Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live

10 Kegunaan Bekas Pringles..Lihat Hasilnya Nombor 7 Paling Awesome. KENAPA La Tak Terfikir Dari Dulu Lagi..!!!

$
0
0

Setelah selesai menikmati kelezatan keripik Pringles, apa yang akan kamu lakukan dengan tabungnya? Pasti langsung dibuang ke tong sampah kan!?

Tapi orang yang satu ini benar-benar jenius! Bukannya dibuang, ia malah mencucinya sampai bersih lalu dipotong pakai pisau! Apa yang sebenarnya ia lakukan?

Ternyata tabungnya bisa disulap menjadi berbagai peralatan rumah yang cantik dan unik, banyak kegunaannya lagi! Yuk kita simak berbagai macam perubahannya!

▼ 1. Kotak tisu


Cukup lubangi tutup tabung dan bungkus dengan kertas kado favoritmu! Jadi deh kotak tisu yang cantik!

▼ 2. Bingkisan kue


Pas banget nih buat nyimpen biskuit atau kue kering!

▼ 3. Termpat taruh kapas


Tinggal dilubangin dari bawah, kapasnya bisa keisi terus! Praktis kan?


▼ 4. Pasta kontainer


Ini sih emang udah sejodoh!

▼ 5. Kaleng cat


Ukurannya pas banget! Bisa dipegang sambil cat jadi gak netes ke mana-mana, cukup isi setengah aja udah bisa celupin satu kuas!

▼ 6. Tempat taruh lilin


Tinggal dililit pakai tali lalu masukkan gelas dengan ukuran yang pas di mulut, jadi deh tempat taruh lilin model Hawaiian!

▼ 7. Loudspeaker


Daripada buang duit beli speaker, mendingan bikin sendiri aja– gratis tis! Cukup lubangi tabung sesuai ukuran HP lalu masukkan speakernya ke dalam, musiknya bisa jadi jelas banget lho!

▼ 8. Tempat taruh alat catok


Hati-hati dalam menggunakan alat catok, karena walau sudah dicabut, lempengannya masih tetap panas! Sediakan tempat seperti ini di meja riasmu, habis pakai langsung masukkan ke dalam, selain aman juga rapi!

▼ 9. Vas bunga


Ini mah gak usah dibilang lagi… Tinggal tempel kertas kado yang cantik dan letakkan beberapa kuntum bunga di dalam! Ruang tamu langsung jadi cantik tanpa harus bayar mahal!

▼ 10. Gelang DIY


Buat yang suka bikin-bikin aksesoris, boleh coba nih! Tinggal dibungkus pakai kain favorit dan beri sedikit aksesori, langsung jadi gelang yang cantik dan unik!

Gimana guys? Masih mau dibuang begitu aja?

Sumber: Bomb

Belum Sempat Jumpa Boy Iman, Datuk Nassier Wahab Sedih Dengan Apa Yang Berlaku

$
0
0

Kecoh di media sosial dengan kes penipuan dan belum sempat jumpa Boy Iman, Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan dia akan bertemu dengan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul Iman untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian.

Bekas bintang Gegar Vaganza 2, Datuk Nassier Wahab sendiri sedih tidak menjangkakan perkara tersebut menjadi kecoh dan hanya mengetahui tentang penahanan Boy Iman daripada kakitangan DBI Technology.

“Saya masih belum berkesempatan berjumpa Datuk Boy, kerana baru pulang dari Mekah dua hari lepas dan keadaan kesihatan saya juga masih tidak mengizinkan.

“InshaAllah, bila kes ini reda saya akan bertemu dengan Datuk Boy untuk membincangkan dan mencari jalan penyelesaian.

Ketika diminta mengulas mengenai penahanan Boy, Duta syarikat perumahan mampu milik itu menjelaskan dia dilantik sebagai duta DBI Technology, sementara penerbit filem 404 itu ditahan untuk membantu siasatan tentang syarikat lama iaitu, DBI Property.


“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga segala kekusutan dan kekecohan yang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama ditahan di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties.

Kesemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tuduh 'Curi' Tarian Kuda Kepang Selepas Peserta Pertandingan Ratu Cantik Dari Malaysia Bergambar Dengan Kuda Kepang..

$
0
0

Jakarta: Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.

Peserta dari Malaysia, Sanjeda John bergambar dengan pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.

Miss Grand International berlangsung di Vietnam pada Khamis ini sebelum berakhir pada 25 Oktober depan.

Ramai pengguna media sosial di Indonesia melahirkan kemarahan dan mendakwa kupang kepang adalah budaya asal penduduk Jawa.

Beberapa pengguna juga menuduh Malaysia sekali lagi cuba mencuri budaya Indonesia.


Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.

Sementara itu, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.

“Selepas ini apa lagi? Saya harap pemerintah supaya lebih peduli,” katanya yang dipetik Jawa Pos.

Sumber: Harian Metro

Ditahan Peminat Yang Mahu Bergambar Dengan Suami, Dr Azura Abas Anggap Perkahwinan Bersama ‘Doktor Viral’ Satu Rahmat!

$
0
0

Bukan mudah sebenarnya untuk seorang wanita menghakis perasaan cemburu di benak hati. Lebih-lebih lagi bila kelibat suami sering menjadi perhatian di kalangan peminat wanita. Meskipun pada mulanya Dr Azura Abas agak janggal saat disapa orang asing yang mahu bergambar bersama suaminya, namun kini dia mampu menyesuaikan diri.

Ajaibnya, sejak kisah viral tentang doktor kacak dan bertubuh tegap yang merupakan suami kepada Dr Azura ini bertebaran di media sosial, perhubungan antara mereka kian tersimpul erat.

Bergelar isteri kepada Dr Shazril Shaharuddin pada tanggal 30 Mac 2014 setelah lebih lima tahun mengenali hati budi, perkenalan di antara mereka terbina ketika masing-masing menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.

“Kami mula berkenalan masa sedang belajar di India lagi. Kalau tak silap, pada tahun 2009. Waktu itu, saya dan Dr Say adalah pelajar perubatan di International Medical School di Bangalore. Dalam ramai-ramai pelajar Malaysia di sana, hanya dengan Dr Say saja saya boleh serasi. Mungkin sebab kami berkongsi minat yang sama kerana suka pergi ke gym.

Memang dekat India lagi dia sudah mula berjinak-jinak dengan seni bina badan dan kerap ke gimnasium. Begitu juga saya. Cuma bezanya, saya lebih kepada senaman dan tak terlalu ekstrem macam suami. Lepas saja habis belajar pada tahun 2013, dia masuk pertandingan bina badan dan terjun ke dunia modelling.


Sejak dia menang empat pertandingan bina badan itulah orang mula ambil tahu tentang dirinya. Kebetulan, kami baru berkahwin dan sedang buat housemanship selama dua tahun di Hospital Serdang,” terang Dr Azura yang kini bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu di samping suaminya.

Biarpun secara jelas terpancar sinar bahagia di wajah Dr Say dan Dr Azura, Nona sengaja menduga hati doktor muda berusia 27 tahun itu. Sambil mengakui pernah terbit rasa gusar dengan tempias dunia glamor Dr Say, wanita yang berasal dari Selangor ini yakin jejaka yang dikenalinya di India dulu masih setia berada di sisi.


“Isteri mana yang tak cemburu bila suami selalu dapat perhatian wanita lain. Alhamdulillah, dia lain daripada yang lain. Bahkan lepas saja waktu kerja, dia akan terus balik rumah. Tak ada benda yang patut dicurigakan sebab selalunya dia akan pulang tepat pada masa. Malah, apa juga yang berlaku di hospital dia akan beritahu saya. Termasuklah cerita peminat perempuan yang datang ke Unit Kecemasan semata-mata untuk bergambar.

Selama tiga tahun menjadi isteri Dr Say, saya tengok dia seorang lelaki yang mementingkan keluarga. Rutin dia setiap hari cuma pergi kerja, gym dan kemudian balik rumah. Kawan pun memang tak ramai di Terengganu jadi kami banyak luangkan masa bersama. Sesekali, ada juga pergi ke pantai atau tengok wayang. Kalau ada cuti panjang, dapatlah pergi melancong luar negara. Rasanya tak perlu terlalu risau sebab dalam perkahwinan masing-masing kena saling mempercayai.”

Difahamkan sejak penyebaran kisah viral tersebut Dr Say turut menerima lamaran sebagai duta produk kesihatan dan bina badan iaitu Mesotropin dan Zofea Beauty. Murah rezeki suami isteri sama cantik sama padan ini. Harapan Nona agar perkahwinan yang dibina terus berlandaskan kesetiaan dan kejujuran serta berkekalan hingga ke syurga.

Sumber: Nona.my

Mahkamah Tinggi Batalkan Pembebasan Bilqis Yang Jatuhkan Belon Dalam Majlis Pm

$
0
0

MAHKAMAH tinggi dilaporkan telah menarik balik pembebasan seorang penari, Bilqis Hijjas yang didakwa melakukan perbuatan menghina dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh perdana Menteri dan isteri.

Hakim Mohamad Suffian Abdul Razak pada hari Selasa memerintahkan Bilqis, anak perempuan kepada arkitek terkenal Hijjas Kasturi supaya membela diri selepas menyebelahi rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret pada 1 Julai lalu yang membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Menurut hakim, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie kes terhadap Bilqis.

Ditemui oleh wartawan selepas keputusan itu, peguam yang membela Bilqis, Eric Paulsen berkata, pihaknya akan memanggil seorang saksi.

Bilqis dituduh menjatuhkan belon-belon daripada tingkat lima sebuah pasaraya di Bukit Bintang pada jam kira-kira pukul 3.15 petang pada 31 Ogos 2015.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor ketika itu sedang menghadiri acara DiverseCity 2015, Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur di tingkat bawah bangunan yang sama.

Belon-belon tersebut mengandungi tulisan, "democracy" (demokrasi), "free media" (media bebas), dan "justice" (keadilan).

Wanita Itu didakwa di bawah Seksyen 14 akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan yang menghina dengan niat untuk mencetuskan kemarahan yang boleh menimbulkan kekacauan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM100 jika sabit kesalahan.

Bilqis, 27 sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret pada 24 September 2015, yang mana ketika itu beliau meminta dibicarakan. Hakim Majistret membebaskannya daripada tuduhan itu pada 1 Julai.

Sumber: EdisiRakyat.com

Lelaki 79 Tahun Ini Datang Ke Tasik Untuk Jumpa Kawan Lama Iaitu Seekor Ular

$
0
0

Saat berjumpa kawan lama adalah saat paling dramatik kerana mungkin kawan lama itu tidak mengenali kita seperti dahulu.

Sama seperti lelaki berusia 79-tahun ini apabila beliau datang ke sebuah tasik bagi menjumpai kawan lama nya, iaitu seekor ular.


Menariknya, seolah-olah tahu akan kehadiran lelaki itu, ular sawa betina itu keluar daripada permukaan air, dan segera naik keatas kaki lelaki berkenaan untuk mendapatkan makanan.



Ok siapa yang rasa geli, kita geng!

Sumber: Era fm

Ugut Guna Gunting, Mahkamah Beri Peluang Ibu Sendiri Jatuhi Hukuman Kepada Anaknya

$
0
0

KOTA BHARU — Mahkamah Majistret Kota Bharu memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman terhadap anaknya hari ini.

Majistret Nik Habri Muhamad memberi peluang itu kepada Rahimah Abdul Rahman, 52, sebagai pengajaran kepada anaknya, Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud hendak menakutkan mangsa.

Adam dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Terap Banggu di sini, pada pukul 9.30 pagi,19 Jun lepas dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Nik Habri memberi peluang kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang bakal dijatuhkan terhadapnya.

Adam dalam rayuannya memohon maaf kepada ibunya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan.

Nik Habri kemudian memanggil Rahimah ke sebelah kandang tertuduh bagi memberi penghormatan kepada mangsa untuk menjatuhkan hukuman kepada tertuduh.


“Saya beri penghormatan kepada mak kamu untuk hukum kamu. Makcik jangan takut kepada anak. Makcik boleh mohon nak hukuman berat atau ringan dan saya akan pertimbangkan,” katanya.

Rahimah bagaimanapun memaafkan kesalahan anaknya dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anaknya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu tahun dari tarikh tertuduh ditangkap.

Dalam hujahnya, Nik Habri berkata kes berkenaan diharap dapat dijadikan pengajaran kepada tertuduh serta orang lain agar menghormati ibu masing-masing.

“Saya serius dengan kes begini. Kamu bernasib baik kerana mak kamu minta hukuman ringan. Ada kes lain saya bagi hukuman penjara maksimum lima tahun.

“Kalau kamu ulangi kesalahan sama saya akan kenakan hukuman berat. Kerana menghargai permintaan mak kamu, saya hukum kamu dengan penjara 12 bulan,” katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Hamidah Mahmood. – BERNAMA

Cara Rebus Telur Supaya Senang Dikupas, Licin & Cantik, Mungkin Ramai Lagi Kaum Ibu Yang Belum Tahu

$
0
0

Bagi sesiapa saja untuk merebus telur adalah perkara yang teramat senang di dunia malah budak sekolah juga boleh melakukannya dengan memasukkan air dan telur, siap.

Tetapi, untuk mendapatkan telur yang telah direbus itu senang dan mudah ketika mengupas kulitnya agak kelihatan cantik dan licin adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan oleh ramai orang.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang bagaimana untuk merebus telur dengan mendapatkan kupasan yang cantik dan menarik agar tidak rosak kejadiannya.

Petua dan tips agar telur rebus jadi cantik dan elok dari perkongsian Puan Waheeda Basiron ini pasti akan membantu anda semua terutamanya kaum ibu. Jom ikuti perkongsian menarik dari beliau;

“Hari ini kekda taknak share resepi. Nak share tip cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je”.

Bahan-Bahan

Telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
Air secukupnya


Cara Membuat:

1.Basuh telur bersih2 dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air.Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.

2.Masukkan sesudu garam.


3.Kemudian masukkan sesudu minyak masak.


4.Rebus lebih kurang 15-20 minit/ sehingga air menggelegak.


5.Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.


SIAP!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba

Anak Tertolak Gear 'D', Kereta Terbabas Dalam Parit

$
0
0

PARIT BUNTAR, PERAK - Akibat meninggalkan anak dalam kereta dengan enjin yang masih hidup, sebuah kereta terbabas masuk dalam parit, semalam. 

Dalam kejadian 7.21 petang semalam di hadapan Klinik Kesihatan KM Batu 1 Tanah Kebun, pemilik kereta Nissan Serena telah meletakkan kenderaannya itu di tepi jalan sebelum keluar dan meninggalkan anak perempuan dengan keadaan enjin yang masih hidup. 

"Secara tidak sengaja, anak masuk gear auto D menyebabkan kereta terus terbabas dan masuk ke dalam parit," kata saksi yang berada di tempat kejadian. 

Bagaimanapun, mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.






Gambar kejadian itu juga turut viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan ibu atau bapa berkenaan yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta bersendirian. 

"Selalu sangat tengok ibu bapa yang suka meninggalkan anak mereka sama ada di atas motosikal atau dalam kereta. Kenapalah mereka ini 'bijak' sangat? Mujur budak itu selamat dari sebarang kecederaan," kata Naqui. 

"Kalau nak tinggalkan anak sekejap pun, pastikan gear berada di 'P', bukannya berada di 'N'. Ini mesti kes driver letak gear di 'N' menyebabkan anak dia main atau tertolak gear itu ke 'D', lalu terbabas dalam parit," kata Sarah. 




Justeru, golongan ibu bapa dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan meninggalkan anak-anak kecil dalam kereta dengan enjin yang masih hidup. Sebalik, bawalah anak-anak keluar bersama dan itu lebih selamat daripada air mata membasahi pipi mengenang kesilapan yang sepatutnya dapat dielakkan.

Sumber: The Reporter

Wanita Melahirkan Itu Sakitnya Setara 20 Tulang Yang Patah Serentak, Para Lelaki Tahukah Itu?

$
0
0

Melahirkan merupakan proses yang tidak hanya menyakitkan namun juga menegangkan. Setelah 9 bulan 10 hari, seorang wanita yang sedang mengandung mengeluarkan sang buah hati.

Persalinan merupakan proses keluarnya bayi ke dunia luar. Persalinan terasa akan menyenangkan karena si kecil yang selama sembilan bulan bersembunyi di dalam perut anda akan muncul terlahir ke dunia. Di sisi lain persalinan juga menjadi mendebarkan khususnya bagi calon ibu baru, dimana terbayang proses persalinan yang menyakitkan, mengeluarkan energi yang begitu banyak, bahkan juga beresiko menyebabkan kematian.

Proses melahirkan bisa dilakukan dengan normal jalan lahir/vagina (persalinan pervaginam) atau persalinan melalui sayatan pada dinding perut dan dinding rahim (persalinan perabdominam) atau dikenal dengan bedah sesar (seksio sesarea).

Proses panjang persalinan terbagi ke dalam empat tahap, mulai dari pembukaan, tahap mengeluarkan bayi, tahap mengeluarkan plasenta kemudian tahap pengawasa terhadap resiko bahaya pendarahan.

90% manusia bisa melahirkan dengan cara yang normal, hanya sedikit saja yang butuh sesar.

Rahim ibu akan mengembang 500 kali lebih besar dari nornal untuk menampung kandungannya. Darah yang hilang adalah hampir setengah liter. 

“Melahirkan memang sakit dan itu pasti,” jelas dr Achmad Mediana SpOG, dokter spesialis kebidanan dan kandungan, seperti dikutip Radarislam.com dari laman Republika.co.id (03/05/13).


Di ujung masa kehamilan, otot-otot di daerah rahim akan berkontraksi untuk membuka jalan lahir bagi bayi. Saat berkontraksi, otot akan mengerut kencang sehingga menghambat aliran darah di dalamnya. Tiap perempuan akan mengalami rasa sakit yang berbeda derajatnya sepanjang proses melahirkan. Ada yang di pembukaan satu dan dua saja sudah sangat kesakitan.

Terkadang, banyak ibu yang tidak tahan akan sakitnya rasa kontraksi. Belum lagi bukaan akhir, mereka menyerah dan memilih melahirkan secara caesar.

Rasa sakit yang dialami oleh wanita pada saat melahirkan adalah 57 Del. Itu setara dengan dipatahkannya 20 tulang secara serentak. Padahal, umumnya badan manusia hanya bisa menanggung rasa sakit sampai 45 Del. Itulah kenapa ada wanita yang sampai pingsan bahkan mengalami kematian saat proses persalinan.

Tetapi jangan khawatir, Allah itu maha adil. Ibu yang bersedia menanggung rasa sakit saat melahirkan akan mendapatkan pahala yang setara dengan 70 kali shalat dan puasa. Setiap rasa sakit pada satu uratnya, Allah menghadiahkan ibu pahala yang sama besarnya dengan pahala menunaikan ibadah haji. 

Jika seseorang merasakan kesakitan karena akan melahirkan. Maka Allah akan memberikannya banyak pahala.

Wanita Sanggup Bunuh Bomoh Selepas Tidak Berpuas Hati Rawatan Penyakitnya Tidak Berkesan Setelah Kerugian RM47,457

$
0
0

Biarpun dunia semakin maju dan teknologi kini semakin moden, tetapi masih lagi ada sesetengah masyarakat yang masih mempercayai tentang ilmu ghaib dan benda-benda tahyul yang membabitkan dukun serta bomoh untuk mengubati berbagai jenis penyakit.

Tetapi bagaimana sekiranya bomoh berkenaan didapati gagal menyembuhkan penyakit para pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya? Sedangkan sudah ribuan ringgit telah terbuang begitu sahaja demi untuk menyembuhkan sakit yang telah lama dihidapi dan begitu mengharapkan bomoh tersebut menyembuhkannya.

Dek kerana terlalu marah dan berang, seorang wanita dikatakan bagai dirasuk dipercayai telah merancang satu pembunuhan seorang bomoh selepas bomoh terbabit gagal menyembuhkan penyakit yang telah dihidapinya.

Menurut laporan dari laman Coconuts, wanita itu bernama Dewi yang berasal dari Klidang, Batang, Jawa Tengah telah bertemu dengan mangsa iaitu seorang bomoh yang dikenali sebagai Sugeng Raharjo, 35, yang dikatakan mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang menyebabkan Dewi ingin mendapatkan rawatan.


Melalui rawatan yang dilakukan Sugeng, Dewi dikehendaki membayar sejumlah wang sebanyak 15 Juta Rupiah (RM47,475) tetapi malangnya hasil daripada rawatan tersebut dikatakan begitu mengecewakan dan tidak dapat menyembuhkan penyakit Dewi.

Akibat rasa tidak puas hati kerana sakit yang dihidapi Dewi itu langsung tidak sembuh dan wangnya habis begitu sahaja, Dewi meminta wangnya kembali daripada Sugeng, namun Sugeng enggan berbuat demikian yang menyebabkan wanita terbabit menjadi berang sehingga Dewi menyuruh seorang lelaki yang bernama Wisnu dan 5 lima lelaki lain membelasah bomoh tersebut sehingga mati di sebuah ladang getah.



Melalui siasatan pihak polis daerah Temanggung, mayat mangsa dikatakan ditemui dalam keadaan longlai bersama beberapa kesan tikaman dan juga kesan jerutan di lehernya. Manakala, kepala mangsa pula dikatakan diserkup dengan sejenis plastik.

Walau bagaimanapun, jenayah yang dilakukan wanita tersebut akhirnya terbongkar juga selepas ada orang awam yang dikatakan curiga dengannya selepas ternampak beberapa kesan tompokan darah yang terdapat di kereta yang dipercayai milik Dewi.

Selepas seminggu mayat mangsa ditemui oleh orang ramai, ketujuh-tujuh orang suspek yang bertanggungjawab di atas perbuatan membunuh mangsa itu akhirnya ditangkap polis.


Sumber: Kompas

Laman Kompas melaporkan bahawa Dewi dikatakan telah membayar sejumlah wang sebanyak 600 ribu sehingga 1 juta Rupiah (RM189 – RM316) kepada kelima-lima lelaki berkenaan selepas mereka melaksanakan tugas mereka.

Lebih mengejutkan ramai Dewi dikatakan telah menjual beberapa barangan peribadi miliknya demi untuk merealisasikan niatnya untuk melakukan pembunuhan kejam tersebut terhadap bomoh yang dikenali sebagai Sugeng itu

“Lelaki Rogol keldai” Percaya Akan Jadi Kuat Macam Hercules

$
0
0

Entah dimana logik dan rasionalnya kaau berhubungan intim dengan keldai akan menjadi kuat perkasa. Ntando 23 lelaki asal afrikan selatan telah di saranan bomoh supaya berasmara dengan keldai kalau mahu menjadi kuat.

Tidak diketahui sama ada menjadi kuat bertenaga seperti hercues atau kuta dari segi tenaga batin seperti Mail kerbau.


Hal itu lah yang di lakukan lelaki berkenan setelah mencuri seekor kedai dan merogolnya di tempat terpencil daerah Barat Cape.

Ntando yang ditahan oleh pihak polis minggu lalu mengaku mengikut petua seorang bomoh konon berasmara dengan keldai mampu menjadikan dirinya menjadi kuat.

Semana dibicarakan semalam,Ntando di dapati bersalah melakukan hubungan intim dengan haiwan dan hakim memutuskan 12 tahun penjara.

Ada Jemaah Cuai Tak Tutup Pintu, Lapan Ekor Anjing Masuk Ruang Solat

$
0
0

Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya nyata terkejut apabila mendapati sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu selepas melihat rakaman CCTV yang dipasang di masjid berkenaan.

Berdasarkan rakaman CCTV, kejadian terbabit melibatkan lapan ekor anjing yang menceroboh masuk sekitar jam 4.15 pagi.

Menurut siak masjid, Muhammad Radzi Yaakub, pihaknya mengesyaki kecuaian adalah punca kepada kejadian tersebut berlaku selepas melihat pintu belakang masjid tidak ditutup seperti biasa.

“Saya percaya, anjing ini masuk ke masjid menerusi pintu belakang yang tidak ditutup. Selepas Isyak, semua pintu biasanya ditutup.

“Mungkin malam itu ada jemaah yang tidak menutup pintu,” katanya.

Ujarnya lagi, perkara tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak masjid ini dirasmikan pada tahun 2015 yang lalu.

“Ini kali pertama masjid ini dimasuki anjing. Saya percaya, anjing ini datang dari kawasan pembinaan berhampiran.


“Biasanya kumpulan anjing ini berada di deretan rumah kedai berhampiran.

“Saya minta pihak berwajib ambil tindakan bagi menangani masalah ini,” katanya.

Bagi Sulaiman Awang Mat, 60, seorang lagi siak yang berkhidmat untuk masjid tersebut, kejadian anjing masuk ke masjid amat mengejutkan.

“Pagi Subuh tu, memang saya datang awal ke masjid dan ternampak kesan binatang masuk ke dalam masjid.,

“Bila tengok CCTV, baru saya tahu, binatang tu, anjing,” katanya yang turut berharap orang ramai yang ke masjid dapat memberi kerjasama dengan menutup pintu masjid.

“Kita nak letak notis, macam tak bersesuaian. Jadi diharap semua pihak dapat menutup setiap pintu masuk ke masjid bagi mengelakkan perkara sama berulang,” katanya lagi.

Manakala menurut pengerusi masjid, Muntaha Kamil Halid berkata, kejadian tersebut sudahpun dirujuk kepada pihak berwajib terutamanya soal pembersihan masjid.

Berdasarkan penitian ke atas rakaman CCTV tersebut, pihak masjid dimaklumkan pembersihan hanya perlu dibuat menerusi kaedah biasa.

“Kami merujuk perkara berkenaan kepada timbalan mufti dan kami yakin ia dalam keadaan kering.

“Jadi kami bersihkan menggunakan vakum dan semburan sahaja,” katanya.

Majlis Bandaraya Ipoh juga memaklumkan akan mengambil tindakan bersabit dengan kejadian tersebut.

Sumber: Sinar Harian, Siakapkeli

Kuku Kuning? Putihkan Kembali Dengan Bahan Ini Sahaja

$
0
0

Malunya memiliki kuku yang kuning dan tak cantik. Mungkin juga boleh menyebabkan keyakinan anda merudum secara mendadak bila keadaan ini berlaku.

Menutup dengan cara mewarnakan kuku bukanlah solusi terbaik kerana ia hanya bersifat sementara. Situasi ini mungkin terjadi kerana ada terlalu sibuk mengendalikan kerja dapur, rumah dan sebagainya. 

Jangan risau, setiap masalah pasti ada solusinya. Memetik laman Fustany, ubat gigi adalah jawapan kepada masalah ini. 


Ini kerana ubat gigi mengandungi pemutih seperti peroksida yang mampu memutihkan gigi mahupun kuku. 

Caranya: Sapukan ubat gigi pada kuku di jari anda. Biarkan ia selama 10 minit.

Kemudian, berus dengan perlahan di seluruh kuku. Bilas hingga bersih dan keringkan kuku anda. Lakukan secara konsisten agar kuku anda kembali putih dan berkilau! 

Sumber: CARI

Saingan Terkuat Datuk Vida, Syarini Memakai Jam Tangan Berharga Rm 15 Juta. Seram Sejuk Tengok Jam Tangan Tersebut

$
0
0

Saingan Terkuat Datuk Vida, Syarini Memakai Jam Tangan Berharga Rm 15 Juta. Seram Sejuk Tengok Jam Tangan Tersebut

Kalau di Malaysia kita ada Datuk Seri Vida yang gemar pakai barang berjenama. Tetapi di Indonesia, Syahrini adalah selebriti yang selalu mencuri perhatian media kerana kemewahannya. Salah satunya adalah jam tangan Rolex yang direka khas ringkas ini. Tapi jangan tanya soal harganya, boleh tersedak dibuatnya.

Menurut laporan dari portal hiburan dari Indonesia, Jam tangan Oyster Cosmograph Paul NewMan 6263 ini dibeli dengan harga antara RM3.5 Juta sampai RM7 Juta. Jumlah yang tidak sedikit untuk sebuah jam tangan yang direka khas simple tapi menawan.


Namun akaun instagram @fashionsyahrini, jam tangan yang dikenakan Syahrini ini adalah koleksi yang luar biasa dan terhad. Kerana kualitinya vintage, ada yang sampai terjual dengan harga RM15 Juta.


Jam tangan ini bukan satu-satunya barang mewah yang dimiliki Syahrini. Namun di antara deretan jam tangan miliknya, mungkin yang satu ini adalah yang paling mahal yang pernah dipakai Syahrini.

Sumber: hangat.com

'Kereta Kami Dirempuh, Mujur Anak-anak Saya Selamat' - Ibu Dedah Pentingnya Letak Anak Dalam Car Seats

$
0
0

Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk meletak anak-anak kecil mereka di dalam kerusi khas kanak-kanak ketika berada di dalam kereta untuk keselamatan. Namun, masih ramai yang tidak mengambil peduli kononnya tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada anak mereka.

Akan tetapi, bayangkan jika kita sudah berhati-hati ketika memandu, tetapi ada pemandu lain yang memandu dengan laju dan agresif, bersediakah kita pada waktu itu untuk mengelak keretanya yang akan merempuh kereta kita? Tambahan pula pada waktu itu, anak kita sedang bermain atau berdiri di bahagian kerusi penumpang belakang. Agak-agaknya apa yang akan terjadi? Nauzubillahiminzalik. Semoga bermanfaat.

SAYA bukan jenis individu yang gemar memuat naik perkara yang serius atau peribadi di Facebook, tetapi apa yang saya mahu kongsikan ini adalah amat penting untuk dihadam oleh golongan ibu bapa.

Ini adalah sebab utama mengapa ibu bapa perlu menempatkan anak kecil mereka di kerusi khas kanak-kanak (car seats) dengan betul setiap masa. Biarpun mereka akan menjerit dan merungut tidak selesa kerana tali keledar yang dipasang terlalu ketat atau sebagainya.


Ceritanya, kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak sulung pulang dari pra-sekolahnya. Hanya beberapa minit saja lagi untuk tiba di rumah, saya bercadang nak pergi membeli susu. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh kereta kami.



Langsung tak terfikir kejadian/kemalangan seperti ini akan berlaku pada kami. Anak lelaki saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun menurut paramedik, keadaan mungkin berbeza jika saya tidak meletak dan memastikan anak-anak saya duduk di kerusi khas kanak-kanak itu dengan baik.


Anak-anak saya selamat, begitu juga dengan saya. Mujur Tuhan melindungi kami pada ketika itu.

Ramai yang menghubungi dan bertanya pelbagai soalan pada saya. Untuk makluman, anak bongsu saya berusia 6 minggu dan anak sulung berusia tiga tahun. Kereta yang dipandu saya adalah Honda CRV yang saya namakannya sebagai Yoshi (RIP Yoshi).

Dua kerusi khas kanak-kanak yang digunakan adalah Chicco Keyfit 30 (infant) dan Graco Children's Products 4ever. Ketika kejadian, kedua-dua kerusi itu menghadap ke belakang.


Saya tidak menyangka post saya ini dibaca oleh ramai orang di mana pada awalnya saya cuma muat naik untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga sahaja. Saya harap apa yang dikongsikan itu dapat menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak dengan membuatkan ibu bapa berfikir dua kali mengenai soal keselamatan anak masing-masing.

Sumber: Jenna Casdo Rabberman, The Reporter

Tip Simpan Duit Secara Kreatif, Hasilnya Mampu Simpan Sebanyak RM12600 Setahun.

$
0
0

Pasti ramai yang berniat untuk menyimpan di awal bulan, tup tup dapat gaji semua habis kadang-kadang tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’ la jawabnya.

Tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan, yang penting fokus dan demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.

Tapi bagaimana nak simpan duit? Jadi kami kongsikan tip Aminahtul Mardhiah untuk ibu bapa yang berniat untuk menyimpan duit demi anak-anak. Beliau praktikkan dan dia berjaya menyimpan RM12600 setahun . Menarikkan?

“ Harini Aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.

Cara :

Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.

Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan. 

Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!

Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.

Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.



Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah. Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!


Kenapa RM20?

Lebih senang nampak

Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
Paksa Diri Suami Isteri

Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan. Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan! Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.


Terjamin jumlah simpanan

Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.

Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan. Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. 

Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?

Sumber Aminahtul mardhiah

Harga Ketiga -Tiga Bahan Api Utama RON95, RON97 Dan Diesel Alami Kenaikan Pada Minggu Ini

$
0
0

Selepas mengalami penurunan pada minggu lali, nampaknya Harga minyak RON95, RON97 dan Diesel pada minggu ini dilaporkan naik semula.

Bermula pada 12.01 tengah malam ini minyak petrol RON95 akan mengalami kenaikan kepada RM2.19 iaitu kenaikan sebanyak 3 sen.

Bagi minyak RON97 pula, minyak ini akan mengalami kenaikan kepada RM2.49 per liter iaitu turut naik sebanyak 3 sen.

Manakala bagi diesel pula, akan mengalami kenaikan yang agak tinggi iaitu RM2.17 per liter iaitu 5 sen, dan bagi Euro 5 Diesel akan mengalami kenaikan 1 sen kepada RM2.27 per liter.



Harga runcit ini adalah untuk minggu ini (5 Oktober 2017-11 Oktober 2017) dan akan berubah pada tengah malam 11 Oktober 2017.

Kenaikan minyak mingguan akan berubah-ubah selepas kerajaan memperkenalkan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit bahan api tersebut dan kaedah ini telah diperkenalkan selama 28 minggu.


Sumber: Kpdnkk via Siakapkeli

DSV Ke Pavilion Untuk Pelancaran 'I Am Me' Dengan Lamborghini Pink Dan Berbaju Tidur Pink Menarik Perhatian Orang Ramai..

$
0
0

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Vida dikejutkan dengan sebuah kek seberat 87 kilogram bersempena pelancaran muzik video I Am Me yang diadakan pada Rabu.

Kek berwarna merah jambu dan putih itu dihaisi dengan replika wang pelbagai negara selain patung dirinya di dalam tab mandi yang diletakkan di atas kek tersebut.

Tambah menarik kek berharga RM26,000 itu sarat dihiasi dengan batu Swarovski.

“Terima kasih kepada yang menghadiahkan kek ini dan ia benar-benar melambangkan diri saya,” katanya.

Sebelum itu, Pavilion Kuala Lumpur kecoh apabila Vida tiba dengan kenderaan mewah Lamborghini berwarna merah jambu untuk majlis pelancaran muzik video lagunya, I Am Me di Red Box Plus.


Datuk Seri Vida dikejutkan dengan sebuah kek seberat 87 kilogram bersempena pelancaran muzik video I Am Me. Kek dihaisi dengan replika wang pelbagai negara.

Vida yang tampil dengan pakaian tidur dari rona sedondon dengan kereta mewahnya menjadi perhatian peminat dan pelancong yang berada di perkarangan pusat beli-belah itu.


Memandu sendiri Lamborghini berkenaan Vida sempat bertegur sapa dengan para peminat sebelum menuju ke lokasi pelancaran muzik videonya.

Muzik video I Am Me dinanti-nantikan oleh peminat yang dilaporkan melibatkan kos RM1 juta untuk disiapkan dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.

Vida memberitahu penggambaran muzik video dilakukan selama dua minggu di kediaman mewahnya di Ipoh, Perak yang menampilkan konsep mewah, glamor, cekal dan ranggi.

“Alhamdulillah muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan dan berharap peminat akan menyukai muzik video terbaharu ini.

“Saya mencurahkan pelbagai idea untuk menghasilkan muzik video ini dengan bantuan Ghaz dan dia telah merialisasikannya dengan baik,” kata Vida.

Kata Ghaz pula, dia baharu sahaja menyiapkan proses suntingan video itu pada pukul 3 pagi Rabu (hari ini)

Sumber: Mstar Online

(TAKZIAH) Cucu Jalil Hamid Meninggal Dunia Ketika Penggambaran Bisik Pada Langit

$
0
0

Filem Bisik Pada langit nampaknya santapan yang terbaik setakat ini. Bukan sekadar lakon layarnya malah persembahan lakonan para pemain watak utama dapat dibanggakan.

Menerusi satu entri di akaun Facebook milik Beto Kusyairy, dia ada menulis mengenai watak utama filem tersebut, iaitu Jalil Hamid.

Menurut Beto, sekiranya orang ramai bertanya kepadanya, siapa yang sepatutnya memainkan peranan sebagai bapa dalam filem Bisik Pada Langit, jawapannya masih sama iaitu Jalil Hamid.

“Saya masih ingat lagi apabila dia mendapat berita yang menyedihkan mengenai cucunya semasa penggambaran bersama Ummi di tepi pantai.Sememangnya dia berasa terkesan dengan pemergian cucunya itu.

“Lebih menyayat hati, cucunya datang ke set penggambaraan hanya bertemu dengan atuknya. Ketika cucunya tiba Abang Jalil sedang bersiap untuk melakukan scene green screen (jatuh dari pokok kelapa). Dia sangat gembira melihat atuknya. tapi keesokan harinya, Tuhan membawanya pergi.”

“Bayangkan.. bayangkan Tuhan punya kuasa. Kami terpaksa berehat untuk menghormati dan membiarkan Abang Jalil menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dilakukan dan meneruskan beberapa hari kemudian,” tulisnya di Facebook.


Tentu sekali, Jalil Hamid berada di kedudukan paling teratas mencarik-carik emosi penonton. Hati sesiapa pun akan mudah tersentuh melihat penjiwaan Jalil yang terlalu dekat dengan karakter seorang ayah.

Namun, apa yang paling utama dalam naskhah arahan Kabir Bhatia ini ialah nilai kekeluargaan yang ditonjolkan, sekali gus melekat di jiwa penonton.

Dalam pada itu juga, dia juga mengajak peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dengan menonton filem hebat lakonan Jalil Hamid ini terutamanya.

”Abg Jalil Hamid, semoga Tuhan merahmati abang. Ini adalah satu penghormatan dapat berlakon bersama dengan abang. Alhamdulillah. Dan semua, sila tonton filem ini di pawagam. Kisah dan prestasi Abang Jalil ini perlu dikongsi serta dilihat. Cuba dan pasti tidak akan menyesal,” tulis Beto lagi.

Dalam pada itu, Beto sempat mengucapkan takziah buat cucu Jalil Hamid, Allahyarham Muhammad Thaqif. Al- Fatihah.

Kekuatan filem itu turut disokong oleh lakonan Beto Kusyairy, Naim Daniel, Ummi Nazeera, Fadilah Mansor dan Erwin Dawson.

Sumber: Media Hiburan
Viewing all 10195 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>