Siti Arifah Amin atau Joy Revfa menulis panjang di Facebooknya bahawa dia dan bekas suami, Datuk Ray Imran atau Mohd Rayos Abdul Rahman telah disahkan bercerai oleh Mahkamah Syariah Shah Alam dua tahun lepas
Bagaimanapun, Hafiz dalam status twitter nya telah menafikan kenyataan Joy bahawa mereka telah ‘bersama’ dan dia juga mempersoalkan mengapa Joy menyatakan pernikahan mereka berdua pada 1 Mei lepas sah, sedangkan perceraiannya (dengan bekas suami) sah pada hari ini.
Hafiz tidak memberi kenyataan lanjut berkenaan perkara ini dan butiran sebenar mengenai perceraian Joy Revfa dan Ray Imran yang disahkan hari ini oleh Mahkamah Syariah Shah Alam juga masih belum dipastikan secara rasmi. Bersama kita nantikan perkembangan selanjutnya mengenai kes ini
Sumber: beautifulnara.com









