anda kehilangan lebih daripada 10 paun berat, anda benar-benar perlu dilihat oleh doktor anda. Kanser yang mencuri berat badan termasuk perut, pankreas, paru-paru, atau kanser kerongkong.

Sekiranya anda mendapati diri anda sedang menghidap demam dan anda tidak tahu mengapa, ia mungkin menjadi tanda bahawa tubuh anda melawan kanser. Jika kanser merebak dari titik asalnya di dalam badan, tubuh anda mula memicu amaran demam. Kanser menyebabkan sistem imun memecah dan jangkitan menyerang. Demam adalah tanda awal limfoma atau leukemia.


Keletihan adalah satu lagi gejala kanser yang sering diabaikan. Keletihan adalah perkara biasa pada individu yang menderita leukemia atau kanser darah lain. Tubuh anda menjadi lelah apabila anda kehilangan darah juga. Kanser kolon menyebabkan kehilangan darah dan gejala awal kanser khusus ini adalah keletihan. Jika anda berasa sangat letih, anda mungkin mahu pergi ke doktor.

Sakit boleh menjadi gejala kanser. Sekiranya anda terluka kerana tiada sebab yang jelas, anda perlu diperiksa. Sekiranya anda cedera dan tercedera, ini adalah jenis kesakitan biasa yang akan mereda dengan rehat. Jika anda terus menyakitkan dan tidak hilang, tubuh anda akan memberi amaran kepada anda. Sakit kepala yang berlebihan, sakit perut, atau sakit tulang mungkin menunjukkan kanser. Perhatikan badan anda dan amati tanda amaran ini dengan pergi ke doktor.

Sekiranya kulit anda berubah, anda mungkin mempunyai kanser. Ketahui warna kulit anda. Sekiranya anda mengalami jaundis, hati anda mungkin terjejas. Sekiranya anda gatal, badan anda mungkin bersembunyi di dalam kanser. Sesetengah kanser menghasilkan bahan yang menyebabkan anda gatal. Sekiranya kulit anda menjadi merah atau kuning, pastikan anda berjumpa doktor dengan serta-merta!

Darah dalam air kencing adalah satu lagi tanda yang tidak boleh diabaikan. Jika anda mengesan darah dalam air kencing anda, anda mungkin mempunyai jangkitan atau kanser. Ini mungkin tanda-tanda sama ada kanser prostat atau kanser pundi kencing. Perubahan seperti kebocoran kencing atau ketidakupayaan untuk membuang air kecil adalah tanda amaran penting yang perlu diberi perhatian.

Mol hidung adalah satu lagi tanda kanser. Jika mol tahi lalat, berubah bentuk atau saiz, bergegas ke doktor. Jenis-jenis luka ini boleh mendedahkan kanser di bawahnya. Kulit adalah organ terbesar badan dan ia juga boleh diserang oleh sel-sel kanser.

Letakkan lidah anda untuk memeriksa gejala ini. Sekiranya lidah anda kelihatan mempunyai tampalan putih, anda mungkin dapat menangkap kanser mulut lebih awal. Orang yang merokok atau mengunyah tembakau selalunya mempunyai leukoplakia. Jika leukoplakia ditangkap lebih awal, kanser boleh dihentikan sebelum ia bermula. Jika anda melihat tampalan putih pada pipi atau lidah anda, pergi terus ke doktor.

Sekiranya anda berdarah dari puting susu, ia adalah satu lagi tanda untuk kanser dan anda mungkin mempunyai kanser payudara. Sekiranya anda mengalami perdarahan luar biasa dari kawasan faraj, anda mungkin mempunyai kanser serviks atau kanser endometrium. Batuk darah menunjukkan masalah paru-paru. Darah di dalam bangku adalah penunjuk kanser juga.

Kesukaran menelan juga merupakan gejala yang harus anda kenali sebagai potensi untuk kanser. Tumor boleh menyekat tekak atau kerongkong. Sekiranya anda merasakan bahawa makanan sedang melekat pada kerongkong, teruskan segera. Ini tidak normal dan tubuh anda boleh memberitahu anda mengenai kanser esofagus atau perut.

Freckles biasanya menyimpang pada kulit. Walau bagaimanapun, jika freckles anda berubah, anda mungkin mengalami masalah kanser. Jika tahi lalat atau ketuat menukar warna atau bentuk, mintakan mereka dengan serta-merta. Ini menunjukkan melanoma. Karsinoma sel kuman kelihatan ketuat atau sakit terbuka dengan permukaan berkerak.

Batuk adalah satu lagi tanda kanser paru-paru. Sekiranya anda batuk secara berterusan, badan mempunyai masalah. Ini boleh menyebabkan alergi, tetapi jika batuk terus dan batuk produktif, anda perlu dilihat oleh doktor. Kesakitan nafas dan kesakitan dada juga merupakan gejala yang ditandai dengan batuk kronik kanser.

Refluks asid kronik boleh menjadi tanda kanser esofagus. Jika anda dapat melaporkan refluks asid kepada doktor lebih awal, anda boleh menangkap kanser senyap sebelum ia mempunyai masa untuk berkembang. Lapisan esofagus rapuh dan pendedahan kepada asid perut menyebabkan esofagus Barret, keadaan pramatang. Jangan terlepas pandang refluks asid; Ia boleh menjadi serius!

Masalah pernapasan, seperti sesak nafas, tidak normal. Sekiranya anda tidak dapat berjalan jauh tanpa merasa tersentuh, anda perlu diperiksa oleh doktor. Kerosakan paru-paru boleh dilakukan dengan kanser. Kanser payudara dan kanser usus sering menyebar ke paru-paru.

Keringat malam yang tidak dapat dijelaskan kadang kala gejala kanser yang diabaikan. Nampaknya tidak berbahaya untuk bangun berpeluh, tetapi mungkin cara awak anda memberi amaran kepada anda bahawa kanser semakin berkembang. Jangan terlepas berpeluh malam kecuali anda menopaus. Jika anda tidak mempunyai penghawa dingin yang rosak menyebabkan penyinaran pada waktu malam, pergi terus ke doktor!

Kesakitan bersama kadang-kadang biasa apabila anda menggunakan terlalu banyak atau menyebarkan sendi. Walau bagaimanapun, sakit sendi tanpa sebab tidak normal. Jika anda mengalami sakit sendi yang tidak dapat dijelaskan, pergi ke doktor dengan cepat. Tubuh anda mungkin memberi amaran kepada anda tentang kanser!

Sakit belakang, kesakitan panggul, dan kembung boleh bergabung untuk memberi amaran kepada anda tentang kanser ovari. Jika anda mengalami simptom ini, anda mungkin ingin diperiksa dengan cepat. Kanser ovari sukar dirawat dan sukar didiagnosis tanpa menghiraukan gejala ini. Mengetahui gejala klasik ini boleh menyelamatkan nyawa anda.

Sesetengah kanser tidak mempunyai tanda amaran, tetapi kanser yang baru didiagnosis kadang-kadang dapat sembuh. Kanser adalah salah satu penyebab utama kematian. Jika anda memberi perhatian kepada tanda-tanda amaran, anda boleh memanjangkan hayat anda. Jika anda mempunyai faktor risiko seperti merokok atau pendedahan matahari yang tinggi, anda benar-benar perlu berhati-hati terhadap kanser.

Gejala kanser klasik mudah diabaikan kerana dengan sendirinya, mereka boleh menjadi tidak berbahaya dan menjengkelkan. Walau bagaimanapun, kadang kala gejala-gejala tidak berbahaya ini mendedahkan keadaan mendasar yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Adalah lebih baik untuk menyeberang di sisi berhati-hati dan diperiksa daripada membiarkannya pergi dan mengetahui bahawa anda mempunyai masalah yang serius kemudian. Jadilah proaktif, doktor anda tidak keberatan jika anda salah!

Sumber: http://viralized.com

Katakanlah Selamat Tinggal Kepada Batu Karang Anda Dengan Hanya Setengah Cawan Minuman Ini

$
0
0

Menurut statistik terbaru, pakar mengatakan bahawa lebih daripada 26 juta rakyat Amerika mempunyai penyakit ginjal dan 1 dari 3 orang dewasa Amerika kini beresiko untuk mengembangkan penyakit ini. Ini benar-benar mengejutkan, kan? Pakar-pakar perubatan memberi amaran bahawa di Amerika Syarikat sahaja, penyakit buah pinggang membunuh lebih ramai orang daripada kanser payudara atau prostat.

Apakah batu karang?

Batu karang adalah kecil, deposit keras yang terbentuk di dalam ginjal anda, dan ia boleh menyebabkan masalah serius untuk buah pinggang anda. Batu karang diperbuat daripada garam mineral dan asid.

Ini adalah faktor risiko dan sebab yang paling biasa: makan terlalu banyak daging dan tidak cukup sayuran atau pengambilan cairan yang tidak mencukupi dan dehidrasi. Anda harus tahu bahawa batu karang terbentuk apabila air kencing anda mengandungi lebih banyak bahan pembentuk kristal – seperti kalsium, oksalat dan asid urik – daripada cecair dalam air kencing anda boleh mencairkan.

Pertama, anda harus tahu bahawa rawatan perubatan standard untuk batu karang adalah kalium sitrat. Satu kajian baru-baru ini telah mendapati bahawa lemon mempunyai “keupayaan” yang unik – ia dimuatkan dengan sitrat semulajadi. Doktor dan pakar perubatan telah mendapati bahawa jus lemon boleh menjadi terapi pencegahan yang berkesan untuk orang-orang yang terdedah kepada batu-batu karang yang kerap.


Para ahli memanggilnya – Terapi Lemonade.

Resipi buatan sendiri adalah sangat mudah, mudah dibuat dan akan membantu anda menyingkirkan batu karang dan akan meningkatkan fungsi buah pinggang dengan ketara.

Anda hanya perlu mengikut arahan mudah.

Meningkatkan Kesihatan Ginjal Anda Dengan Hanya Separuh Piala Minuman Ini

Inilah yang perlu anda lakukan:

Anda hanya perlu mengambil setengah cawan (4 auns) jus lemon tulen setiap hari atau 32 auns limau yang disediakan.

Ini akan memberikan kira-kira jumlah asid sitrik yang sama seperti terapi farmakologi.

Anda hanya perlu campurkan 2 oz. Daripada jus lemon dengan 6 oz. Air dan minum dua kali sehari – sekali pagi dan sekali petang – untuk mencapai matlamat 4 oz. Jus lemon setiap hari.

Bagaimanakah perlindungan CIDRIC ACID terhadap BATU KIDNEY?

Dan sekarang, anda mungkin bertanya kepada diri sendiri – bagaimana ia berfungsi – baik, asid sitrik menghalang pembentukan batu dan memecahkan batu-batu kecil yang mula terbentuk. Lebih banyak asid sitrik dalam air kencing anda, semakin banyak perlindungan anda terhadap pembentukan batu karang yang baru. Asid sitrik menjadikan air kencing kurang baik untuk pembentukan batu. Ia memecahkan batu-batu kecil dan menghalangi mereka daripada menjadi batu yang lebih besar, dengan melapisi mereka dan menghalang bahan lain dari melampirkan dan membina batu.

Seperti yang kita katakan, lemon dan limau dimuatkan dengan asid sitrik. Bentuk farmaseutikal asid sitrik, juga dikenali sebagai kalium sitrat, sangat berkesan merawat batu karang. Tetapi, ini boleh menjadi sangat mahal dan anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tablet setiap hari.

Saya Rela Digari Daripada Biar Anak Selangor Mabuk Arak, Kata Jamal

$
0
0

SHAH ALAM Datuk Seri Jamal Yunos hari ini berkata beliau rela digari dan dipenjarakan demi memastikan anak muda Selangor tidak terjebak dengan aktiviti meminum arak.

Ketua Umno Sungai Besar itu yang dibawa ke Mahkamah Majistret di sini selepas ditahan polis malam tadi, berkata beliau tidak rela melihat rakyat Selangor “mabuk” dengan menyertai pesta arak.

“Walaupun saya digari, ditangkap tapi saya tidak rela melihat anak-anak di Selangor menjadi mabuk di bawah pimpinan (Datuk Seri) Azmin Ali, ini mesej yang saya ingin sampaikan,” kata Jamal di perkarangan mahkamah diiringi pihak polis.

Jamal juga meminta supaya Azmin tidak tunduk dengan tekanan DAP bagi menyokong pesta arak di Selangor.

“Saya harap kerajaan pimpinan Azmin jangan tunduk dengan tekanan DAP, keuntungan adalah hanya kepada pihak penganjur.

“Arak ini bukan Melayu Islam sahaja tidak suka malah Cina, India banyak yang tidak suka minum arak, mereka tidak suka melihat anak mereka berpesta,” katanya.


Semalam, Jamal bersama sekumpulan lelaki lain di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) sebelum melemparkan beberapa botol arak di luar pintu pagar pusat pentadbiran kerajaan negeri itu.

Lewat malam tadi, polis menahan Jamal dan 7 lain untuk siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyertai perhimpunan haram, dan Seksyen 268 kerana menyebabkan kemudaratan awam.

Mahkamah hari ini membenarkan polis mereman Jamal selama 3 hari.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis tidak membenarkan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival” ekoran wujud ancaman militan. Pesta itu sebelum ini dirancang diadakan di Kuala Lumpur dan Klang tetapi menerima bantahan PAS dan beberapa NGO.

Azmin yang juga menteri besar Selangor sebelum ini berkata beliau menyerahkan sepenuhnya soal permit pesta itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: FMT

Pahang Siasat Penganugerahan Gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang Kepada Boy Iman

$
0
0

PEKAN 5 Okt. – Kerajaan negeri sedang menyiasat penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman yang menjadi pertikaian terutama di media sosial ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya kini membuat semakan sama ada penama berikut menerima atau tidak penganugerahan darjah atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.



“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.

“Jika benar gelaran tersebut diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” katanya ketika diminta mengulas mengenai gelaran Datuk membabitkan Boy Iman.

Beliau ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut. - UTUSAN

5 Bahagian 'Pelik' Tubuh Lelaki Yang Jadi Perhatian Wanita, Tentu Anda Tidak Perasan

$
0
0

Nafsu mereka mudah je nak dipancing bila melihat tubuh suami yang sasa. Tapi bahagian mana dari tubuh pasangan yang paling disukai wanita? Ada lima bahagian pelik yang wanita suka yang selama ini mungkin anda tidak perasan

1- Parut

Baru nampak jantan bila ada parut. Itu pandangan pakar terapi seksual dari Michigan, James Syeridan pasal lelaki yang ada parut. Parut biasanya sinonim dengan kaum lelaki dan dianggap sebagai lambar kejantanan.

2- Kepala botak

Untuk lelaki yang mengalami masalah rambut atau malas menghabiskan masa berfikir tentang penjagaannya, gay botak adalah pilihan sesuai. Ramai wanita mengakui lelaku botak juga memilihi keseksian tersendiri. Malah, kata James dari kajiannya, lelaki botak nampak lebih maskulin dan dominan


3- Rongga peluh

Bau ketiak adalah perkataan paling takut oleh lelaki, terutamanya mereka dikelilingi kaum wanita. Namun tahukah anda peluh lelaki kalau dimanfaatkan mampu cipta aura sensual tersendiri

Kajian dari Doktor Laura Berman, Ph.D dari Amerika, " Isteri perlu mengambil peluang untuk berasmara dengan suami ketika pada awal tempoh peluuhnya kerana peluh lelaki memiliki bau asli yang boleh meransang nafsu berahu." Tapi bila peluh dah lama, aroma dia memang lah kurang menyenangkan.

4- Ketiak

Memang betul bau badan mudah terhasil dari bahagian ketiak. Tapi, ketiak antara susuk tubuh yang paling disukai wanita. Melalui kajian bahagian Biologi Manusia di Universiti Pennsylvania, Amerika. Bau daru ketiak lelaki membantu wanita menurunkan tekanan, membetikan ketenangan dan melancarkan perjalanan haid.

5- Kuku

Buat lelaki pastunya kuku kaki dan tangan anda pendek dan bersih. Walaupun bersaiz kecil, kuku yang panjang dan tajam mampu mencederakan bahagian sensitif tubuh isteri dan ini boleh mengakibatkan hilangnya selera si isteri untuk terus berasmara

Sumber: Nakbebel

Dia Sangkakan Hanya Sakit Kepala Biasa, Tetapi Meninggal Dunia 2 Hari Kemudian – Doktor Kini Memberi Amaran Mengenai Simptom Yang Patut Semua Orang Tahu Akan Penyakit Merbahaya Ini

$
0
0

Amerika Syarikat- Ibu kepada 4 orang anak, Charlotte “Lee” Broadway dari Utara Carolina,USA, merupakan individu yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat.

Dia bertemu pasangan hidupnya Eric semasa di sekolah lagi, kemudian berkahwin dan membesarkan 4 orang anak mereka. Kedengaran seperti keluarga yang biasa.

Lee sering kali menghidap migrain, jadi beliau merasakan tiada apa permasalahan mengenai perkara itu kerana masalah sakit kepala itu kerap sahaja berlaku.

Tetapi pada tarikh 1 April 2017, kesakitan yang beliau alami memuncak, ibarat ‘kesakitan yang datangnya dari neraka’.

Eric, yakni suaminya membawa Lee ke hospital, mungkin beranggapan bahawa kesakitan itu seperti kesakitan yang dialami sebelum-sebelum ini. Namun demikian, dia tidak pernah menyangka bahawa kesakitan yang Lee alami itu boleh membawa maut.


Lee bersama suaminya, Eric.


“Lee sering berdepan masalah migrain,” Eric memberitahu WCNC. “Jadi, sakit kepala bukanlah sesuatu yang saya risaukan kerana kejadian yang sering berlaku”.

Setibanya mereka di hospital, Lee disahkan menghidap brain aneurysm, juga dipanggil dengan kewujudan arteri pulmonary di dalam otak.

Brain aneurysm menyebabkan saluran kecil darah menjadi lemah dan darah berkumpul menjadi buih kecil, yang kemudiannya mendedahkan pesakit kepada tekanan terhadap otak.

Dua risiko besar mengenai perkara ini di mana semakin tinggi tekanan yang dialami otak, atau saluran darah sudah rosak atau pecah, ianya akan membawa kepada pendarahan dalaman.



Apabila saluran darah sudah rosak, kesakitan yang ekstrim akan dialami pesakit, yang mana kesakitannya sama seperti mengalami migrain.

Lee meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital, beberapa hari sebelum hari ulang tahun kelahirannya yang ke-42.

Terdapat simptom yang boleh dikesan yang membawa kepada penyakitbrain anuerysm:

– Sakit kepala secara tiba-tiba, berbeza dari kesakitan sebelumnya.
– Lenguh di bahagian tengkuk.
– Loya dan muntah
– Sensitif pada cahaya
– Mudah pengsan dan tidak sedarkan diri
– Sawan

Jika simptom-simptom ini dapat dikesan lebih awal, peluang untuk mengubati masalah ini lebih cerah. Jika anda berdepan dan mengalami masalah seperti yang dijelaskan, jumpalah dengan mereka yang pakar untuk tujuan perubatan.

Sumber: Era Baru

(VIDEO) Isteri Failkan Cerai Tidak Tahan Sering Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Suaminya Yang Sentiasa Mengigau Ketika Tidur Seperti Bergaduh..

$
0
0

TAICHUNG, TAIWAN - Tidak tahan menjadi mangsa pukul suaminya yang kerap mengigau bergaduh di waktu malam, wanita berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Wu, hampir bercerai. 

Menurut Wu, dia telah berkahwin dengan suaminya hampir 30 tahun, tetapi lelaki itu mula mengigau ketika tidur kira-kira 10 tahun yang lalu. 

Jelas Wu, pada awalnya suami dia hanya bercakap ketika tidur. Namun sejak beberapa tahun ini dia sering menumbuk dan menendang seperti bergaduh. Sehingga pada satu tahap, Wu juga pernah memfailkan aduan keganasan rumahtangga terhadap suaminya kerana sering ditumbuk dan ditendang lelaki itu ketika tidur. 

Bagaimanapun, selepas pasangan itu berbincang, lelaki itu bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuang Tian. 


Doktor Yang Chun-bei yang bertanggungjawab merawatnya berkata, lelaki itu mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai gangguan perilaku tidur gerak-mata cepat (REM) yang menyebabkannya membuat pergerakan fizikal seperti di dalam mimpinya daripada membiarkan ia bermain di minda seperti manusia normal. 

Keadaan pelik itu hanya berlaku ketika fasa tidur nyenyak REM, iaitu apabila mimpi berlaku. Lelaki itu juga tidur di pusat kajian tidur di hospital berkenaan yang mana aksinya menumbuk dan menendang ketika tidur turut dirakam kamera. 

"Ini adalah tanda klasik gangguan perilaku tidur REM dan ia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan ubatan. 

"Pesakit itu kini menjalani satu rawatan yang membantu menyelamatkan perkahwinan dan hubungan dengan isterinya," katanya.

Menurut kajian, pesakit yang mengalami masalah itu jarang mencederakan diri mereka. Sebaliknya sering memberi kesan kepada sesiapa yang tidur di sebelahnya.

10 Tragedi Kapal Terbang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Dunia

$
0
0

Pada tahun 2014, Malaysia dikejutkan dengan 2 insiden terburuk dalam sejarah penerbangan kita. Kehilangan pesawat MH370 dan insiden kapal terbang MH17 yang terhempas dalam perjalanan ke KLIA kerana ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia menjadi bualan seluruh dunia. 

Tragedi pesawat terhempas adalah antara insiden yang paling mengerikan kerana peluang untuk anda terselamat adalah sangat tipis.

Statistik mencatatkan bahawa kadar untuk anda terselamat adalah 24% berdasarkan sumber yang penulis perolehi. Bencana terburuk ini disusun berdasarkan jumlah kematian penumpang pesawat.

10. American Airlines Flight 191

Tarikh: 25 Mei 1979
Jumlah Kematian: 273 orang


Kapal terbang jenis DC-10 ini meninggalkan lapangan terbang Chicago O'Hare pada petang Jumaat, namun selepas beberapa ketika enjin kiri tercabut daripada sayap dan menyebabkan pesawat udara ini terhempas ke darat hanya lebih kurang 2km daripada landasan pelepasan.

Kesemua 271 penumpang beserta krew terbunuh manakala dua orang di atas yang berada darat juga meninggal dunia akibat penghempasan pesawat tersebut. Bencana ini merupakan insiden penerbangan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat.

9. Tentera Udara Iran Flight Ilyushun II-76


Tarikh: 19 Februari 2003
Jumlah Kematian: 275 orang

Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh cuaca buruk termasuk angin kencang dan kabus menurut laporan Tentera Udara Iran. Pesawat ini terhempas di Gunung Sirach berdekatan Kerman di Iran dan telah membunuh kesemua ahli "Revolutionary Guards" yang menaiki pesawat tersebut.

Rangkaian Keselamatan Penerbangan Iran mengklasifikasikan kemalangan ini sebagai Controlled Flight Into Terrain (CFIT) di mana juruterbang pesawat tersebut menghempaskan pesawat ke bumi secara tidak sengaja.

8. Iran Air Flight 655


Tarikh: 3 Julai 1988
Jumlah kematian: 290 orang

Insiden ini tidak diklasifikasikan sebagai kemalangan kerana ia berlaku semasa Peperangan Iran-Iraq dan kemudiannya peperangan Gulf melibatkan tentera Amerika Syarikat, Iran, Iraq dan beberapa negara lain.

Kesilapan tentera USA menembak peluru berpandu udara tepat ke Pesawat Iran 655 telah membunuh kesemua penumpang yang tidak bersalah. Kerajaan USA menjelaskan bahawa tentera udara mereka menganggap pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang F-14A Tomcat. 


Pada tahun 1996, kerajaan USA dan Iran mencapai persetujuan di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk membayar wang pampasan sebanyak $213,103.45 bagi setiap seorang penumpang, bersamaan kira-kira £346,000 nilai hari ini.

Kerajaan USA hanya mengungkapan "rasa sedih kerana kehilangan nyawa" tetapi tidak mengeluarkan pernyataan mohon maaf secara formal.

7. Malaysia Airlines Flight MH17


Tarikh: 17 Julai 2014
Jumlah Kematian: 298 orang

Insiden yang sama berlaku seperti insiden No. 8 dalam senarai apabila pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777-200 ditembak jatuh berdekatan sempadan Russia oleh peluru berpandu. Pesawat ini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam dan melalui kawasan penerbangan Ukrain.

Menurut maklumat yang dikeluarkan, kesemua 298 penumpang yang tidak bersalah ini terbunuh kerana sewaktu itu peperangan antara pemberontak pemisah dan kerajaan Ukrain sedang berlaku. Peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Donbass

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa pernah memberi amaran supaya mengelakkan laluan udara Ukrain kerana dikhuatiri perkara yang tidak diingini akan berlaku semasa melalui laluan tersebut.


6. Saudi Arabian Airlines Flight SV163


Tarikh: 19 Ogos 1980
Jumlah kematian: 301 orang

Kematian kesemua 301 penumpang yang menaiki pesawat jenis Lockheed L-1011 ini merupakan eksiden paling dashyat dalam sejarah penerbangan yang tidak melibatkan penghempasan atau perpecahan kapal terbang semasa penerbangan.

Pesawat ini berlepas daripada lapangan terbang Riyadh dalam perjalanan ke Jeddah kemudiannya berpatah balik beberapa minit kemudian dan mendarat secara kecemasan kerana berlakunya kebakaran dalam kapal terbang.

Namun, setelah pesawat ini mendarat, juruterbang tidak melakukan pemindahan kecemasan sebaliknya memandu kapal terbang tersebut ke lapangan terbang. Kemudian ia mengambil 23 minit untuk mengakses kapal terbang setelah enjin berhenti.

Ketika pintu pesawat dibuka, kesemua yang berada di atas kapal terbang telah terbunuh akibat daripada menyedut asap kebakaran. Paling menyedihkan, tiada sesiapa pun yang melakukan prosedur pemindahan keluar kecemasan.

10 tahun terburuk sejarah penerbangan:



Nota: casualties = mangsa

5. Air India Flight 182


Tarikh: 23 Jun 1985
Jumlah Kematian: 329 orang

Insiden ini merupakan serangan keganasan terburuk melibatkan kapal terbang apabila pesawat jenis Boeing 747 terhempas di lembah pantai Ireland. Pesawat ini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sahar di India dari Toronto, Kanada. Pengeboman berlaku di bahagian kargo oleh organisasi ekstremis Sikh iaitu Babbar Khalsa.

Dipercayai penumpang yang bertanggungjawab mengebomkan pesawat ini ialah "M Singh" yang mengdaftar masuk penerbangan bersama satu bagasi mempunyai bom tetapi dia tidak menaiki pesawat tersebut.

Laporan siasatan menemui bahawa kegagalan proses sekuriti di Kanada menyebabkan serangan pengganas ini berjaya dilaksanakan. Beberapa hari memorial diwujudkan bagi memperingati kesemua yang terkorban di Kanada dan Ireland.

4. Turkish Airlines Flight 981


Tarikh: 3 Mac 1974
Jumlah Kematian: 346 orang

Kelemahan dalam reka bentuk kapal terbang jenis Douglas DC-10 membawa padah apabila kesemua 355 penumpang dan 11 krew terkorban apabila pesawat ini terhempas di Hutan Ermenonville di utara Paris.

Kapal terbang ini berlepas dari Lapangan Terbang Orly di Paris dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Heathrow, London. Perjalanan sebenar ialah dari Istanbul dan Paris hanya perjalanan transit.

Selepas 10 minit berlepas, pintu kargo kiri kapal terbang tercabut akibat daripada masalah bagaimana ruang pintu selak ditutup.

Disebabkan masalah mekanisma kunci bagi pintu ini, kapal terbang menghala ke darat dengan kelajuan 800 km/h setelah juruterbang hilang kawalan. Penghempasan ini merupakan insiden terburuk di Perancis dan kedua di Eropah.

3. Saudi Arabian Airlines Flight 769 & Kazakhstan Airlines Flight 1907


Tarikh: 12 November 1996
Jumlah Kematian: 349

Pelanggaran udara terburuk yang pernah berlaku melibatkan Pesawat Saudi 769 dan Pesawat 1907 - Kazakhstan Airlines di bandar Charkhi Dadri utara India.

Kapal terbang Saudi jenis Boeing 747 dalam perjalanan ke Dhahran dari Delhi manakala pesawat Kazakhstan Airlines jenis Ilyushin II-76 dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Indira dari Shymkent. Pelanggaran ini membunuh 312 orang di atas pesawat dan kemudiannya 37 lain turut terbunuh.

Kemalangan ini berlaku apabila pesawat Ilyushin sepatutnya mendarat sehingga 15,000 kaki tetapi ia melebihi had ke 14,500 kaki manakala Boeing 747 dalam perjalanan ke arah atas di arah yang berlawanan. Ketika pengawal trafik udara memberi amaran kepada kedua-dua kapal terbang, ia sudah terlambat.

Ekor kapal terbang Kazakhstan memotong sayap pesawat Saudi menyebabkan pesawat Saudi berpusing dengan sangat laju manakala Ilyushin bergerak sedikit perlahan berbanding Boeing 747 tetapi masih cukup laju untuk menyebabkan juruterbang hilang kawalan untuk mendarat.

2. Japan Airlines Flight 123

Tarikh: 12 Ogos 1985
Jumlah Kematian: 520 orang


Pesawat Boeing 747 milik Japan Airlines terhempas ke Gunung Takamagahara di tengah-tengah Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, 4 orang terselamat apabila pesawat ini berpusing tanpa kawalan menyebabkan sayap kapal terbang berlanggar rabung gunung (gambar A) sebelum terbalik dan mendarat pada belakang badan pesawat.

Juruterbang dapat mengawal kapal terbang dan terus memastikan pesawat berada di udara selama 32 minit selepas kegagalan mekanikal, masa yang tidak pernah menyamai simulator penerbangan.


Hari ini, terdapat kuil memorial di atas gunung tersebut bagi memperingati bencana yang berlaku selain terdapat muzium dibuka oleh syarikat penerbangan yang mempunyai nota atau surat terakhir yang ditulis oleh penumpang kepada orang tersayang.

Kesemua staf syarikat tersebut wajib pergi ke museum tersebut untuk melihat surat-surat ini. Kesemua yang terselamat adalah wanita dan berada di tengah-tengah barisan kapal terbang ketika kemalangan berlaku.


Gambar A : contoh rabung gunung

1. Bencana Lapangan Terbang Tenerife

Tarikh: 27 Mac 1977
Jumlah Kematian: 583 orang


Berlainan dengan insiden no 3, pelanggaran ini berlaku di darat akibat kesilapan juruterbang. Kedua-dua pesawat merupakan pesawat Boeing 747, satu milik Koninklijke Luchtvaart Maatschappij (KLM) atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines manakala lagi satu milik Pan Am American Airways (Pan Am).

Tiada satu pun pesawat yang sepatutnya berada di Los Rodeos tetapi kedua-dua pesawat ini terpaksa bertukar haluan daripada Las Palmas setelah sebuah bom diletakkan di kedai bunga lapangan terbang tersebut.


Pelanggaran berlaku apabila Pan Am sepatutnya melalui jalan keluar ketiga, (C3) tetapi juruterbang menyangkakan C4 sebagai C3 manakala pesawat KLM pula berlepas tanpa kebenaran yang sah.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila kabus tebal menghalang penglihatan pesawat Pan Am setelah dilihat KLM 747 keluar dari kabus. Kesemua penumpang dan krew KLM terbunuh manakala 7 daripada 16 krew dan 54 daripada 380 penumpang Pan Am terselamat.

Al-Fatihah


Sekalung peringatan buat mangsa MH370 yang hilang bersama-sama pesawatnya.

Tarikh: 8 Mac 2014
Jumlah Kehilangan: 239

Sumber: Iluminasi

Kejutkan Anak Dari Tidur, Tak Bangun – Bangun Rupanya Sudah Meninggal Dunia, Hanya Disebabkan Ego Ibu Bapa Yang..

$
0
0

Saya paling hiba kalau ada ibu bapa yang tolak vaksin untuk anak-anaknya. Baru-baru ini saja pun, ada kes seorang ibu berusia 40 tahun yang hilang dua orang anaknya serentak akibat difteria. Penyakit ini boleh dielakkan jika majoriti ibu bapa di Malaysia bersatu untuk melindungi anak masing-masing dengan vaksin.

Pada mulanya, si abang yang berumur dua tahun yang meninggal dunia. Seminggu selepas itu, adiknya yang berumur 11 bulan pula meninggal dunia. Sudahlah meninggal dunia dalam diam saja. Kejutkan dia dari tidur, tak bangun bangun. Rupa-rupanya sudah meninggal! Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa menanggung kesedihan yang amat dahsyat ini. Bagi seorang ibu, tiada kesedihan yang lebih dahsyat dari kematian si anak. Kalau kematian suami, biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat dengan ikatan akad sahaja. Kesedihan bila melibatkan kematian anak ini adalah jauh berbeza kerana anak ini diikat dengan ikatan darah dan daging si ibu itu sendiri.


Bayangkan kesalahan itu sebenarnya ditanggung oleh golongan ibu yang tidak mahu menvaksikan anak-anaknya hanya kerana lebih percayakan ‘Doktor Google’ dan ‘Doktor Facebook’. Penyakit dahsyat ini kembali merebak dengan laju di dalam negara kita ini berpunca daripada golongan ibu yang tidak mahu vaksinkan anak-anaknya.

Semakin sikit anak yang tidak divaksin dalam suatu komuniti, maka semakin cepat sesuatu penyakit itu meletus (outbreak). Selama ini saya cuma jumpa penyakit ini di Indonesia sahaja. Belum pernah lagi dengar kes difteria di Malaysia sebelum ini.


Saya bukan apa, saya pernah menyaksikan sendiri betapa seksanya pesakit yang terkena penyakit difteria ini. Cuba tengok komplikasi yang boleh muncul daripada difteria ini.

Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yang perlahan-lahan dan sangat kejam! (Airway blockage)

Bila benda putih (pseudomembrane) dalam tekak itu tiba-tiba terjatuh dan tertelan, racun di dalamnya boleh merosakkan otot jantung anak kita (myorcarditis)

Selepas itu, boleh terjadi juga kerosakan saraf (neuropathy)

Anak kita juga boleh terkena jangkitan paru-paru (pneumonia).Sebab dalam selaput putih itu ada toksin yang sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak itu sedang tidur, selaput itu tiba-tiba meluncur turun. Sangat berbahaya!


Tolong, tolong sangat pada ibu bapa yang ada anak yang belum divaksinkan secara sempurna, tolonglah sempurnakan vaksin mereka. Jangan percaya pada Google atau internet kerana yang merawatnya adalah kami, para doktor. Kerana yang menyaksikan kematian mereka adalah kami, para doktor.

P/S: Anak yang tidak divaksin akan terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol.batuk seratus hari (pertussis), kancing gigi (tetanus), campak, demam kepialu (typhoid fever), jangkitan pada otak (meningitis) dan bermacam-macam lagi penyakit yang mematikan. Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ya.

Sumber: http://www.thereporter.my
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>