Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Tersepit Dirempuh Treler, Ibu & Anak 8 Bulan Maut Kemalangan

$
0
0

Seorang wanita dan bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi ini.

Mangsa Siti Khadijah Haron, 33, dan anaknya Nur Qaireen Marissa Nor Azry disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk belakang Proton Waja.

Difahamkan kedua-dua mangsa dalam perjalanan secara berkonvoi untuk pulang ke Pahang selepas mengikuti hari keluarga di Alor Setar, Kedah.


Menerusi laman Facebook, beberapa kenalan Allahyarham menitipkan ucapan takziah serta mendoakan agar anak beranak itu ditemptkan dalam kalangan golongan yang beriman.


Mohon sedekahkan al-Fatihah


Salam takziah!


Terdahulu, pemandu kereta lain tidak mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu.

Sumber : Astro Awani , Penang Kini via https://ohmymedia.cc

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Latest Images

Trending Articles