Hmmm… Baru-baru ini media sosial kecoh dengan isu ustaz dan ustazah ekspres. Ia ekoran kenyataan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim melalui Perhimpunan UMNO yang lantang menyuarakan mengenai isu berkenaan.
Antara kenyataan beliau ialah meminta kerajaan memantau kewujudan golongan ustaz dan ustazah ekspres terutama di dalam PAS. Beliau juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014.
“Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama. Penyanyi jadi ustaz, rockers jadi ustaz, artis dipanggil ustaz. Artis wanita bertudung pula jadi ustazah dan terus kendalikan program agama. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian, yang asalnya adalah pelakon, penyanyi dan rockers masuk Pas, celaru keadaan.”
Berikut adalah petikan video perbahasan Dr Mashitah:
Sudah tentu kenyataan dari Datuk Dr. Mashitah mengundang pelbagai reaksi. Sudah tentu ada yang menyokong. Bukan kerana apa, baru berhijrah mereka diberi publisiti meluas dan boleh dikatakan majoriti dari mereka kemudiannya sering diundang untuk memberikan ceramah agama atau mengendalikan program berunsur keagamaan atau dirujuk tentang hal-hal keagamaan.
Abby Abadi bidas kenyataan Dr Mashitah mengenai isu ustaz dan ustazah ekspres – Tidak kurang juga yang mengkritik kenyataan Dr. Mashitah. Antaranya ialah Abby Abadi. Melalui satu sumber, selebriti itu menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan Dr. Mashitah.
Berikut adalah petikan kenyataan dari Abby Abadi :
“Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli. Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama.
Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.
Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui. Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain.”
Hmm.. Itu antara luahan Abby Abadi. Pada ammboi, ada benarnya perbahasan dari Dr. Mashitah. Namun, benar juga apa yang dinyatakan oleh Abby Abadi. Susah juga nak komen ni. Apa pula kata anda?
Sumber : ammboi.com








