Beberapa hari yang lalu, dikhabarkan bahawa anak Rozita Che Wan yang lulus cemerlang dalam SPM bakal menerima hadiah BMW X6 sebagai ganjaran.
Menurut Rozita Che Wan, kereta BMW X6 yang bernilai RM500,000 itu adalah kereta impian Ammar.
Ekoran dari perkhabaran itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada Ammar. Ada juga yang berseloroh berkata ingin menumpang kereta mewahnya itu nanti.
Namun hari ini, Ammar melalui Twitternya menafikan perkhabaran itu. Malah Ammar sempat bergurau yang kononnya dia sebenarnya bakal menerima kenderaan jenis Mustang keluaran FORD.
Agaknya mungkin rimas dengan pertanyaan orang ramai, Ammar turut membalas beberapa tweet rakannya dengan perkataan NONSENSE.
Harap Ammar bersabar ya, itulah lumrah menjadi anak seorang artis yang digilai ramai.- My Media Hub









