Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

​100% Berkesan! Lakukan “3 Gerakan Yoga Ini” Sebelum Tidur Selama 2 Minggu! Kulit Jadi Lembut, Badan Jadi Ramping, Suami Pun Jatuh Cinta!!

$
0
0

Yoga sangat cocok dan bagus untuk wanita. Sering-sering yoga tidak hanya bisa membuat tubuh menjadi lebih ringan, suasana hati juga jadi baik. Kamu akan tampak bersinar! Apabila ditambah dengan aerobik, efeknya akan lebih mantap lagi! Yoga tidak seperti olahraga lain, bisa dilakukan sebelum tidur dan tidak serumit yang kamu bayangkan! Yuk mari kita mulai!

NO.1 Perenggangan bagian depan dan belakang

1. Pertama, berdiri tegak lurus, kaki sedikit dibuka.

2. Bungkukkan tubuh bagian atas ke bawah, usahakan telapak tangan dapat menyentuh lantai

3. Kalau masih tidak bisa, boleh dilebarkan sedikit kakinya

4. Tahan 10-15 detik, paha menopang berat badan


5. Tangan diangkat dari tanah, renggangan ke depan lalu silangkan di belakang

6. Lutut sedikit ditekuk, perlahan angkat tubuh bagian atas

7. Tangan direnggangkan ke belakang sejauh mungkin. Tahan 3 sampai 5 kali napas.


NO.2 Duduk dengan posisi bertapa

1. Duduk dengan kaki bersilang, tulang punggung lurus, kedua tangan di atas lutut

2. Duduk seperti badanmu tertarik ke atas


3. Tarik napas dalam-dalam, rapatkan kedua lengan dan siku di depan dada, siku menempel satu sama lain, telapak tangan menyatu


4. Buang nafas, ulurkan tangan ke atas tinggi

5. Tahan posisi ini 20-30 detik


NO.3 Peregangan kaki (harus dengan yoga strap)

1. Duduk, kaki lurus ke depan, badan bagian atas lurus

2. Yoga strapnya dipaskan di tengah-tengah telapak kaki, pegang kedua ujung pita elastis dengan kedua tangan


3. Tarik pita elastis mendekati badan atau ke belakang


4. Tahan postur 20-30 detik dan kembali ke posisi 1

5. Ulangi 20-30 kali

Mudah bukan? Jika kamu tidak punya yoga strap, cukup lakukan gerakan 1 & 2. Bila punya, tambah mantap lagi! Selamat mencoba dan semoga sukses!

Sumber: womenclub

(Video) Tak Sengaja Kemikkan Pintu Kereta, Wanita Tendang Warga Emas

$
0
0

IPOH – Suasana di sekitar stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh gempar apabila seorang wanita bertindak ganas dalam satu pergaduhan yang tercetus pada petang Isnin.

Kekecohan itu turut dirakam oleh mereka yang berada di tempat kejadian yang terkejut dengan pertelingkahan tersebut yang dipercayai hanya berpunca daripada pintu kereta yang tidak sengaja dikemikkan.

Rakaman video yang berdurasi 41 saat itu viral di laman sosial Facebook sejak semalam yang menunjukkan aksi seorang wanita menjerit dan menyepak seorang wanita lain.

“Kalau nak panggil polis, panggillah, saya tak kenal dia.” Itu adalah antara ayat yang terkeluar dari mulut wanita itu selepas dia menyepak wanita yang dilihat terduduk di lantai di pekarangan KTM Ipoh.


Menurut saksi kejadian, kekecohan tersebut berlaku berikutan pintu kereta salah seorang wanita itu kemik akibat terhentak yang kemudiannya mencetuskan pergaduhan antara dua wanita itu.

Rakaman menunjukkan wanita yang dipercayai pemilik kenderaan dengan pintu kemik itu bertindak menyerang dan menggunakan kekerasan fizikal sebelum menjerit-jerit bahawa dia tidak takut jika mangsa membuat laporan polis.

Rata-rata pengguna laman sosial Facebook memberi komen negatif terhadap tindakan wanita tersebut yang disifatkan mereka sebagai telah hilang rasa hormat sesama wanita.

Antara komen yang dilontarkan ialah; “sifat hormat dah hilang, kaki pun boleh.”


Awas Para Wanita! Ini 10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya! Jangan Ambil Mudah Sakit Belakang Dan Sakit Kaki Petandanya

$
0
0

Wanita walaupun di tempat kerja, mereka bertungkus lumus memerah idea dan menyiapkan tuntutan kerja yang bukan sedikit. Sarat dengan tugasan daripada pagi hinggalah ke petang.

Keluar sahaja daripada pintu pejabat, otak serta merta bertukar untuk menyambung tugasan pada keluarga di rumah.

Namun pada kesibukan itu, usah lupa pada kesihatan sendiri. Menjaga dalaman wanita adalah satu kepentingan yang penting. Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus tahu ia bukanlah masalah kegemukan.

Mungkin ada kena mengena pada masalah rahim yang tidak sihat. Kenal pasti tujuh petanda ini dan lakukanlah sesuatu. Bukan itu sesiapa, tetapi untuk diri anda sendiri wahai wanita.

Antara 10 tanda-tanda RAHIM tidak sihat:

1. Sakit Pinggang

Setiap kali duduk dan bangun semula, badan terasa berat untuk di angkat dan pinggang akan terasa sakit. Sakit di sekeliling pinggang membawa ke pinggul, juga urat belikat di belakang tubuh.

2. Sakit Tumit

Ada sesetengah daripada kita langsung tidak boleh memijak dengan sempurna. Terasa sakit dan menyucuk-nyucuk. Inilah petanda rahim anda tidak sihat. Malah tumit juga terasa sakit dan berdenyut serta menyucuk-nyucuk. Apabila berdiri terlalu lama atau berjalan pada tempoh yang lama, kesakitannya lebih ketara.

3. Sakit Ari-ari

Sakit di bahagian bawah perut hingga ke pangkal faraj seterusnya peha dan lutut. Rasa lenguh dan sengal-sengal. Ia mungkin petanda peranakan anda telah jatuh.

4. Kerap Kencing atau Tak Lawas

Setiap kali kencing terasa tidak puas dan ingin kencing lagi dan lagi. Selain itu ketika bersin, batuk atau ketawa juga mudah terkencing. Ada juga sesetengah kes yang terasa ngilu di bahagian ari-ari ketika bersin, batuk atau ketawa.

5. Sakit Ketika Bersetubuh

Setiap kali melakukan hubungan kelamin bersama suami, terasa sakit dan senak di bahagian ari-ari. Ini juga merupakan petanda rahim tidak sihat malah juga petanda peranakkan telah jatuh. Perlu berhati-hati dan berurutlah segera.

6. Angin Pada Perut

Bukan hanya pada bahagian perut, adakalanya terasa di bahagian bawah perut terutama di kawasan rahim selalu terasa seperti adanya ketulan angin. Apabila ini terjadi, ada sesetengah wanita yang tidak dapat berdiri dengan tegak, apa lagi membuat kerja-kerja rumah.

7. Kentut Vagina

Kentut vagina atau angin yang keluar melalui ‘pintu depan’ ini adalah petanda rahim bermasalah. Ia juga menunjukkan urat-urat di sekelilingnya kembang, tidak sihat dan longgar.

8. Sakit Telapak Kaki

Rasa sengal-sengal, dan bisa-bisa urat pada tapak kaki… Rasa kejang dan menyucuk sekitar tapak kaki.

9. Selalu Kembung Perut

Badan berangin dan sering kembung perut. Badan mudah masuk angin, dan perut menyucuk akibat angin dalam rahim dan perut.

10. Sentiasa Basah, 

Vagina berair dan berbau. Berlaku keputihan luar biasa dan salah satu tanda peranakan kembang.
Jika ada tanda-tanda ini, boleh diatasi dengan cara:

Jangan sesekali memandang mudah masalah ini. Jika dibiarkan ia akan memberikan kesan kepada kehidupan kita sebagai seorang wanita, juga ibu kepada anak-anak. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencegah mahupun berusaha memulihkan masalah ini. 


Lakukan...

1.Urut Sendiri

Jika tujuh petanda ini dialami anda, ada baiknya anda mencuba sendiri untuk menaikkan semula rahim yang lemah dan jatuh. Caranya adalah berbaring, sapukan minyak di sekitar bawah perut dan tarik atau urut naik ke atas. Mulakan daripada sisi kiri dan kanan dan tolak ia naik ke atas. Lakukan perlahan.

2. Minum Air Rebusan

Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengamalkan jus kunyit atau halia bagi membersihkan rahim, memantapkannya semula disamping membuang masalah angin. Ini yang boleh dilakukan dengan segera di rumah.

3. Bertungku

Panaskan seketika tungku dan bertungkulah jika punya masa. Lakukan tolakan dari kiri ke atas. Lakukan proses ini hingga seluruh kawasan rahim.

4. Berurut

Kemudian barulah anda mencari altenatif untuk melakukan urutan tradisional bagi memulihkan semula rahim dan mengangkatnya pada kedudukan asal. Carilah mereka yang benar-benar pakar serta mengamalkan urutan tradisional.

5. Berpantang

Jaga pemakanan walaupun dah lepas habis berpantang. atau anak-anak dah besar. Elakkan makanan sejuk, banyak air dan ais. Lebihkan makan makanan yang segar, air suam dan pemakanan seimbang.

6. Makan Jamu atau Supplement

Bagi wanita lepas bersalin, digalakkan makan jamu untuk jaga peranakan dan kesihatan organ dalaman wanita. Yang pasti pilih yang halal dan disahkan oleh KKM.

7. Elakkan Angkat Benda Berat

Elakkan buat aktiviti lasak dan angkat benda berat. Biasa lepas bersalin rahim memang mudah turun… sebab otot rahim lemah sebab urat sekeliling tu dah mengembang masa mengandung. Jadi, kalau baru setahun dua tu, rasa badan dah sihat pun, elakkan angkat benda berat walaupun dukung anak. Bagi en.somi je la yang dukung jika waktu dia ada… jika waktu dia tiada boleh guna stroller… Nak dukung boleh tapi bukan waktu yang lama dan kerap.

8. Buat Senaman Menaikkan Rahim

9. Pakai bengkung.

Amalan memakai korset atau bengkung juga membantu memulihkan rahim.

Kalau Anak Atau Ahli Keluarga Ada Masalah Pernafasan, Elak Keringkan Pakaian Dalam Rumah. Bahaya! Doktor Kata Boleh Rosakkan Paru-Paru

$
0
0

Tinggal di bandar di mana kebanyakan rumahnya terdiri daripada kondominium, apartment mahupun rumah pangsa bererti ruang untuk menyidai pakaian yang telah dicuci adalah terhad. Jika tidak mempunyai mesin pengering pakaian, maka ruang khas untuk menyidai pakaian perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Namun, ada segelintir daripada anda memilih untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Lebih-lebih lagi pada musim hujan. Tahukah anda bahawa tindakan sedemikian adalah tidak baik untuk kesihatan? Menyidai pakaian yang lembap atau basah di rak pengeringan di dalam rumah mampu meningkatkan tahap kelembapan kawasan sekitarnya sehingga 30%.

Walaupun kelihatan tidak membahayakan, namun anda perlu tahu bahawa ia bakal menggalakkan pembiakan kulat di dalam rumah. Kulat yang terhasil boleh mengakibatkan masalah aspergilosis paru-paru. Ia dikatakan sebagai penyakit yang tidak mampu dipulihkan dan kadang kala boleh membawa maut, merosakkan paru-paru dan menyebabkan sinus.


Lembapan yang terhasil daripada pakaian yang lembap memberi kesan buruk kepada individu yang telah sedia ada masalah kesihatan. Kulat aspergillus memberikan kesan kepada sistem pernafasan dan mampu bergerak daripada saluran udara ke paru-paru atau ke mana-mana sahaja bahagian di dalam badan individu.

Kebiasaannya apabila kulat ini berjaya memasuki badan, sistem imun seseorang individu dengan pantas mengasingkan dan memusnahkannya sebelum ia mula merebak ke paru-paru. Namun begitu, jika individu yang mempunyai paru-paru atau sistem imun yang lemah, maka dia cenderung untuk dijangkiti aspergillosis.

Jadi, adalah lebih baik jika anda menghindarkan diri daripada mengeringkan pakaian di dalam rumah bagi mengelakkan diri sendiri, keluarga terutamanya anak yang masih kecil itu daripada mengalami masalah ini.

Sumber: http://www.majalahpama.my

Bagaimana Mengenal Pasti Sakit Kepala Anda Itu Adalah Migrain? Ini Caranya

$
0
0

Rasanya semua orang akan merasai sakit kepala sekali sekala di dalam hidup mereka. Sekiranya berasa tidak sihat kita akan berasa sakit kepala. Kebanyakan simptom kepada penyakit akan menyerang di bahagian kepala.

Kita akan mengalami sakit kepala walaupun dalam keadaan sihat akibat tekanan atau berfikir secara keterlaluan.

Sakit kepala itu dikategorikan kepada beberapa bahagian. Salah satunya termasuk migrain yang selalu kita sebutkan apabila kita merasai sakit kepala yang keterlaluan. Tahukah anda apa itu migrain atau hanya tahu menyebutnya sahaja?

Menurut pakar neurologi Dr Vernon Williams, sakit kepala dan migrain terjadi apabila pembuluh darah, otot dan sistem saraf di kepala telah terlebih rangsangan. Apabila kesakitan pada struktur sensitif ini berlaku atau terdapatnya tindakbalas kimia di bahagian otak, maka bahagian kepala akan merasai keadaan yang tidak selesa atau sakit.

Menurut The International Headache Society, terdapat dua kategori sakit kepala iaitu:

1. Gangguan sakit kepala utama

Ia berdasarkan simptom dan jenis biasa yang termasuk di dalam kategori sakit kepala iaitu sakit kepala berasas tekanan, sakit kepala kluster dan migrain.

2. Gangguan sakit kepala kedua

Ia berdasarkan kepada penyebab yang biasa dikaitkan dengan keadaan sebelumnya seperti kecederaan pada kepala akibat kemalangan, strok, penderaan, jangkitan kuman, serta gangguan penyakit berkaitan leher, hidung, sinus dan gigi.

Migrain termasuk dalam kategori gangguan sakit kepala utama bersama sakit kepala berasas tekanan dan kluster.

a. Sakit kepala berasas tekanan adalah disebabkan pergerakan fizikal pada otot dan kulit kepala yang berlaku akibat tekanan emosi seperti ketakutan, stres, kekurangan tidur dan lain-lain. Atau tekanan secara fizikal seperti mengangkat objek berat, kedudukan badan yang tidak betul dan sebagainya.

Sakit kepala ini adalah biasa dan akan hilang apabila anda mengambil rehat yang cukup dan memakan ubatan seperti aspirin atau ibuprofen.

b. Sakit kepala kluster adalah sakit kepala yang sering dialami oleh mereka yang akan berasa kesakitan di bahagian salah satu mata dan kepala. Biasanya akan menyerang pada waktu malam apabila anda sedang tidur, merasai sakit kepala dalam beberapa jangka masa yang tertentu.Kesakitan itu kadangkala akan berlarutan untuk jangka masa sehingga seminggu atau berbulan dan akan membuat anda berasa resah dan tidak selesa. Apabila ia menyerang mata akan menjadi merah, hidung akan berair dan kadangkala bulu mata akan jatuh dengan sendiri.


Sakit kepala jenis ini tidak boleh diredakan dengan memakan ubatan biasa dan rehat yang cukup. Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan, semburan nasal atau terapi oksigen. Biasanya rawatan akan mengambil masa selama 15 hingga 30 minit dan anda akan pulih dari kesakitan ini.

c. Migrain adalah sakit kepala yang disebabkan oleh gangguan kepada sensor di kepala. Apabila otak mengalami ketidakstabilan dalam menerima informasi pada sensor yang ingin disampaikan, maka migrain akan dialami.

Ketidakstabilan ini akan mempengaruhi anda secara fisiologi yang akan mengubah waktu tidur, senaman dan makan anda.

Migrain boleh menyerang kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Faktor genetik dan persekitaran adalah penyebab utama migrain apabila beberapa perubahan berlaku pada stem otak dan interaksinya dengan saraf akan menyebabkan kesakitan kepada kepala.

Gaya hidup yang tidak sihat dan perubahan hormon juga akan menyebabkan migrain. Pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan selalu dikaitkan dengan migrain dan itu adalah benar. Kekurangan tidur dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak dikawal juga boleh menyumbang kepada migrain.

Migrain dibahagikan kepada empat peringkat kesakitan :

1. Prodrome

Sehari dua sebelum migrain menyerang anda akan merasa sakit perut, perubahan mood, bertambah selera makan, sakit di bahagian leher, berasa dahaga dan kerap membuang air serta berasa mengantuk.

2. Aura

Anda akan berasa terganggu dengan pandangan cahaya, pandangan bersimpang siur dan pandangan mengelirukan. Pertuturan juga akan terganggu dengan pergerakan otot muka, kaki dan tangan yang dirasakan seperti bergetar dan tidak selesa. Ada yang merasa tangan dan kaki seperti dicucuk jarum, berasa lemah atau kaku di muka atau bahagian lain pada badan.

Anda juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dan pergerakan badan menjadi tidak terkawal. Simptom ini boleh berlarutan sehingga satu jam lamanya.

3. Serangan

Serangan migrain boleh berlarutan sehingga 72 jam sekiranya tidak dirawat. Bagi mereka yang diserang migrain mereka akan berasa sangat sensitif pada cahaya, bunyi dan kadangkala pada bau dan sentuhan. Mereka akan mengalami pandangan yang kabur, sakit mata dan kepala dengan cahaya, berasa mual dan muntah.

4. Post-drome

Ini adalah peringkat akhir migrain di mana selepas mengalami serangan migrain. Selepas 24 jam, anda akan berasa tidak bermaya, tiada mood, berasa sangat pening dan kekeringan.

Apabila mengalami gangguan migrain yang terlalu kerap, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan nasihat pengambilan ubatan yang betul.

Cara dan gaya hidup anda juga perlu diubah. Gaya hidup sihat itu perlu diutamakan. Dengan itu, anda akan mendapati kesakitan migrain anda akan semakin berkurangan.Adalah penting bagi anda mengenali penyebab dan simptom sakit kepala yang berbeza untuk mendapatkan rawatan yang betul supaya anda dapat pulih dan meneruskan kehidupan dengan selesa.

Amalkan gaya hidup yang sihat dengan pengambilan makanan yang sihat, bersenam dan mengambil rehat secukupnya bagi menghindarkan sakit kepala berulang.

Sumber: ERA BARU

Buat Bakal Pengantin & Suami Isteri Yang Ingin Anak, Tak Boleh ‘Main Redah’ Kalau Nak Zuriat.

$
0
0

Assalamualaikum adik adik yang bakal berkahwin, yang bakal jadi suami soleh & isteri solehah…

Ofcoz bila dah jadi suami isteri nanti adik adik mesti akan plan untuk ada anak kan?

Tapi adik adik tahu tak, rahim adik (perempuan), kesihatan sperm adik (lelaki) sangat akan pengaruhi potensi adik mudah & cepat peroleh anak atau tidak.

Ilmu ini buat adik adik yang bakal berkahwin & ibu ibu yang plan untuk pregnant lagi.

Cuba tengok gambar ini dulu…



Sebab tu adik adik yang bakal berkahwin & ibu ibu yang plan untuk pregnant, wajib makan asid folik 3 bulan sebelum pregnant selain makan makanan berkhasiat.

Untuk hamil, adik adik tak boleh main redah saja. Baca artikel soalan dan jawapan mengenai Asid Folik.

Banyak do & donts adik adik kena buat & elakkan dari sekarang.

Kalau adik merokok, tolong tinggalkan.
Kalau adik pakai seluar dalam ketat tolong elakkan.
Kalau adik jenis tak makan sayur, tolong makan.
Kalau adik jenis yang suka berjemur di tengah panas (lelaki) tolong elakkan.
Kalau adik jenis yang tak bersedekah, tolong bersedekah.
Kalau adik jenis yang tahu mengenai ilmu ilmu kehamilan, tolong ambil tahu.

Tahu tak, 3 bulan sebelum adik kahwin (perempuan) adik perlu makan asid folik?

Asid Folik sangat penting untuk elakkan ketidaksempurnaan pada anak anak kalian nanti. Maknanya, selepas adik dah ada anak pun, katakan adik nak hamil lagi, 3 bulan sebelum adik merancang hamil tu, adik perlu makan Asid Folik.

Ini antara ilmu yang adik perlu ambil tahu sebelum bergelar suami isteri. Ada banyak lagi yang adik perlu ambil tahu.

Adik perlu tahu waktu subur, kesihatan rahim (perempuan), adik perlu tahu doa bersetubuh, adik adik perlu tahu amalan amalan sebelum bergelar ibu ayah & banyak lagi…

Adik adik boleh dapatkan semua ilmu ilmu ini sehinggalah ilmu kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan dalam buku 9bulan10hari.

Yang sudah miliki buku ini, sila rujuk checklist merancang kehamilan, do & donts sebelum hamil.
Itu mengenai bab merancang kehamilan…. 

Ini pula adalah pesanan Mufti Wilayah Persekutuan – Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al- Bakri buatbakal pengantin. 

• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali RA berkenaan taqwa.

• Mengikut sunnah para Rasul. Daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّكَاحُ

Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.” Riwayat al-Tirmizi (1080)

Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.

• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya.

• Bermusyawarahlah dengan cara yang baik.

• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan, Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.

• Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan.

• Elakkan daripada berhutang supaya mungkin ini kerana merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.

• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.

• Cubalah kaki kita menapak ke masjid walaupun seminggu sekali, antara nikmat indah hidup berkeluarga dapat menapak kaki ke masjid dengan keluarga.

• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satuayat Cuma, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup.

• Kepada bakal Isteri jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Maksudnya: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” Riwayat Ibn Majah

Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” Riwayat Muslim (1467)

Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.

Sumber @Nazira Nazir buat 9bulan10hari

Polis Pengiring Kalut Bila Kenderaan Orang Ramai Tidak Memberi Laluan Pada Kereta Perdana Menteri

$
0
0

JIKA sebelum ini kenderaan haruslah memberi laluan jika kenderaan VVIP melalui jalan raya namun tidak sebaliknya menghalang laluan jalan raya.

Saya dalam perjalanan ke Sri Petaling untuk satu lagi kelas personal coaching. Tiba-tiba di belakang saya ada beberapa buah superbike Polis Trafik yang memberi arahan kepada semua kereta ke tepi untuk memberi laluan kepada VVIP di belakangnya.

Saya dengan muka bodohnya buat bodoh dengan arahan polis trafik tersebut sehingga kereta VVIP tersebut terpaksa memasuki lorong kanan saya. Saya melihat nombor pendaftaran keretanya, rupanya kereta rasmi Najib.

Apa yang menariknya, saya ingat saya seorang saja yang tidak memberikan laluan, rupa-rupanya semua kereta di depan saya juga buat bodoh dengan arahan Polis Trafik itu sehingga Polis Trafik itu kelihatan kalut tak tahu nak buat apa-apa apabila kereta-kereta yang lain buat tak tahu dan enggan memberikan laluan.

Syabas rakyat Malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami tak marah polis yang menjalankan tugas, kami cuma mahu menyuruh menteri amalkan apa yang menteri sarankan kepada rakyat iaitu:


“Kalau tak nak bayar tol dan elak jalan sesak, sila bangun awal pagi,”

Jadi, menteri kalau tak nak menghadap jalan sesak, hangpa bangun pagi atau balik kerja lewatlah bhai. Tak pun naik saja pengangkutan awam, kata berjiwa rakyat.

Tak teringat pula nak rakam gambar polis dan kereta Najib itu yang kelihatan tidak tentu arah kerana gagal meloloskan diri dari jalan sesak. Terpana dengan panaroma yang jarang-jarang dapat dilihat ini. – Fadzil Khairi.

P/S : Jika anda berbangga dengan pangkat yang dipegang di dunia, Janganlah anda lalai untuk mengejar AKHIRAT.

Sumber : myberita

8 Manfaat Dan Kesan Air Mani Boleh Beri Kepada Kesihatan Wanita Menurut Sains

$
0
0

Apa yang selalunya kita tahu tentang sperma? Selain membuat bayi, ada banyak lagi kebaikan sperma yang sebenarnya kita tak pernah tahu. Di sini kami senaraikan 8 manfaat dan kesan cecair ini kepada kesihatan tubuh badan.

1. Merupakan agen anti-stres semula jadi yang mencegah kemurungan

Seks secara umum boleh meletakkan senyuman kembali pada wajah, tetapi ramai tidak terfikir ia mempunyai kaitan dengan air mani. Menurut kajian yang dijalankan ke atas 293 pelajar kolej wanita di State University of New York di Albany, pendedahan kepada air mani boleh menurunkan tanda-tanda kemurungan.

Menurut penulis kajian itu, "Data-data ini adalah selaras dengan kemungkinan bahawa air mani mampu menghilangkan gejala kemurungan kerana faraj wanita menyerap beberapa komponen air mani ke dalam saluran darah." Pada dasarnya, wanita menyerap air mani dengan cepat, dan dengan itu manfaatnya mudah dikesan dalam aliran darah mereka.

2. Membantu untuk tidur lebih baik

Selalunya, ramai yang akan rasa penat selepas mengadakan hubungan seks dan boleh tidur nyenyak pada malam itu. Namun sebenarnya, tidur nyenyak itu bukannya disebabkan oleh penat sahaja, tetapi air mani turut main peranan.

Air mani mengandungi melatonin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang mendorong seseorang untuk tidur dan relax. Sama ada anda telan, atau menerimanya melalui hubungan kelamin, ia akan memasuki saluran darah dan membantu anda tidur lebih baik daripada kebanyakan ubat tidur lain.

3. Mengandungi multivitamin yang melambatkan proses penuaan

Satu sudu (teaspoon) air mani mengandungi lebih 200 protein serta beberapa vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin C, kalsium, klorin, asid sitrik, fruktosa, asid laktik, magnesium, nitrogen, fosforus, kalium, natrium, vitamin B12, dan zink.

Walaupun jumlah setiap vitamin berbeza mengikut umur dan kesihatan si lelaki, biasanya mesti akan ada jumlah zink kira-kira 3 peratus, yang merupakan antioksidan yang membantu melambatkan proses penuaan. Jadi selain senaman, seks juga memberi kesihatan kepada tubuh badan.

4. Seks oral boleh menurunkan tekanan darah

Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa menelan air mani secara konsisten mampu menurunkan tekanan darah. Wanita yang menelan sperma pasangan lelaki mereka semasa seks oral mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat preeclampsia iaitu komplikasi semasa mengandung yang menyebabkan tekanan darah tinggi. Jadi, air mani sebenarnya berguna bukan sahaja dalam membuat bayi, tetapi membantu proses kandungan si isteri.



5. Mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa "kekerapan ejakulasi sperma mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat."

Ini bermakna, sama ada anda melakukannya sendiri atau dengan pasangan, jika ada ejakulasi secara konsisten, risiko untuk menghidap penyakit kanser prostat di kemudian hari berkurangan.

Selain itu, penyerapan air mani melalui dinding faraj juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser payudara. Ini disebabkan oleh glikoprotein dan selenium yang terkandung dalam sperma.

6. Menggalakkan ovulasi dalam faraj

Satu kajian dari Universiti Saskatchewan di Canada mendapati bahawa protein dalam air mani bertindak ke atas otak wanita untuk menggalakkan ovulasi - dan molekul yang sama ini juga turut mengawal pertumbuhan, penyelenggaraan, dan survival kepada sel-sel saraf.

Oleh itu, jelas menunjukkan di sini bahawa sperma memberi isyarat hormon, yang tercetus melalui hipotalamus dan kelenjar pituitari dalam otak wanita. Ini seterusnya mencetuskan pengeluaran hormon lain yang memberi isyarat kepada ovari untuk melepaskan telur.

7. Mencegah keguguran

Sesetengah kes kemandulan dan keguguran adalah disebabkan oleh kehadiran antibodi yang memusnahkan protein atau antigen di dalam air mani. Salah satu cara untuk tangani masalah ini ialah dengan mengadakan hubungan kelamin. Antigen sperma yang menyerap ke dalam saluran darah melalui faraj boleh membantu menjadikan kehamilan lebih selamat dan lebih berjaya.

8. Melebat, mencantik, dan menyihatkan rambut

Pada masa ini, air mani lembu telah digunakan untuk mengembalikan seri kepada rambut kusam dan rambut rosak. Rupa-rupanya, air mani mempunyai agen penyembuhan vitamin E yang juga kaya dengan protein lima kali lebih banyak daripada produk penjagaan rambut di pasaran. Kandungan protein di dalam sperma ini saling melengkapi dengan molekul protein di dalam rambut.

Meskipun sperma memberi manfaat kepada kesihatan, masih ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum mengadakan hubungan seks seperti penyakit STD dan kehamilan. Jadi kenalah beringat sebelum terkena!

Sumber: Says.com

'Saya Diherdik, Dihalau Dan Dilempar Dengan Kata-kata Rasis, Selain Dilarang Membantu Makcik Ini' - Kuan

$
0
0

KUALA LUMPUR - Kisah seorang wanita warga emas yang juga pesara kerajaan yang tinggal dengan timbunan sampah dalam rumah selama tujuh tahun seperti yang dilaporkan beberapa portal media, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

"Ubatkan saya dan bantu kemas rumah," itu rayuan Zaidah Mansor, 67, yang tinggal sebatang kera di rumahnya di Ampang selepas berpisah dengan suaminya 17 tahun yang lalu. 

Dalam laporan Harian Metro itu juga mengatakan Zaidah menderita bengkak kaki yang memerlukan rawatan.

Berdasarkan video, ruang tamunya penuh dengan timbunan sampah sehingga hampir tiada jalan untuk dilalui.

Zaidah berkata dia bukan tidak mahu mengemas rumah tetapi faktor kesihatan menyebabkan pergerakannya terbatas sehingga dia akhirnya terpaksa tinggal di atas timbunan plastik, kertas dan perkakas rumah. 

"Sejak tinggal sendiri, saya sering sakit dan ada masanya langsung tidak boleh bergerak. Lama kelamaan, rumah saya jadi seperti kawasan pelupusan sampah dan saya sudah tidak mampu untuk membuangnya. Saya pula sakit, jadi saya biarkan," katanya. 

Laporan berita itu juga menarik perhatian aktivis masyarakat iaitu, Kuan Chee Heng, yang telah datang bertemu dan melihat sendiri keadaan rumah warga emas berkenaan.. 

"Dia minta tapau breakfast untuk dia pagi ini. Jom anak Malaysia, sila share dan beri bantuan pada makcik ini," tulisnya di Facebook pada jam 7.18 pagi Rabu. 

"Rumah penuh sampah, kita akan minta MPAJ untuk intervene. Jiran terjejas dengan tikus dan lipas yang berkeliaran. MPAJ perlu ambil tindakan segera," tulisnya lagi. 


Antara beberapa gambar dan video yang dikongsikan oleh Kuan ketika melawat rumah Zaidah:







Bagaimanapun, hasrat Kuan yang mahu membantu Zaidah tidak kesampaian apabila dia telah dilarang dan dihalau dari terus membantu warga emas itu atas sebab-sebab yang tidak masuk akal. 

"Mohon maaf, saya telah dilarang membantu makcik yang tidur bersama sampah di Ampang, Taman Kosas, kerana ada pihak sudah bersedia membantu. Malah saya diherdik dan ditengking sebelum dihalau untuk beredar segera. Perkataan rasis juga turut dilemparkan kepada saya. 

"Tetapi inilah lumrah membantu orang. Makcik itu sendiri telah menghubungi saya dan meminta maaf. 

"Beberapa wartawan serta kontraktor MPAJ juga terkejut dengan sikap yang dipamerkan (pihak berkenaan). Sedih, kerana mahu membantu akhirnya saya ditegur sebagai rasis. Buat apa nak marah, inilah lumrah hidup," tulisnya sejam yang lalu. 


Meskipun diperlakukan seperti itu, Kuan tidak marah dan enggan memanjangkan hal itu. Kuan tetap akan menghulurkan bantuan kepada makcik itu sekiranya warga emas itu memerlukan bantuan mereka. 

Sumber: The Reporter

Pihak Pendakwaan Di Mahkamah Daerah Medan Mohon Hukuman 14 Tahun Penjara Dijatuhkan Ke Atas Benjy

$
0
0

Pelakon, Benjy, berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.

Memetik laporan The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.


Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.

Beliau ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui - BH Online


Syarikat Berkait Pegawai Kementerian Diserbu, RM150 Juta Kena Beku

$
0
0

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan dengan pegawai-pegawai tinggi kementerian yang didedahkan semalam, membawa kepada pembekuan sejumlah RM150 juta yang dicuri dari peruntukan kerajaan untuk golongan miskin.

NST melaporkan, para penyiasat daripada SPRM, yang telah menyiasat secara mendalam berkenaan kes tersebut semalam telah melakukan satu siri serbuan ke atas syarikat-syarikat yang terlibat untuk mengumpulkan lebih banyak bukti-bukti forensik.

Pergerakan penyangak-penyangak yang juga merupakan pegawai-pegawai di kementerian kerajaan, dilaporkan turut dipantau secara dekat.

Memetik sumber yang rapat dengan siasatan tersebut, NST melaporkan segelintir suspek-suspek yang terlibat ada yang telah berpindah ke dalam agensi kerajaan yang lain.

"Segelintir masih berkhidmat dalam jawatan yang sama sejak mereka mula mencuri dari tabung kerajaan."

"Mereka ini akan dikepung tidak lama lagi," kata sumber terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah SPRM (bahagian operasi) Datuk Azam Baki, ketika ditanya oleh wartawan, mengesahkan tentang siasatan tersebut namun beliau menolak untuk memberikan butiran lanjut.


Laporan tentang siasatan SPRM terhadap pegawai-pegawai tinggi kementerian yang berpakat dengan syarikat-syarikat tertentu untuk "merembat" dana peruntukan golongan miskin termasuk pelajar ada dilaporkan semalam.

Azam dilaporkan turut memberitahu NST bahawa Suruhanjaya itu bertindak secara agresif selepas mendapati pegawai-pegawai korup itu mencuri dana untuk orang-orang miskin.

Menurut Azam lagi, modus operandi mereka selalunya melibatkan pemalsuan dokumen-kokumen untuk menunjukkan kononnya projek yang dirancang sudah disiapkan, walaupun ia sebenarnya langsung tidak dimulakan.

Satu lagi kaedah "merembat" yang popular dilakukan oleh penyangak-penyangak ini ialah, melakukan pemotongan ataupun pengurangan pada kos sesuatu projek.

"Mereka tulis di atas kertas kos ialah sebanyak RM10 juta contohnya, tapi mereka potong di sana sini, duit itu masuk ke dalam poket mereka,"

"Mereka memanipulasi nombor-nombor, dan hasilnya banyak bahagian terjejas, termasuk pengurangan jumlah, saiz atau kualiti," katanya lagi sambil menambah, diantara fokus Suruhanjaya itu ialah perang terhadap korupsi untuk menutup ketirisan ketirisan dalam tabung kewangan kerajaan.

Sumber: http://www.milosuam.net/

Sardin Boleh Menyelamatkan Anda Dari Keracunan Makanan, Tetapi Ramai Yang Tak Tahu.!!

$
0
0

SAYA telah pelajari ilmu ini sejak dari awal perkahwinan lagi. Ketika itu, terbaca di salah sebuah laman perkongsian tentang bagaimana sardin boleh dijadikan sebagai penawar sekiranya berlaku keracunan makanan.

Ada satu ketika, semasa dalam perjalanan pulang ke Kelantan bersama isteri, disebabkan gabungan makanan atau gerai yang disinggah itu kurang bersih, saya telah mengalami keracunan makanan. Badan saya pada ketika itu rasa seperti kurang selesa, seperti keracunan (sebelum ini pernah mengalami keracunan makanan).

Setibanya di Bandar Raub, saya terus mencari kedai 7-Eleven yang berdekatan. Masuk ke dalam kedai tersebut dan terus mencari tin sardin. Kemudian masuk semula ke dalam kereta, buka tin sardin dan jamah terus seketul ikan sardin itu mentah-mentah.

Ya, memang tidak sedap pun apabila dimakan terus begitu sahaja. Namun demi penawar yang pantas, saya kunyah dan terus telan. Selepas itu saya menunggu beberapa minit. Terasa badan seperti terkena renjatan elektrik (sekala kecil). Akhirnya selepas lebih kurang 5-10 minit, badan saya kembali cergas seperti biasa.


Gunakan sardin sebagai penawar keracunan makanan memang berkesan. Saya sudah cuba beberapa kali untuk menangani kes keracunan makanan dan setakat ini Alhamdulillah menjadi penawar segera.

Andai anda mengalam keracunan makanan dan ketika itu berada jauh daripada hospital atau klinik, bolehlah jadikan sardin mentah ini sebagai penawar pantas. Bagus dijadikan belakang untuk mereka yang selalu pergi berkhemah, untuk dijadikan sebagai penawar, bukan sekadar makanan semata-mata.

Sardin yang digunakan adalah jenis ikan sardin. Bukan ikan mackerel ya.

Sumber: Eizil via http://www.malaysiakubaru.com

Dubai, Daripada Sebuah Padang Pasir Kepada Sebuah Bandar Raya Ikonik Yang Moden

$
0
0

Dalam abad ke 21, kini boleh melihat pelbagai pembangunan yang meningkat naik hasil daripada pembangunan moden.

Sesebuah kawasan, bertukar menjadi bandar yang membangun bukan sahaja daripada infrastrukturnya malah daripada segi ekonomi dan politik.

Negara Emiriyah Arab Bersatu merupakan sebuah negara Timur Tengah yang sangat kaya dengan pelbagai sumber ekonomi seperti minyak, pelancongan, dan perniagaan global.

Salah sebuah bandar terkaya dan termoden ialah wilayah Dubai, bandar terbesar di Emiriyah Arab bersatu. Dubai dianggap sebagai hab utama perniaagaan di Timur Tengah.

Tempat yang berasal daripada sebuah padang pasir ini kini dilengkapi dengan bangunan-bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

Disini juga terdapat pelbagai projek bertaraf dunia yang menjadi tarikan kepada pelancong pelbagai negara seperti Dubai Marina, Palm Jumeirah, dan pelbagai pengangkutan awam yang moden.

Namun, tahukah anda bagaimana rupanya bandar asal Dubai?

Anda pasti kagum melihat pembangunan Dubai daripada sebuah kawasan padang pasir kepada sebuah bandar raya yang sangat hebat!


Lebuh Raya Syeikh Zayed- Lebuh raya yang menghubungkan tempat-tempat utama di Dubai. 

Dahulu 


Kini


Lapangan Terbang Dubai

Dahulu


Kini

 
Menara Jam Deira

Dahulu 


Kini


Jumaira 

Dahulu 


Kini


Aktiviti perniagaan di Dubai 

Dahulu


Kini


Jika anda mempunyai keinginan untuk melancong ke Dubai, pastikan anda mempunyai wang perbelanjaan secukupnya kerana Dubai berada pada tangga ke 22 sebagai bandar termahal di dunia dan nombor satu di Arab.

Sumber: Era Baru

Suami Awak “PUNYA” Besar Ni Je. Isyarat Jari Kelingking Dari Lelaki Pakistan Akhirnya Makan Diri !!! Puncanya…

$
0
0

Seorang pekerja kedai runcit warga Pakistan dibelasah penduduk kampung selepas mengeluarkan pertanyaan dan aksi yang kurang sopan kepada isteri orang yang merupakan eksekutif pemasaran.

Ketua Polis Kota Baru berkata suspek juga menunjukkan isyarat jari kelengkeng bagi membandingkan kemaluan suami mangsa dan suspek juga mengajak mangsa melakukan hubungan dalam insiden 9 pagi kelmarin, lapor Kosmo!.

“Mangsa yang ketakutan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, terus memberitahu adiknya sebelum adiknya keluar daripada kereta dan memberi amaran supaya jangan mengganggu kakaknya.

“Suspek kemudian menafikan perkara tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka. Suspek mengeluarkan kayu dan terus memukul adik mangsa,” kata ACP Baharom Abu.


Baharom berkata selepas menghantar mangsa, 32, pulang, adiknya kembali ke kedai runcit dan memberi amaran sekali lagi sebelum suspek, 41, mengeluarkan pisau untuk mencederakan lelaki itu.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut membantu adik mangsa dan telah memukul suspek hingga cedera,” katanya suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum ditahan.

Lelaki berkenaan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.

Sumber: http://erabarus.com

CCTV Rakam Detik Bapa Tinggal Anak Dalam Kereta, Nyaris Dilarikan Penjenayah Curi Kereta !!!

$
0
0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun nyaris dilarikan penjenayah yang mencuri kereta bapanya, semalam, lapor Bernama.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi Selasa di stesen minyak Taman Mahsuri, bapa mangsa berusia 33 tahun berhenti seketika di stesen tersebut.

Kemudian pergi ke tandas di belakang stesen dengan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.

Lelaki itu hanya menyedari kereta Honda Civic dan anak perempuannya tiada selepas keluar dari tandas, kira-kira lima minit kemudian.

Namun dia berjaya mengesan anaknya semula selepas ternampak kanak-kanak itu sedang menangis kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

Meskipun anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, mangsa kehilangan komputer riba, wang tunai RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan dalam kereta bernilai RM80,000.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pemerhatian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati.

Tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berhenti mengisi minyak di stesen minyak tersebut sebelum salah seorang daripada suspek pergi ke tandas stesen minyak di belakang premis tersebut.

“Selepas meninjau kawasan sekitar, suspek masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu.

Manakala dua lagi suspek yang berada dalam Proton Wira menyusul di belakang kereta tersebut sebelum suspek meninggalkan anak mangsa tidak jauh dari situ,” katanya.

Siasatan awal mendapati, kereta Proton Wira yang dinaiki penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang, kelmarin.

“Polis berjaya mengenalpasti salah seorang dari suspek yang terlibat dan dia didapati memiliki banyak rekod jenayah berkaitan curi kenderaan,” katanya.

Rakaman berkenaan :


Sumber: kitaviral.com

Takdir Kelahiran Bersama! Ibu Dan Anak Ini Melahirkan Bayi Lelaki Serentak Pada Hari Yang Sama

$
0
0

Seorang ibu dan anak perempuannya yang merupakan pelarian Syria telah melahirkan bayi mereka serentak dan bersebelahan antara satu sama lain di sebuah hospital di Turki.

Mereka juga menamakan bayi lelaki comel itu dengan nama Recep dan Tayyip bersempena nama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.


Seorang ibu dari Syria bernama Fatma Birinci berusia 42 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 September 2017 .

Serentak dengan itu, pada hari yang sama anak perempuannya , Gade Birinci berusia 21 tahun juga melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Konya, Turki.


Menurut Dr Erkan Atas yang menjalankan pembedahan kelahiran keatas mereka, kelahiran luarbiasa itu tidak pernah didengar dan berlaku di hospital tersebut.


“Ia adalah kelahiran ajaib”, kata pakar ginekologi dan obstetrik, Dr Naim Unsal.


Beliau juga mendedahkan sebelum ini kelahiran ibu-ibu itu juga dijalankan dengan kaedah cesareans.


Ibu dan anak ini serta keluarga mereka telah melarikan diri dari Syria, tiga tahun yang lalu akibat perang saudara yang telah tercetus.

Mereka mendapati diri telah hamil pada minggu yang sama.


Menurut sumber berita Turki, Ensonhaber, bayi-bayi lelaki comel ini dinamakan Recep dan Tayyip, bersempena nama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.


Kedua-dua bapa saudara lelaki bongsu dan anak saudara lelaki kecil ini dilahirkan dengan keadaan sempurna dan sihat.

Mereka berasa sungguh bertuah dilahirkan di negara Turki yang lebih aman dan tenteram jauh dari peperangan kejam yang sedang berlaku di negara asal mereka, Syria.

Sumber: Era Baru

‘Demi Masa Depan Anak-Anak’ – Peminat Gembira Fasha & Jejai Kembali Bersatu?

$
0
0

Semua sedia maklum, perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai berakhir pada Januari tahun lepas. Walau bagaimanapun, hubungan mereka masih baik kerana anak-anak.

Terbaru, Fasha dan Jejai dikatakan baik semula kerana sekeping foto. Walaupun tiada gambar bersama, namun Jejai dan Fasha , masing-masing mengeluarkan gambar yang sama menerusi akaun Instagram. Adakah mereka sudah berbaik?

Demi masa depan anak anak


Alhamudlillah, Tuhan telah memberikan petunjuk serta hidayahNya kepada saya dan Rizan, jalan-jalan kebaikan di antara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini.



Menerusi akaun Instagram milik Fasha Sandha, dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana sudah berbaik dengan Rizal.

Sudah mencapai kebaikan bersama


Jejai juga memuat naik foto yang sama dengan kapsyen yang sama. Semoga perkara baik ini berkekalan hingga ke syurga. Inn sha Allah.

Meskipun Fasha dan Jejai belum membuat sebarang kenyataan mengenai status terkini rumah tangga beliau, peminat sudah mula gembira dengan perkhabaran tersebut.

Peminat gembira



Sumber: OHBULAN

‘Kalau Suami Nak Kahwin Lain, Biarkan Saja Bakal Madu Ambil Alih Kerja Kita’

$
0
0

Suami nak kahwin lain? Bagi saya senang. Pergilah nak nikah sekalipun. Tak nak berebut kalau dah tak elok, kan? kan? Buat apa simpan? Stress. Lelaki ini, makin tua nampak saja handsome sebab mereka tak beranak. Isteri jaga makan, pakai sehinggalah masalah dia pun kita yang selesaikan. 

Ada nampak lelaki/suami selepas waktu pejabat pakai lawa-lawa, wangi, romantik selepas kahwin? Kalau isteri tak ganti pelikat, tak panggil mandi dan solat, tak hidang makan, tak teruruslah anak orang itu. Itu belum lagi lupa nak flush toilet, sidai tuala, tukar stokin bagai. 

Relaks, salam tangan bakal madu itu dan ucapkan terima kasih sebab dia nak sangat ‘jaga’ suami kita. Perempuan ini kalau ada suami orang suka pada dia, mereka tiba-tiba akan rasa seperti wirawati. Lelaki dah masuk umur 40-an, tak ada masa dah nak layan tengok wayang, shopping, masuk dapur bagai. Nak dodoi anak balik? Mimpilah.


Lelaki selalu kata bahawa mereka lebih cerdik dari wanita. Siap dengan bukti dari Al-Quran. Tetapi kita tengok banyak juga bukti di akhir hidup wanita yang lebih bahagia. Apa yang ditulis dalam Al-Quran itu sebagai panduan. 

Berkahwin lebih dari satu bukan satu kesalahan dan bukan satu hukum wajib atau tuntutan. Cuba baca banyak kisah-kisah dalam syurga. SubhanAllah, cantiknya bidadari syurga tak boleh nak cakap. Kalau pembantu bidadari dah cantik, apa lagi isteri kita yang jadi penghulu bidadari? 

Sabar saudara, dunia ini sekejap saja. Tak payah tunggu kiamat untuk ke syurga, buat baik dan bersabar saja. Dunia kita tenang, mati kita selesa, kiamat kita berjaya. Takut harta jatuh ke tangan wanita lain? InshaAllah tak kemana. Yang baik tentu jadi hak isteri jua. Hukum faraid ada, Allah tahu semua. Anak-anak dan diri sendiri lebih berharga. 


Bayangkan suami/bekas suami terpaksa beli kasih sayang anak-anak dengan wang. Penat, penat. Selalunya orang yang banyak kahwin ini tak ada harta, yang ada hutang sajalah. Kerja pula sampai ke tua. 


Kalau suami nak berkahwin lagi, bagi suami itu jadual. Seminggu saja dalam sebulan datang ke rumah. Dalam tiga minggu itu, kita relaks saja pergi SPA, pergi masjid, riadah dengan anak-anak. Buat perkara yang sudah lama kita teringin nak buat. Biar isteri baru itu uruskan semua hal makan minum pakaian sakit pening dia. Itu yang dia nak, kan? 

Ingat bahawa, syurga sangat mudah bagi kita wanita. Solat pun kelam kabut, lima waktu pun macam nak perang kalau buat. Quran setahun sekali buka, itupun baca dalam hati. Puas harap bulan ramadan saja. Itupun banyak tidur dari membantu isteri. Ini ada lagi nak tanggung beban konon. 

Kadang-kadang wanita tak nampak nikmat sebenar bila suami berkahwin lagi. Allah nak bagi cuti! Cukup sebulan kita terima nafkah sahaja. Allah akan cukupkan sebab dah bagi laluan mudah pada orang lain. Suami mana tak sayang isteri? Bodoh atau hodoh mana pun isteri, tetap seorang isteri. Tanpa isteri, mana mereka dapat gelaran ayah? 


Lebih-lebih lagi anak dah besar. Hidup mesti ada penghujung. Susahlah nak tengok orang nikah lebih dari satu ini bahagia. Pening serba tak kena. Siang malam pegang kalkulator. Menipu jadi darah daging. Boleh ke isteri baru tengok husband pegang handphone WA anak-anak dan isteri pertama? Stress, jangan fikir nafsu tetapi fikir amanah Allah dan soalan akhirat. Sedap hanya 10 minit saja, faham kan?

Saya suka Tun Dr Mahathir dalam bukunya kata, orang yang kahwin lebih dari satu ini mengambil hak orang lain yang sepatutnya kahwin. Orang bijak cakap begitu, bijak dalam segala segi. Bukan Tun jahil agama, sebab dia arif makan dia tak mahu susah, tak mahu lukakan hati isteri dan anak. 

Yang cakap pun ustaz, lelaki tetap lelaki. Bak kata guru agama saya di Bahrain ini, dalam agama ini banyak hal yang jauh lebih penting. Saya belajar fiqh bab zakah dan inheritance dah dua bulan tak habis-habis. Saya belajar tajweed sudah dua tahun namun masih belum hafal rules dan makhraj belum cantik. 

Belajar bahasa Arab? Penuh dinding dengan sofa. See a lot of things more important. Alhamdulillah suami selalu beri semangat untuk belajar. Siap buat jadual untuk saya dan sanggup keluar waktu pejabat dengan izin majikan sebab dia nak hantar dan jemput saya. Saya bukannya tak boleh memandu di negara Arab, tetapi dia kata nak tumpang pahala. 

Banyak perkara yang lebih berfaedah untuk dibuat di hujung usia. Orang sibuk mengumpul harta akhirat, awak dok gelek anak dok tunjuk power tak power. Hidup pun dengan suppliments.

Kalau isteri tak cantik, bawa ke SPA. 

Kalau isteri tak wangi, mandikan dengan air bunga. 

Kalau isteri tak pandai, hantar pergi kursus. 

Kalau isteri dah tua cerminkanlah diri dari atas ke bawah dan depan serta belakang.

Perut isteri mengelebeh sebab dah berapa nyawa hidup dalam dirinya. Dah berapa tahun suami guna? Perut suami pula buncit sebab isteri bagi makan empat kali sehari. 



Bagi isteri tua, jangan cemburu jika ada wanita cantik peluk suami kita yang sudah tua. Kita tahu, kan? Shhh! 

Tengok wanita muda memang cantik dengan warna warni serta senyuman. Wajah wanita berusia nampak sejuk dan rona-rona kehidupan dan pengalaman. Kalau betul wanita itu cantik dan bijak, tidaklah tersangkut pada yang tua. Lelaki/suami janganlah dek kerana nafsu maka kamu campakkan wanita/isteri dalam kepayahan dan kesusahan. 

Tak tahu berapa banyak wanita yang jumpa kaunseling, doktor, bomoh untuk rebut lelaki yang tidak guna. Bila wanita/isteri silap, maka dosanya kamu juga tanggung. Nauzubilllahiminzalik. Alhamdulilillah suami saya sangat bertanggungjawab. 

Sumber Kisah Rumah Tangga via TheReporter

"Saya Lihat Boy Memang Jujur Mahu Bantu Orang" - Nassier Wahab

$
0
0



Duta syarikat perumahan DBI Properties, Datuk Nassier Wahab mengganggap kekecohan penipuan oleh syarikat milik Datuk Boy Iman yang berlaku itu timbul kerana wujudnya salah faham .

Nassier yang terkejut dengan kejadian itu berkata, berdasarkan perbincangannya dengan Boy selama ini, lelaki itu dilihat berniat jujur ingin membantu masyarakat untuk memiliki rumah mampu milik.


"Saya baru pulang dari Makkah (selepas menunaikan haji), dua hari lalu. Sebelum ini, selepas timbul kekecohan mengenai 'penipuan' oleh DBI, saya terus menghubungi dirinya.

"Boy memberitahu, semua itu adalah fitnah dan meminta saya berdoa kepada Allah bagi membuka jalan terbaik buatnya. Cuma, saya gagal menghubunginya semalam dan saya terkejut apabila diberitahu dia ditahan pula.


"Bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi berdasarkan perbincangan kami sebelum ini, dia bersungguh-sungguh mahu membantu masyarakat yang ingin membeli rumah dengan harga mampu milik. Saya lihat Boy jujur mahu membantu orang," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Nassier yang diminta mengulas susulan penahanan Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama bagi membantu siasatan berhubungan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta berharap agar kes terbabit dappat diselesaikan dengan baik.


"Saya rasa dia (Boy) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul.

"Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya.

"Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul. Jujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku," jelasnya.

Sumber: BH Online, Siakapkeli

Isu Rogol “Penerjun Wanita Negara, Nur Dhabitah Mengaku Tertekan”

$
0
0

Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengakui agak tertekan dengan episod malang berganda yang menimpa sukan itu apabila dipalit isu rogol serta doping.

Katanya, ibu bapanya, Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar turut melahirkan kebimbangan dengan keselamatannya untuk terus berlatih khususnya bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Asia 2018.

Namun anak jati Kuala Lumpur berusia 18 tahun ini bertekad untuk terus berlatih seperti biasa di bawah Program Podium, apatah lagi dua tugasan antarabangsa menantinya pada bulan ini dan bulan depan.

“Stress (tertekan) sedikit bila dapat tahu berita dua kes itu walaupun tidak banyak yang saya tahu dengan lanjut.

“Mak ayah pun risau tetapi saya beritahu mereka saya alhamdulillah, tiada apa-apa,” katanya selepas Majlis Pemberian Insentif Atlet Wilayah Persekutuan dalam Sukan SEA Ke-29 (KL2017) dan Para ASEAN 2017 di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Kes rogol itu melibatkan seorang jurulatih kebangsaan berusia 35 tahun dan mangsanya, pe­nerjun wanita negara, manakala seorang pemenang emas Sukan SEA didapati positif dalam ujian doping.


Ditanya sama ada dia turut berasa kurang selamat untuk terus berlatih, kata Nur Dhabitah: “Setakat ini saya cuma tumpukan kepada latihan macam biasa sebab 26 hingga 30 Oktober ini ada Grand Prix Antarabangsa di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

“Sebagai atlet, saya cuma serahkan urusan kes ini kepada pihak atasan (Persatuan Renang Malaysia dan Majlis Sukan Negara) untuk membuat tindakan.

“Kemudian November ini ada satu kejohanan di Gold Coast, Australia (pemanas badan menjelang Sukan Komanwel, April depan),” katanya.

Menjuarai acara 3 meter papan anjal seirama Sukan SEA di Bukit Jalil, Ogos lalu, Nur Dhabitah turut akan mempertahankan gangsa Sukan Komanwel dalam acara 10m platform seirama yang dimenangi di Glasgow, tiga tahun lalu.

Sementara itu, insentif berjumlah RM375,500 disampaikan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan kepada pemenang pingat emas KL2017.

Setiap pemenang emas individu menerima RM5,000, manakala RM3,000 bagi berpasukan.

Sebanyak 130 daripada 874 atlet negara dalam KL2017 berasal dari Wilayah Persekutuan dan mereka menyumbang 33 emas, 20 perak dan 21 gangsa, sementara 37 atlet wilayah meraih tujuh emas dalam Sukan Para ASEAN, bulan lalu.- UTUSAN
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live