Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

'Tangan Saya Lenguh, Salahkah Saya Letak Bayi Di Bawah Sekejap?'

$
0
0

SEORANG wanita yang gambar pernah menjadi tular tahun lalu kerana didakwa meletakkan anaknya di atas lantai sebuah lapangan terbang, akhirnya membuka mulut tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Molly Lensing, dari Illinois, Amerika Syarikat, memberitahu, biarpun sudah setahun berlalu, dia masih dihantui imej gambar itu yang tersebar di laman sosial dan menjadi meme netizen.

Dalam temu bual bersama program TODAY, Lensing memaklumkan gambar berkenaan bukan sahaja diambil tanpa izin dan mencabuli hak peribadinya, malah telah menjadikannya sangat tertekan.

Apa yang berlaku sebenarnya, kata Lensing, dia terpaksa meletakkan anak perempuannya itu seketika untuk melepaskan lelah kerana telah memangkunya selama hampir 20 jam.

Tahun lalu, gambar Lensing yang duduk di atas kerusi sambil menggunakan telefon, manakala anaknya pula dibiarkan berbaring di atas lantai beralaskan selimut, ditularkan oleh seorang pengguna Facebook.

"Kami antara penumpang yang terperangkap di lapangan terbang dalam insiden kegagalan sistem komputer penerbangan Delta ketika itu.


"Penerbangan kami ditunda dan saya terpaksa menempah semula tiket beberapa kali. Kami berada di sana hampir 20 jam.

"Saya mendukung Anastasia, yang ketika itu berusia 2 bulan, selama beberapa jam. Akhirnya tangan saya lenguh, dia juga perlu relax sementara saya pula perlu berhubung dengan ahli keluarga yang tertanya-tanya di mana kami," jelas Lensing.

Tambah Lensing, ada kalanya dia dapat melupakan gambar itu. Tetapi dia tidak dapat lari daripada rasa bimbang jika dinilai sebagai ibu yang tidak baik, apatah lagi dia merupakan seorang jururawat perbidanan.

"Saya bernasib baik kerana keluarga dan rakan-rakan tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kerana mereka, saya cuba untuk tidak menghiraukan komen negatif dan yakinkan diri yang saya seorang ibu yang baik," kata Lensing yang memiliki dua lagi anak perempuan berusia 4 dan 3 tahun.

Tahun lalu, gambar Lensing yang duduk di atas kerusi sambil menggunakan telefon, manakala anaknya pula dibiarkan berbaring di atas lantai beralaskan selimut, ditularkan oleh seorang pengguna Facebook.

Ia dikritik netizen dan pantas menjadi meme mempersendakan tindakan Lensing.

Sumber: Astro Awani

"Saya Kecewa Dato Gebang-Gebang Kata Video Dato Nak Lawan Taylor Swift And Katy Perry. Hakikatnya Video Dato Ni Sangat Sedihhhhh." - Netizen

$
0
0

Video muzik single Datuk Seri Vida yang berjudul I Am Me kini sudah dimuat naik ke YouTube. Dalam video itu, Vida dihiasi dengan kilauan emas permata dan wang ringgit dan bagi usahawan popular ini, dia bukan mahu riak tetapi inilah yang diinginkannya dalam video muziknya.

Video itu dimuat naik semalam ke rangkaian YouTube DSV semalam dan setakat ini sudah ditonton lebih 30,000 kali dan mendapat lebih dua ribu likes.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Vida memberitahu telah membelanjakan RM 1 juta untuk menghasilkan video muzik tersebut yang turut disertakan sari kata bahasa Melayu dan bahasa Korea.

Bagaimanapun, ada Netizen meninggalkan komen yang hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan kos RM 1 juta yang telah dilaburkan. 


Menurut Chum Buzz:

Maaf la Dato.. saya rasa kualiti video ni amat bagus… cuma cara video ni di-shoot dan bagaimana video ni dirakam saya rasa tak berbaloi.. sepatutnya Dato kena pilih Director yg betul betul mantap. Saya tak rasa vibe international…???? sepatutnya lagu Dato akan lebih mantap dengan music video yg mantap

Teropong Ajaib menulis:

Dato kenapa lambat dah kurang fenomena i am me nyer…. agak kecewa sbb ingat ada tarian² khusus ke apa ( sbb kata nk setanding Psy,PPAP etc kan) next time dah siap semua MV baru dato release lagu… macam omputeh first day release single dh siap ada MV baru go viral and views meningkat.. bukan apa takot basi #Komenikhlas

Apa pun, video muzik asal I Am Me mendapat 8.6 juta tontonan dengan lebih 64,000 likes. Ia juga mendapat reaksi dari Netizen Timur Tengah dan Korea Selatan.

Diharap video terbaru ini akan mencipta fenomena memandangkan lagunya catchy dan infectious. 


Sumber: http://beautifulnara.com

Hasil Melacur Juga Diterima Tuhan Asalkan Jujur Kata Pengasas Sekolah Pondok Pondan

$
0
0

Pondok Pesantren Waria Al-Fatah, satu-satunya madrasah pengajian agama yang dikhaskan untuk golongan pondan atau dipanggil sebagai waria (gabungan wanita dan pria) di Indonesia.

Menurut pengasasnya Shinta Ratri, "Islam menerima golongan transgender kerana Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam."

Tambah mak nyah berusia 55 tahun ini lagi, apa pun pekerjaan dan pendapatan termasuk hasil pelacuran dan seks sumbang semuanya diterima Tuhan asalkan ia dilakukan dengan sikap yang jujur.

Menurut laporan BBC Indonesia, penubuhan madrasah tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk negara itu. Walau bagaimanapaun ia langsung tidak melemahkan semangat Shinta Ratri untuk terus memperjuangkan dan memartabatkan kedudukan golongan mak nyah dalam agama.


“Kami mahu buktikan Islam menerima golongan transgender, dan Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam,” tambahnya.


Sebelum ini juga Shinta pernah bergelar seorang isteri dan pernah berkahwin dengan dua orang lelaki.

"Kami memahami Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin – Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. Ketika agama digunakan menyakiti dan menyeksa orang, itu sudah di luar koridor rahmat seluruh alam."

Kebanyakan penuntut di madrasah tersebut terlibat dalam aktiviti pelacuran untuk menampung hidup. Shinta Ratri juga mendakwa yang perjuangannya itu mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin agama setempat.

“Kami perlu mendidik masyarakat mengenai kaum mak nyah, dan kami harus memberi tekanan kepada kerajaan agar mereka memperakui bahawa kami juga mempunyai hak yang sama,” jelasnya.

Sumber: http://www.kakishare.tv

Foto Kacak Putera Mateen Sekitar Perarakan Khas Sempena Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei

$
0
0

Foto-foto kacak Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah di sekitar perarakan khas bersempena sambutan jubli emas meraikan tahun ke-50 Sultan Brunei di atas takhta menarik perhatian netizen.

Di sambutan tersebut, Putera Mateen kelihatan kacak menyarungkan persalinan diraja rona kuning emas.

Foto Putera Mateen serta gambar menarik sekitar sambutan tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram @bruneiroyalfamily.


Sultan Brunei meraikan tahun ke-50 di atas takhta dengan sambutan mewah termasuk perarakan yang berkilauan, disertai 21 das tembakan dan upacara di istana baginda yang berhias emas.

Sultan Brunei, 71, merupakan raja kedua terlama memerintah, menaiki takhta di negara kesultanan di pulau Borneo tersebut pada bulan Oktober 1967.

Mari kita lihat foto-foto kacak Putera Mateen serta gambar-gambar menarik di sekitar sambutan tersebut.








Sumber: Astro Gempak

'Di Depan Mata Saya Sendiri, Dia (Perompak) Rogol Isteri Saya'

$
0
0

SELATAN SUMATERA, INDONESIA - Hancur luluh hati seorang suami apabila dia terpaksa menyaksikan dengan matanya sendiri isterinya dirogol salah seorang dari tiga perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya, lapor Tribun.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, 12 September lalu di kediaman Eko, 39 dan isterinya, Nurwahyuni di Dusun 6, Desa Kemu Ulu, Kecamatan Pulau Beringin, tiga perompak bersenjata tajam telah memecah masuk ke rumah mereka. 

Menceritakan kembali saat kejadian itu, Eko berkata, tiga suspek berkenaan telah mengetuk pintu rumah mereka sebelum dipecah masuk. Suspek kemudian menggunakan cadar dan mengugut Eko untuk berdiam diri. 

Pada ketika kejadian, Nurwahyuni yang berada di dalam bilik mandi terus keluar dan menghampiri suaminya yang sedang diugut. Eko sempat menjerit meminta tolong daripada jiran berdekatan, namun kepalanya telah dipukul menyebabkan berlaku pendarahan teruk di kepala. 

Suspek kemudian mengikat Eko dan Nurwahyuni dengan tali dan dibawa ke sebuah pondok kosong yang jaraknya 100 meter dari kediaman mereka. 

Di pondok itulah, salah seorang suspek telah merogol Nurwahyuni di depan mata Eko sendiri yang berada dalam kesakitan. 


"Di depan saya, dia memperkosa isteri saya," kata Eko. 

"Oleh kerana suspek mempunyai senjata tajam, saya berusaha melarikan diri untuk meminta bantuan," katanya yang ketika kejadian, dua lagi suspek sedang sibuk mengeledah dan mencari barang berharga di rumah, namun gagal menemui apa-apa. 

"Tiada barang berharga di rumah saya. Jadi mereka hanya mengambil telefon bimbit Nokia X2 saya," kata Eko. 

Bagaimanapun, dalam keterangan Eko mengakui bahawa dia mengenali suara dua suspek namun tidak tahu nama mereka. Sementara itu, dia juga mengenali wajah suspek yang ketiga, juga tidak diketahui namanya. 


Difahamkan, dua daripada tiga suspek, Misran, 21, dan Kurniawi, 23 telah ditahan untuk membantu siasatan. Sementara itu, suspek ketiga, Idi, masih diburu polis. 

Siasatan awal mendapati, suspek bernama Misran yang mendalangi kejadian itu di mana suspek pada awalnya telah menyasar untuk mencuri sebuah motosikal milik mangsa.


Sebelum melaksanakan jenayahnya itu, Misran telah mengintap kawasan sekeliling kediaman pasangan berkenaan dan kemudian mengajak Kurniawi dan Idi untuk membantunya dalam kejadian jam 8 malam itu. 

Kurniawi dan Idi memakan topeng baju yang diambil dari ampaian, sementara Misran hanya memakai topi telah mengetuk pintu rumah mangsa.

Selepas melakukan rompakan dan merogol mangsa, Misran terus melarikan diri, manakala Kurniawi melarikan diri ke hutan di Pulau Beringin. 

Dalam tempoh diburu polis, Misran kerap berpindah tempat selama beberapa hari sebelum memutuskan untuk pergi mencari kerja di Jakarta selama tiga hari. Namun, usahanya tidak menjadi lalu dia kembali dan menumpang di rumah rakannya sebelum ditahan polis. 

Sementara itu, Kurniawi pula ditahan di sebuah pondok pada waktu subuh, Isnin lalu. Siasatan juga mendapati Kurniawi dan Idi pernah berulang kali dipenjara di atas kesalahan jenayah. 

Misran didakwa di mahkamah dan bakal dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Manakala Kurniawi pula bakal dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun. 

Nurwahyuni dan Eko berharap, kesemua suspek dikenakan hukuman yang berat dan juga berharap suspek ketiga yang masih bebas ditahan segera.

Sumber: The Reporter

(6 GAMBAR) Saat-Saat Terakhir Perogol Sebelum Dijatuhkan Hukuman Tembak Di Kepala Hingga Mati Di Khalayak Ramai...

$
0
0

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Yehya Hussein al-Raghwah telah didapati bersalah merogol dan kemudian membunuh budak lelaki berusia 11 tahun pada sepuluh tahun yang lalu.



Yehya yang bekerja sebagai tukang gunting rambut telah didakwa telah merogol sebelum membunuh mangsa, Hamdi al-Kabas yang datang ke kedai gunting rambut beliau untuk menggunting rambut sempena sambutan Hari Raya.


Setakat ini, terdapat 59 buah negara yang masih mengamalkan hukuman mati ke atas beberapa jenis kesalahan.





'Vertuahnya' Eina Azman Dapat Hadiah Telefon Bernilai RM33K

$
0
0

Baru sejam yang lalu, pelakon, Eina Azman atau nama sebenar Datin Paduka Ainur Syakina Azman, telah memuat naik video di Instagram yang menunjukkan beliau menerima hadiah dari suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. 

Terkejut diberi hadiah berkenaan, perlahan-lahan Eina membuka kotak tersebut dan mendapati di dalamnya adalah telefon bimbit yang diidamkannya selama ini. 

"Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni, yang? So nice. Oh my god. Thank you sayang," katanya. 

Semakkan di laman rasmi Vertu, telefon bimbit yang dihadiahkan kepada Eina adalah Vertu model Aster (Raspberry Ostrich), berharga $7,900 (RM33,424.90) seunit. 


Sementara itu di ruangan komen, peminatnya juga tumpang gembira dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. 




Eina dan Kaiser Gurmet berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan (Arianna Aubrey dan Karl Kareef) selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga.

Sumber: The Reporter

20 Tanda-Tanda Peringatan Awal Kanser Paru-Paru Pada Wanita. Jangan Abaikan Tanda-Tanda Ini..

$
0
0

Kanser paru-paru adalah jenis kanser kedua yang paling biasa pada lelaki dan wanita (selepas prostat untuk lelaki dan payu dara untuk wanita). Lelaki dan wanita menderita dari pelbagai jenis kanser paru-paru sehingga tanda-tanda dan tanda-tanda amarannya waspada, jadi sangat penting untuk mencari gejala khusus untuk seks anda.

Kanser paru-paru pada wanita

Jenis kanser ini dipanggil adenokarsinoma dan ia menyebar di bahagian luar paru-paru. Gejala-gejala kurang jelas daripada jenis kanser paru-paru lain. Tumor boleh menjadi besar dalam banyak kes dan ia boleh merebak ke seluruh badan sebelum dikesan.

Sebahagian daripada gejala awal ialah:

  • Kesakitan belakang dan bahu;
  • Sesak nafas semasa bersenam;
  • Apabila kanser membesar, gejala berikut muncul:
  • Lendir meningkat dan perubahan warna;
  • Dada, bahu, dan sakit belakang;
  • Batuk berterusan;
  • Batuk darah;
  • Batuk dahak atau lendir dengan darah;
  • Bunyi keras semasa bernafas;
  • Sesak nafas.

Jenis kanser ini sangat sukar untuk dikesan. Ia merebak ke bahagian badan yang lain dan mungkin hanya dapat dilihat apabila ia mencapai peringkat yang paling maju.


Gejala-gejala boleh dirasai di bahagian tubuh yang berlainan seperti tulang, hati, nodus limfa, dan kelenjar adrenal apabila ia tersebar sedemikian rupa dan menyebabkan beberapa gejala lain seperti:

  • Sakit kepala;
  • Keletihan;
  • Kehilangan jisim otot;
  • Kehilangan nafsu makan dan kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan;
  • Gumpalan darah;
  • Leher atau muka bengkak;
  • Kehilangan ingatan;
  • Pecah tulang yang tidak disebabkan oleh kecederaan tidak disengajakan;
  • Kesakitan sendi atau tulang.

Kanser paru-paru pada lelaki

Karsinoma sel kuman yang dihasilkan pada lelaki dikenali sebagai kanser paru-paru bukan sel kecil. Ia berkembang di bahagian tengah paru-paru, berhampiran saluran udara utama (bronchus), menyebabkan halangan udara dan membawa kepada gejala yang berkaitan dengan jelas kepada kanser paru-paru berbanding yang paling sering dialami oleh wanita.

Ini adalah beberapa gejala:

  • Mengeringkan;
  • Infeksi paru-paru berulang seperti bronkitis atau radang paru-paru;
  • Batuk kronik.

Gejala-gejala kanser paru-paru pada lelaki menghalang jalan nafas lebih banyak daripada keadaan di kalangan wanita, tetapi menurut banyak kajian, lelaki melihat gejala kerana tabiat merokok mereka.

Adalah sangat penting untuk tidak mengabaikan tanda amaran walaupun gejala kanser paru-paru mungkin kelihatan jelas. Ia juga sangat penting untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru pada semua kos dan malangnya bagi sesetengah perokok ketagihan, ini termasuk merokok juga.

Amalkan Air Rebusan Teh Hijau, Serai & Kurma Merah Ketika Dalam Rawatan Kanser

$
0
0

Penyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.

Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.

“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.



“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.

Bahan-bahan:

2 batang serai yang diketuk
1 sachet Teh hijau
3 biji kurma merah
1 liter air

Cara Membuat:

Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.
Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.

Sumber: Keluarga.my

Ramai Setuju Yusuf Azmi, Lando Dan Uncle Kuang Jadi Menteri. Apa Pendapat Anda?

$
0
0

Akhir-akhir ini beberapa nama aktivis yang giat menolong serta memperjuangkan nasib rakyat dilihat semakin disebut-sebut dan meletup-letup dek kerana keikhlasan mereka membantu.

Mereka yang dimaksudkan terdiri daripada Lando Zawawi, Yusuf Azmi dan juga Uncle Kuan Chee Heng. Kisah-kisah dan cerita berkaitan dengan perjuangan ketiga-tiga nama yang begitu besar ini sering kali terpampang di dada akhbar dan juga di media sosial.


Untuk pengetahuan semua, Yusuf Azmi merupakan seorang pengarah Unit TIndakan Khas Persatuan PEngguna Islam (PPIM) yang menjadi watak utama PPIM dalam membel hak, menjaga dan mengembalikan maruah para pengguna di seluruh Malaysia.


Manakala, Lando Zawawi atau nama sebenarnya adalah Azlan Sani Zawawi pula adalah merupakan seorang aktivis jalan raya kerana kerap kali melakukan kerja-kerja amal menurap jalan-jalan yang rosak dan berlubang. Malaha, modal menurap jalan juga dikatakan dengan menggunakan duit poket miliknya sendiri tanpa meminta sebarang bantuan mana-mana pihak yang berkait.

Kegiatan Lando yang juga seorang pelakon ini telah mula disedari oleh orang ramai yang kini turut mengikuti jejak langkahnya dengan mewuhudkan satu kumpulan yang diberikan nama ‘IKATAN SIRATURRAHIM BROTHERHOOD’.


Seorang ahli perniagaan yang berbangsa Cina ini pula di gelar sebagai ‘Hero Malaya’ atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng yang begitu dikenali di kalangan netizen di Malaysia selepas beliau telah memberikan bantuan kepada seorang wanita ibu kepada 8 anak dan turut melakukan aktiviti kebajikan masyarakat yang lain.

Walau bagaimanapun, beberapa gambar yang tersebar di media sosial yang turut mendapat jumlah LIKE lebih dari 30 ribu dan 3 ribu perkongsian selepas dimuat naik di laman sosial dan gambar-gambar tersebut turut diolah semula oleh seseorang yang tidak dikenali.


Yang amat menarik adalah apabila rata-rata netizen turut memberikan sokongan padu seandainya ketiga-tiga aktivis tersebut menjadi calon menteri seperti yang telah tertera di dalam gambar seperti di atas.


Segelintir netizen pula dilihat turut berjenaka apabila memuat naik gambar Dato Boy Iman dengan mencalonkan artis itu sebagai Menteri Perumahan.


Apa pendapat anda semua tentang ini?

Sumber: http://www.blogmazeer.com

Jangan Tukar Gear 'P' Di Lampu Isyarat, Bagaimana Kendali Kereta Gear Automatik Untuk Elak Dari Gearbox Cepat Rosak

$
0
0

Memandu kereta automatik adalah lebih mudah berbanding kereta manual tetapi beberapa langkah perlu dilakukan supaya gear kereta anda lebih terjaga.

Tukar gear auto dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakan pada gearbox dan kos baik pulih gearbox agak mahal.

Ikuti perkongsian dari Legacy Secret Trading mengenai cara penggunaan gear automatik yang betul kerana ramai yang tidak tahu. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon-hon je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.


Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:

1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:

1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

KLIK "SHARE" SEKIRANYA INFO INI BERMANFAAT

Sumber: Faten Raihanah, Siakapkeli

‘Saya Bukan Perempuan Sis Makan Jamu’ – Lebih Jujur Berbanding Sajat, Rizulala Dipuji Netizen

$
0
0

Beberapa hari lalu netizen membandingkan personaliti media sosial Nursajat dengan seorang lagi transgender, Rizulala. Rata-rata memuji Rizulala yang dikatakan lebih cantik berbanding Nursajat.

Terbaru, video Rizulala sedang makan di depan kamera sambil bersiaran secara langsung di Instagram mendapat perhatian netizen apabila dengan terbuka membuat pengakuan mengejutkan. Berbanding Nursajat yang diragui jantinanya, Rizulala lebih terbuka dan mengakui dia bukanlah seorang perempuan sejati.

Saya bukan perempuan sis


Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.



Rizulala mengatakan dia tidak mengambil jamu apabila ditanya pengikutnya dan mengakui membuat pembedahan sebagai rahsia kecantikannya.

Semua pemberian indah sis



Menurutnya lagi, dia tidak akan menjalankan pembedahan membuang halkum kerana berpendapat ciptaan Tuhan berkenaan sudah cukup indah.

Sumber: OHBULAN

Dah La Cantik Pandai Pulak Tu. Wajah Anak Ziela Jalil Curi Tumpuan Netizen, ‘Macam Artis Korea’ Cantiknya!!

$
0
0

Siapa sangka penerbit Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil mempunyai seorang anak yang sangat cantik. Bukan sahaja cantik, bahkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Puteri Julia Nabilah itu merupakan seorang doktor.

Tak dinafikan memang cantik anak gadis Ziela Jalil ini. Tidak hairanlah kalau menjadi tumpuan netizen. Korang tengok muka dia ada iras-iras siapa? Macam ibunya juga kan?

Memang cantik dan bijak!





Puteri Julia Nabilah memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun in. Selepas 5 tahun pengajian, akhirnya Julia kini bergelar seorang doktor. Beauty with brain!


Sama cantik macam ibunya




Buat pengetahuan semua, Julia merupakan anak hasil dari perkahwinan Ziela Jalil dengan arwah suaminya iaitu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Arwah ayah Julia merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ziela Jalil pernah memuat naik beberapa keping gambar majlis Majlis graduasi Julia sehingga mencuri tumpuan netizen.


Macam artis korea


Sumber: OHBULAN

Bongkar !!! Inilah Punca Cucu Angkat “PENGGAL Kepala Nenek” Buat Netizen Rasa SERAM SEJUK !!!

$
0
0

Rismin 20 tahun seorang cucu angkat yang telah memenggal neneknya intan 60 tahun dengan satu kali tebasan dari belakang kini telah ditangkap polis setelah menjadi buruan selama tiga hari.

Rismin yang bersembunyi dihutan ditemui oleh polis gabungan dan tersungkur, setelah kakinya di hadiahkan dua butir peluru timah panas di bagian kakinya pada malam kira kira jam 23.00 ketika cuba lari.

Keberadaan rismin diketahui oleh seorang warga disebuah pondok kebun sawit,kemudian warga tersebut melaporkannya kepada pihak polis.

Pihak polis yang mendapat informasi terus ke tempat yang dimaksudkan dan membuat tangkapan.

Berkait dengan punca kejadian yang diketahui sebelumnya adalah sebab Rismin dituduh mencuri tabung gas memang benar,akan tetapi menurut pengakuan rismi dia sebenarnya tidak mencuri tabung gas tersebut,dan tidak bisa menerima apabila dia dikatakan anak seorang pencuri.

“Saya tidak bisa menerima,karena bukan saya yang melakukannya,nenek memaki maki saya dengan mengatakan perkataan kotor” anak tak guna,bapak pencuri anak pun pencuri” kata rismin meniru percakapan neneknya ketika pergaduhan mulut sebelum hari kejadian pada anggota kepolisian rohul jumaat 06.05.2016.pakanbaru


Rismin mengaku sangat marah dan geram dengan kata kata neneknya.saya cuba menenangkan diri,tapi apabila saya melihat wajah nenek perasaan geram saya membuak buak hingga saya memenggal kepala untuk membalas dendam.katanya lagi.

Sebelum kejadian pada selasa pagi kelamari rismin dikabarkan datang kerumah nenek intan,namun nenek intan pada masa itu sedang asik menonton filem india dirumah jirannya.

Akan tetapi sekitar jam 12:00 tengah hari nenek intan kembali kerumahnya sebab ingin memberi kedua cucunya makan.

Ketika asik melayan cucunya,rismin yang menunggu di belakang rumah terus menuju kebelakang neneknya dan memengga kepalanya hingga terputus.

Memang saya sudah sediakan parang yang di asah dengan tajam,ketika sampai dirumah saya tidak nampak nenek intan,kemudian emosi saya membuak buak,sampai saya pikir apapun yang terjadi selepas ini pada saya terjadilah,yang penting dendam saya terbalas,ujar rismin.

Saat ditanya berapakali rismin memenggal kepala neneknya sehingga kepala terputus,ia mengakui hanya sekali tebasan dari arah belakang tepat di leher mangsa.

Sebelumnya nenek intan ditemui oleh tetangganya setelah kedua cucu mangsa mengadu kejadian itu sambil menangis.

Sumber: Eberita

Terkejut Jumpa Dua Orang Anak Kecil Ditinggal Diluar Pagar Rumah

$
0
0

Seorang peniaga terkejut selepas dia telah terjumpa dua orang anak kecil ditinggalkan diluar pintu pagar rumahnya.

"Saya terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa," kata peniaga, Rahim Sarin, 64.

Menurut beliau, ketika menghampiri dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di rumahnya di taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.

Menurut beliau lagi, ketika menjumpai kanak-kanak itu kira-kira jam 4.3 petang, dia sedang membuka pintu rumahnya selepas terdengar bunyi budak menangis di hadapan rumah dan terkejut melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.

"Jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.

"Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.


"Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan masih keliru dengan tindakan tidak bertanggungjawab insan yang meninggalkan mereka di hadapan rumah," katanya.

Dia kemudian telah emnghubungi anak perempuannya sebelum menyerahkan kedua-dua mereka ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.

"Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami memberi jagaan kepada kanak-kanak ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.

"Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan mereka berserta beg terbabit kepada polis bagi tindakan lanjut.

"Hampir setiap hari saya berdoa agar waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati untuk tampil menuntut mereka," katanya.

Sementara itu, pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zaid Ikhwan Lim berkata, kedua-dua mereka dipercayai adik-beradik namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Menurutnya, kedua-dua mereka dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail (HSI) kepada JKM pada 1 Oktober 2017.

"Mulai 3 Oktober, JKM memberi perlindungan kepada mereka yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

"Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mereka menghubungi talian 07-2232606," katanya.  - HarianMetro/Siakapkeli

Janda Muda ” Di Makan 2 Hari Secara LAHAP” Oleh LELAKI. Tindakan “KANTOI” Akhirnya “Memakan DIRI”…

$
0
0

Bermotifkan api cemburu, seorang lelaki sanggup membunuh kekasih sendiri yang merupakan seorang janda muda berusia 24 di Surabaya.

Tak cukup di bunuh dengan kejam,suspek juga bertindak menyimpan dan merogol mayat janda berkenan selama dua hari berturut-turut.

Mangsa dikenali sebagai Merlinawati ditemukan hampir membusuk di dalam gudang sekitara rumahnya hujung minggu lalu.

Suspek yang merupakan kekasihnya sendiri di ketahui memendam api cemburu selepas tersebar isu yang mengatakan mangsa berselingkuh dengan lelaki lain, hal itu di ungkap oleh suspek sendiri.


Katanya dia mencekik mangsa terlebih dahulu sebelum menyeret mayatnya kedalam gudang berhampiran rumah mangsa.

Selepas mengesahkan mangsa meninggal,suspek merogol mangsa sebanyak dua kali,pada keesokan harinya suspek datang semula mengulangi perbuatan sama.

Ibarat kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat akhinya jatuh juga,pada hari ketiga mayat mangsa di temukan pertama kali oleh pemilik gudang tersebut selepas tercium bau yang tidak sedap.

Penemuan mayat berkenan di adukan kepada pihak polis sebelum membuat pengecaman.

Sumber : Eberita

Jamal Jamban Bawa Arak Dan Pecahkan Depan Pagar Suk Selangor

$
0
0

JAMAL Jamban buat hal lagi, kali ini dia dengan geng-geng kepala tingtongnya, datang di depan pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor (SUK) dengan membawa beberapa kotak arak sebelum memecahkannya menggunakan tukul besi.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Botol-botol arak yang telah dipecahkan bersepah-sepah di depan pintu pagar berkenaan, air kencing syaitan itu berhamburan di sana sini yang pastinya mengeluarkan bau yang tidak enak.


Kata Jamal, "kita tak suka minuman ini digalakan. Kalau nak minum biar Azmin Ali and the gang, exco-exco mabuk dalam pejabat, jangan biarkan rakyat Negeri Selangor ni mabuk, berpesta arak,"

"Ini yang kita tak nak, kami tak suka ni," kata Jamal sebelum menghayunkan tukul besi ke arah beberapa kotak arak yang disusun di pintu pagar tersebut, sekaligus memecahkannya."


Pihak media yang berada di tempat kejadian turut menyaksikan dan merakam tindakan Jamal itu. Jamal kemudiannya terus berlalu pergi bersama rakan-rakannya.

Pengawal keselamatan yang bertugas pula hanya menyaksikan gelagat Jamal dari kejauhan, di sebalik pintu pagar yang dipercayai berkunci.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut.


Nampaknya Jamal Jamban sedang berhempas pulas untuk menaikkan kembali popularitinya, dengan isu-isu dan gimik bodoh, selepas namanya kian tenggelam akibat peningkatan mendadak nama saudara Yusuf Azmi (PPIM) yang kini sedang hangat jadi bualan orang ramai di media sosial.

Sumber: http://www.milosuam.net

Pelajar Korea Terlepas Hukuman Gantung Selepas Pegawai Polis Akui Menipu Dalam Serbuan

$
0
0

Tindakan anggota polis ini hanya memburukkan nama baik PDRM saja! Pada 19 Oktober 2016, seorang pelajar Korea Selatan Kim Yun Song didakwa di mahkamah atas kesalahan pemerdagangan ganja seberat 219gram. 

Jika sabit kesalahan, suspek akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Suspek ditahan apabila pihak polis menyerbu sebuah apartment di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. 

Suspek yang berusia 20 tahun sedang menuntut di sebuah kolej tempatan ditahan ketika serbuan tersebut dijalankan. 

Namun, kebenaran akhirnya berpihak kepada suspek setelah setahun meringkuk di dalam penjara. Memetik laporan Mstar Online, seorang inspektor polis berusia 27 tahun yang terlibat dalam serbuan tersebut telah menipu ketika dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi. 

Peguam tersebut berkata "Dia (polis) berbohong. Ianya terbongkar apabila kami mencabarnya dan memberitahu kami akan menjalankan prosiding penghinaan terhadapnya kerana kami mempunyai bukti yang dia telah menipu. Kami mahu lihat sama ada dia mahu mengaku ataupun tidak".


Peguam tersebut telah berkali-kali menyoal inspektor tersebut sama ada terdapat individu lain selain pasukan serbuan pada malam tersebut. 

Inspektor berkenaan masih berbohong sehinggalah peguam bela berkata mereka mempunyai rakaman CCTV yang jelas memaparkan terdapat individu lain dalam keadaan bergari dalam serbuan tersebut. 

Hakim Abu Bakar Jais kemudian memutuskan untuk membebaskan Kim dan pihak pendakwa raya juga terpaksa menggugurkan kes. 

"Selepas mengambil kira penyerahan bukti oleh kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan dan melepaskan tertuduh" kata hakim Abu Bakar lagi. 

Keputusan itu turut menggembirakan air mata keluarga pelajar tersebut yang terbang dari Korea Selatan. Mereka akan pulang ke Korea untuk memperbaharui visa pelajar Kim dan pelajar tersebut akan kembali semula ke Malaysia untuk menamatkan pelajaran. 

Naluri Tak Sedap Hati Dengan Kehadiran Van Putih Selamatkan Budak Ini Daripada Diculik..

$
0
0

Tindakan pantas budak lelaki berusia 12 tahun mengayuh basikal ke rumah jiran menyelamatkan dia daripada kemungkinan diculik beberapa lelaki yang menaiki van putih di Taman Ayer Panas, Setapak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian 11.41 pagi itu, Alang, 12 (bukan nama sebenar) baru pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan video kejadian berkenaan tular di laman sosial hari ini.

Menurutnya, dia berasa tidak sedap hati dengan kehadiran van putih yang diparkir berhampiran rumahnya.

"Apabila ingin membuka pintu pagar rumah, saya rasa seperti ada sesuatu menghampiri menyebabkan saya mengayuh basikal ke tempat yang ada orang.

"Saya perasan van itu mengekori saya hingga ke simpang menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurut Alang, ibunya sering berpesan supaya mengambil langkah keselamatan jika ada sesiapa yang mengekorinya.


"Ibu selalu telefon dan pantau bila saya dan adik-beradik lain balik sekolah untuk pastikan kami selamat.

"Ibu juga sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak kenal ikut," katanya.

Sementara itu, ibunya, Nur, 42 (bukan nama sebenar) berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah.

"SAYA hanya memikirkan keselamatan anak saya. Sebaik melihat melalui CCTV (kamera litar tertutup) anak saya tidak jadi masuk ke rumah dan van putih itu mengundur, saya terus berlari keluar," katanya

"Dalam kejadian 11.41 pagi itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan CCTV. Saya menyedari kemuculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa.

"Bagaimanapun, setiba Alang di pintu pagar rumah, tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderaan menghampiri Alang," katanya.

Menurutnya, cemas melihat keadaan itu, dia terus keluar rumah untuk mendapatkan anaknya.

"Saya keluar dan lihat Alang sudah tiada manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya.

"Takut jadi apa-apa kepada Alang saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang patah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian," katanya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan siasat sedang dijalankan.

Sumber: Harian Metro

Kisah Prebet Adam, Seks Oral Dan Penderaan Di Dalam Kem — Syahril A. Kadir

$
0
0

Baru-baru ini kecoh mengenai kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bilik tahanan. Berdasarkan sumber, bedah siasat dilakukan ke atas kedua-dua mayat, dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

Jika anda ingat, 30 tahun lepas terdapat kekecohan dan amukan di Chow Kit oleh seorang anggota tentera yang didera fizikalnya. Sejarah itu telah ditulis dalam sebuah buku bertajuk Amok at Chow Kit yang menceritakan kejadian sebenar punca amukan tersebut.

Menerusi perkongsian Syahril A. Kadir, beliau menceritakan sedikit kisah yang terdapat di dalam buku tersebut mengenai seorang Prebet iaitu Adam Bin Jaafar.

PREBET ADAM, SEKS ORAL DAN PENDERAAN DI DALAM KEM!

"Kes kematian dua anggota TLDM dalam tahanan beberapa hari lalu mengimbau kembali apa yang terjadi kepada Prebet Adam Bin Jaafar, anggota tentera yang telah didera fizikal dan mentalnya hingga menyebabkan beliau mengamuk dan membunuh di Chow Kit kira-kira 30 tahun lepas.

Sewaktu saya menulis mengenai buku mengenai dirinya, Adam telah menceritakan A sampai Z apa yang sebenarnya terjadi. Ternyata jauh menyimpang daripada fitnah kononnya ia disebabkan perbuatan Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar yang selama ini dikatakan telah membunuh adik Adam di padang golf.


“Mereka di luar sana dengan tanpa usul periksa menuduh saya mengamuk disebabkan adik saya dibunuh sedangkan ia langsung tidak ada kena mengena. Adik saya meninggal ketika kami semua masih kecil masa rumah kami terbakar. Surat mati, segala bukti pasal kejadian itu masih ada. Kubur adik saya pun ada lagi.

"Jangan cuba NAK ALIH isu, mereka yang terlibat tahu saya jadi begitu sebab saya didera dengan tanpa perikemanusiaan dalam kem. Kesannya saya tanggung sampai sekarang!," katanya yang pada mulanya dijatuhkan hukuman gantung tetapi hakim akhirnya memutuskan untuk dia dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi menjalani rawatan psikiatri yang dialaminya kesan daripada penderaan tersebut.

BERIKUT SAYA BERIKAN PETIKAN ISI KANDUNGAN BUKU KONFESI PREBET ADAM YANG SAYA TULIS BERDASARKAN KISAH BELIAU ITU:

"Semasa dalam kem, budaya sepak terajang ni dah jadi semacam ‘rutin’, denda lain tu tak payah cakaplah. Kata penyelia aku yang berpangkat Koperal, lepas ni bila kau jadi senior, kau pula yang akan buat benda yang sama pada junior yang lain. Aku diam saja. Nak kata kejutan budaya, taklah juga. Sebab aku pun bukanlah ‘kosong’ habis dalam tentera ni, dah dua tahun jadi simpanan jadi bukanlah satu yang mengejutkan sangat pun.

"Aku tahan apa saja yang anggota lama ini buat pada aku dan rakan-rakan. Memandangkan anggota pasukan Renjer ni terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan, tak hairan kalau kita tengok yang Melayu buli yang India, yang India buli yang Iban, yang Iban buli yang Cina… Macam-macamlah!


"Tetapi aku akui, lama-kelamaan aku makin tertekan dengan penderaan fizikal dan mental yang dilakukan oleh anggota-anggota senior ini. Makin lama makin melampau. Apa yang boleh aku katakan, kami semua didera hampir 24 jam! Hanya kalau ada latihan saja kami ‘selamat’. Tak kira siang atau malam, kami akan ‘kena’. Tengah tidur pun mereka kejutkan. Hampir tiga atau empat bulan juga kami dilayan seperti haiwan!

"Tangan aku ni, pernah melecur dicucuh dengan rokok yang menyala. Aku dipaksa menjilat tapak selipar seperti seekor anjing dan dipaksa minum air yang dicampur kicap, cuka, belacan, kuah kari dan gula. Sampai sakit perut dan pening kepala aku dibuatnya.

"Lebih menyakitkan hati, ada antara anggota senior ni bawa kawan-kawan yang terdiri daripada orang awam masuk ke dalam kem sedangkan itu adalah satu kesalahan besar. Bayangkan macam mana malunya aku dan kawan-kawan bila orang awam tengok kami dibuli sebegitu rupa.

"Paling memalukan, dorang suruh aku sapu kemaluan sendiri dengan kiwi hitam sampai habis satu tin! Masa tu kemaluanku melecet dan sakit, ibarat disapu dengan tanah kering. Masa nak buang air kecil, sakitnya Tuhan saja yang tahu. Kemuncak pada penderaan ini, aku disuruh menghisap zakar seorang anggota berketurunan India.

"Serius waktu itu aku memang tak sanggup, apatah lagi zakarnya berkulup kerana tidak berkhatan. Takut punya pasal, aku buat juga sehingga satu peringkat aku muntah sebab ‘benda’ tu sangat busuk. Masa itu, aku betul-betul marah kerana ia telah menjatuhkan maruah dan martabat aku sebagai seorang Islam, sebagai seorang tentera!

"Ada lagi, masa aku disuruh mencium dan menjilat selipar yang macam anjing tu, sambil menjilat mereka menjerit perkataan pariah! pariah! berulang kali padaku. Apa yang aku buat semua tak betul. Ada satu ketika kepalaku dihentak ke dinding bertubi-tubi seperti dalam adegan gusti. Kami juga diarahkan berbogel dan bergusti sesama kami!

"Disebabkan penderaan yang ‘gila’ itu, kepala aku selalu sakit dan pening… Apatah lagi aku sering tak cukup tidur. Aku sering nampak pecahan cahaya yang terang dan terdengar seolah-olah bunyi letupan dalam kepala dan telinga.

"Kalau tanya aku siapa anggota senior yang menderaku itu, sejujurnya aku memang tak ingat kerana ketika itu aku baru dalam pasukan. Yang pasti, aku cukup ingat satu nama ni… Koperal P****!

"Aku pernah laporkan perkara ini kepada Pegawai Pemerintah, tetapi beliau macam buat tak tahu saja. Kerana terlalu marah dengan manusia bernama Koperal P****, pernah aku rasa macam nak tembak saja dia tetapi aku tahu ia salah dalam Islam.

"Membunuh itu salah, kecuali terdesak!,"
-----------------------------------------------------------------
APAPUN saya yakin dan percaya hari ini pelbagai pendekatan dan tindakan telah dan akan diambil oleh peringkat kepimpinan tertinggi ATM bagi mengatasi masalah ini.

Saya merayu, janganlah hanya kerana Adam dan kes dua anggota TLDM itu, kita hilang kepercayaan kepada institusi yang telah memainkan peranan yang besar dalam menjaga keselamatan kita dan negara yang kita cintai ini sejak sekian lama.

Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Selamat Hari Pahlawan!

Nota: Buku Konfesi Prebet Adam dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris, Amok At Chow Kit adalah terbitan Dubook Press. Boleh datang dan beli di Dubook Press, No. 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah, Jln Medan, Pusat Bandar 8A, Bandar Baru Bangi, Selangor, Harganya cuma RM30. Boleh juga dibeli di kedai-kedai buku terpilih atau belian online di Dubookpress


Sumber: Syahril A. Kadir via Siakapkeli
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>