Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Panduan Dan Cara Pangkah Kertas Undi PRU14 Dengan Betul, Elak Ditolak

$
0
0

Apabila memperkatakan mengenai cara mengundi, yang sentiasa terbayang dalam fikiran adalah cara tanda pangkah dalam kotak pilihan kertas undi sebagai tanda pilihan pengundi kepada pihak yang disokong.

Maka timbul telahan sekiranya pengundi menggunakan tanda selain pangkah, undi itu akan dianggap tidak diterima atau ditolak.

Namun anggapan di atas sebenarnya kurang tepat.

Dalam proses pengiraan undi, pihak SPR sedaya upaya memastikan setiap undi diberi keadilan sewajarnya untuk diterima berdasarkan undang-undang yang diguna pakai untuk menjalankan proses pilihan raya.

Oleh itu, setiap kertas undi yang bertanda akan diperhatikan dengan teliti untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan dalam pengiraan undi.

Ia juga bertujuan untuk mengurangkan jumlah undi ditolak, demi kepentingan semua pihak yang bertanding.

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk melaksanakan tanggung jawab selaku pengundi pada hari Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada Mei nanti

Mungkin ia berguna untuk individu yang pertama kalinya keluar mengundi nanti dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang daftar pemilih SPR


Panduan dan cara pangkah kertas undi PRU14 – Pilihan Raya Umum 2018

1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk

2. Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari

3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih

Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja

6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen

7. Keluar segera dari tempat Mengundi

Ucapkan Tahniah kepada diri anda sendiri kerana telah berjaya melalui proses pengundian. Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dengan baik

Langkah cara nak buang undi PRU14



Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Latest Images

Trending Articles