Quantcast
Channel: Sehinggit Media News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000

$
0
0
Persoalan yang bermain di minda ramai orang kini terjawab jua. Setelah menzahirkan minatnya terhadap Audi R8, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam SPM. Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini.


Berkata kepada Kosmo, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi “survey” kereta BMW 6 Series tersebut. Kata Ammar:-
Ya memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tue suka je. Kami dah pergi “survey” kereta BMW baru-baru nie. Mungkin kereta Audi itu kena beli sendiri, nantilah lepas kerja.
Penulis (Abang Nara) suka dengan cita-cita dan impian Ammar yang mahu mendapatkan kereta idamannya dengan hasil tangan sendiri kelak. Buat masa ini, lenjan puas-puas dulu kereta BMW 6 Series ini. Jangan lupa ucapkan jutaan terima kasih buat ibu tercinta atas hadiah yang amat istimewa ini. Tahniah Ammar!!!

Sumber : http://beautifulnara.com/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10195

Latest Images

Trending Articles